Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

JUS HILANGKAN JERAGAT DAN JERAWAT DENGAN MUDAH.

1. Vivix shaklee sangat tinggi dengan antioksidan. Antioksidan ini yang membantu mengawal lebihan radikal bebas dalam badan. Kena tahu ya yang jeragat sebenarnya kesan radang/inflamasi pada kulit akibat radikal bebas. Radikal bebas apabila terlalu banyak menyebabkan melanin (pigmen gelap) terhasil tidak normal. Melanin menjadi terlalu banyak hingga belakunya jeragat. Dan jeragat akan menjadi makin teruk dan menebal apabila sering terdedak kepada cahaya matahari. 2. Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix Shaklee ini juga telah diuji 95% ia dapat menghalang kerosakan sel yang menyebabkan jeragat berlaku. Ia bertindak dengan cara meneutralkan kesan sinar UV pada kulit. 3. Vivix shaklee membantu membaiki sel-sel di dalam badan termasuk sel kulit. Jeragat juga sebenarnya tanda sel-sel kulit kita mula rosak dan penanda awal penuaan kulit sudah berlaku. Vivix mengandungi campuran polifenol dan resveratrol yang 13 kali ganda lagi berkesan untuk melawan kerosak

Bagaimana wanita ini hamil selepas mengamalkan Set Kehamilan Shaklee

TESTIMONI 4 : SHIMA ZAINAL HAMIL ANAK PERTAMA SELEPAS DUA BULAN AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE Seperti pasangan suami isteri yang lain, kehadiran zuriat adalah sangat dinanti-nantikan selepas berkahwin. Begitu juga dengan saya, Noor Hasyimah, dan suami, Mohd Syarikin. Kami bernikah pada Disember 2011. 3 tahun kami menanti, sebelum dikurniakan anak pertama kami. Macam-macam dugaan kami lalui dan tempuhi bersama. Pelbagai usaha kami lakukan supaya saya dapat hamil. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi inspirasi dan motivasi serta semangat pada mereka yang sedang berusaha untuk hamil seperti kami dahulu. Ini cerita kami. . Sebenarnya di awal usia pernikahan kami, saya disahkan hamil. Iaitu seawal bulan kedua pernikahan. Seperti pasangan lain, kami tidak menyangka sebegini cepat saya akan hamil. Namun bersyukur dan gembira dengan amanah yang Allah berikan ini. Saya tidak mengalami sebarang morning sickness. Tidak muntah-muntah, loya. Tiada masalah masa tu.  .