Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MORNING SICKNESS

KERAP MORNING SICKNESS,JOM LEGAKAN SEMUA ITU SEKARANG.

Sesetengah wanita yang hamil diluar sana mengalami sedikit atau tiada langsung morning sickness sementara kebanyakan wanita hamil yang lain mengalaminya sepanjang hari dan kadangkala berlarutan sehingga trimester kedua. Tidak kira berapa teruk anda mengalaminya, morning sickness sebenarnya boleh dilegakan atau dalam beberapa kes dapat dielakkan dengan teknik yang betul. Makanan Yang Anda Pilih Bila mengalami morning sickness yang melibatkan loya atau muntah, mengawasi apa yang anda makan atau minum adalah akan menjadi sebab utama. Jenis makanan yang anda makan dan masa anda makan akan memberi kesan kepada apa yang anda rasai kemudiannya. Memilih makanan yang segar dan sihat adalah lebih baik daripada makanan yang berminyak, pedas atau snek bergula . Ini akan memudahkan penghadaman. Jika makan apa-apa yang terlalu pekat membuat anda mual, makan makanan yang hambar. Makan makanan yang lebih kecil hidangannya dengan lebih kerap akan menjadi lebih mudah untuk badan untuk mencerna da...

CARA CEPATKAN BUKAAN RAHIM SUPAYA MUDAH BERSALIN.

ASSALAMUALAIKUM.. 1. Banyakkan berjalan Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh. 2. Jangan minum air selusuh terlalu awal Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum. 3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan...

ALAHAN TERUK BUKAN BENDA BIASA.

Anda sering mengalaminya sewaktu hamil? Mual, muntah, pedih ulu hati, sembelit dan banyak lagi masalah dari kecil hinggalah kepada masalah besar yang mungkin dihadapi. Dibawah ini ada tip bagaimana untuk mengatasinya hingga dapat menikmati saat kehamilan yang membahagiakan dan menyenangkan. Ia masalah biasa yang menyerang bakal ibu. Mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak mengalaminya. Mual dan muntah yang dialami pada trimester yang pertama memang menganggu keselesaan wanita. Ia terjadi kerana perubahan dalam badan dan bertindak balas dalam cara yang berbeza, antaranya mual dan muntah.  Anda mungkin mengalaminya di waktu pagi atau malam bahkan lebih teruk lagi yang perlu melaluinya sepanjang hari. Biasanya rasa mual dan muntah ketika hamil akan berhenti selepas tiga bulan pertama. TIP Mudah Mengatasinya . ☺ Jangan bangun tidur dalam keadaan tergesa-gesa atau terkejut.  ☺ Selepas makan, duduk selesanya supaya graviti membantu menyimpan makanan dalam perut da...