Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ibu hamil Anemia

HB RENDAH PENYEBAB KEGUGURAN? CIK AZZA POT PET

Bila ibu mengandung apa yang paling kita tak suka bila sampai time check up? Mai cik azza teka ok..sebab sama je rasanya..hihihihi. "Alamak HB low lagi la" "esok kena mai lagi ambil darah" "Tak larat la asyik kena ulang alik klinik je dan la kena tunggu lama" Betulkan setiap ibu hamil akan merasai semua ini,kalau tak merasa p check balik betul ke mengandung??hehehe gurau je. Kebanyakan ibu hamil pasti risau dengan pemeriksaan hemogblobin darah, kerana bimbang tidak melepasi  tahap normal hemoglobin ibu hamil  iaitu  melebihi  11 g/dl . Hakikatnya, pemeriksaan ini amat penting bagi mengelakkan ibu mendapat anemia, sekaligus mengurangkan risiko bahaya hemoglobin rendah kepada ibu dan bayi. Ramai ibu mengandung yang memandang rendah kepentingan pengambilan suplemen Iron ketika hamil, walaupun tahu diri kurang mampu untuk mendapatkan sumber zat besi dari pemakanan harian - samaada kerana loya/ kurang selera makan, ataupun terlalu memilih...