Skip to main content

ALAHAN TERUK BUKAN BENDA BIASA.



Anda sering mengalaminya sewaktu hamil? Mual, muntah, pedih ulu hati, sembelit dan banyak lagi masalah dari kecil hinggalah kepada masalah besar yang mungkin dihadapi. Dibawah ini ada tip bagaimana untuk mengatasinya hingga dapat menikmati saat kehamilan yang membahagiakan dan menyenangkan.

Ia masalah biasa yang menyerang bakal ibu. Mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak mengalaminya. Mual dan muntah yang dialami pada trimester yang pertama memang menganggu keselesaan wanita. Ia terjadi kerana perubahan dalam badan dan bertindak balas dalam cara yang berbeza, antaranya mual dan muntah. 


Anda mungkin mengalaminya di waktu pagi atau malam bahkan lebih teruk lagi yang perlu melaluinya sepanjang hari. Biasanya rasa mual dan muntah ketika hamil akan berhenti selepas tiga bulan pertama.

Image result for mual



TIP Mudah Mengatasinya .


☺ Jangan bangun tidur dalam keadaan tergesa-gesa atau terkejut. 

☺ Selepas makan, duduk selesanya supaya graviti membantu menyimpan makanan dalam perut dan mengelakkan mual ketika hamil. 

☺ Elakkan daripada menghidu bau-bauan yang kurang menyenangkan anda. Jangan berus gigi sebaik selepas makan kerana ia boleh menyebabkan anda segera muntah. 

☺ Elakkan makanan yang mengandungi banyak lemak, pedas, berkafein. Lebihkan makanan seperti biskut kraker dan roti bakar. 

☺ Hirup udara segar dan lakukan senaman berjalan kaki setiap hari.  

☺ Banyakkan berehat. baring dengan meletakkan bantal di bawah kepala dan kai. 

☺ Jika anda rasa seperti hendak muntah, segera mengunyah biskut kraker sebelum turun dari katil. Anda boleh meminta bantuan daripada suami untuk mengambilkan biskut atau sediakan lebih awal sebekas biskut kraker berhampiran anda. 

☺ Minum banyak air sekitar 10 hingga 12 gelas air suam, jus buah-buahan atau teh herba. 

☺ Sebelum anda berbaring atas katil untuk tidur malam, kunyah terlebih dahulu snek ringan seperti yogurt, soti, susu, bijirin atau sandwich.

 ☺ Lalui hari anda dengan tabiat makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap, setiap dua atau tiga jam walaupun anda tidak berasa lapar.

 ☺ Minum teh halia atau mengambil tablet halia mungkin membantu mengurangkan masalah mual. 


Pendarahan 

Pregnancy spotting atau pendarahan ketika awal kehamilan adalah masalah biasa, anda mungkin tidak perlu risau langsung. Seawal tujuh je sembilan hari kehamilan, anda mungkin mengalaminya berikutan daripada proses penembusan embrio ke dalam dinding rahim.   

Kesan darah yang keluar sangat kecil tetapi jika anda melihat sebarang pendarahan yang membimbangkan segeralah berjumpa doktor. Ia juga mungkin perlu melalui pemeriksaan bagi memastikan anda dan bayi dalam kandungan selamat serta tiada komplikasi lain. 

  Kadangkala ia bukan mustahil untuk menentukan apa penyebab pendarahan ini. Kesan darah adalah titisan darah yang sedikit sama seperti yang biasa dialami ketika di awal atau akhir hari haid anda.   

Sebenarnya ia mustahil untuk mengesan darah kerana bekalan darah ke servik dan pelvis anda meningkat. Kesan darah yang keluar berlaku dalam pelbagai warna iaitu merah jambu, merah dan coklat.   

Pendarahan yang berlaku mungkin menunjukkan kepada beberapa masalah seperti;


  1. Kehamilan ektopik
  2. jangkiran pada vagina 
  3. masalah pada plasenta 


Apapun tahap pendarahan yang dialami ketika hamil, langkah sebaiknya adalah segera berjumpa doktor ginekologi dan biarkan dia yang menentukan apa jalan terbaik.
Pedih Ulu Hati 


Kebanyakan wanita akan mengalami masalah ini buat pertama kali semasa hamil dan walalupun ia biasa dan tidak memudaratkan tetapi ia agak tidak menyelesakan. Pedih ulu hati, merupakan rasa angin yang berlarutan dari tulang di bawah dada hingga ke bawah kerongkong.

Ia disebabkan oleh sesetengah perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda. Terdapat banyak punca berlakunya pedih ulu hati. Plasenta mengeluarkan hormon


progesteron yang mengendurkan otot lembut dalam rahim. Hormon itu juga mengendurkan injap yang memisahkan esophagus dari perut, membenarkan asid gastrik untuk naik ke atas, di mana menyebabkan rasa yang kurang menyenangkan.   

Progesteron juga mengurangkan gelombang kontraksi esophagus dan usus perut, menjadikan penghadaman lembap. Bayi yang semakin membesar memenuhkan rongga abdoman, menekan asid perut kembali ke esophagus, membuatkan rasa pedih di dada.

Tip Mengatasinya 


☺ Bagi mengelakkan rasa pedih ulu hati ini elakkan daripada makan dalam kuantiti yang banyak terutamanya makanan pedas dan bergoreng. Sebaliknya makan sedikit demi sedikit sepanjang hari. 

☺ Ambil masa semasa makan dan kunyah dengan betul. Elakkan daripada minum dalam kuantiti yang banyak semasa makan. Cuba mengunyah gula-gula getah sebaik selepas menikmati makan

☺ Jangan membongkok atau baring selepas makan. 

☺ Jangan pakai pakaian untuk wanita mengandung yang ketat.

 ☺ Sekiranya ia kerap berlaku pada waktu malam, ambil segelas air sebelum tidur. Sebaik-baiknya tidur dengan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda (contohnya dengan meletakkan bantal di bahagian belakang). 

Sembelit


Mengalaminya pasti akan membuatkan bakal mama tidak selesa dan bencikan saat tersebut. Secara perubatan, sembelit berlaku apabila pesakit tidak membuang  bahan buangan dari isi perutnya lebih daripada tiga kali seminggu. 

Sembelit biasanya disebabkan oleh perubahan diet, kekerapan mengembara, ubat-ubatan, tekanan, pembedahan dan lain-lain masalah kecil.


Tetapi sembelit ketika hamil dianggap apabila hanya mengeluarkan sedikit najis atau meneran semasa sedang buang air besar. Tambahan pula masalah sembeli adalah biasa selepas melahirkan anak. Episiotomi (tisu di bahagian rektum yang terkoyak dan dijahit) biasanya menyebabkan kesakitan semasa buang air besar.

Tip Mengatasinya

 Sebelum membuat rawatan mengatasinya, anda perlu mengenal pasti punca sembelit. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya iaitu:


☺ Minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ambil air lemon suam sebelum kanan. 

☺ Banyakkan memakan buah-buahan (prun, epal, nenas, pisang), sayur-sayuran dan essential fatty acids seperti kekacang dan ikan. 

☺ Kurangkan kopi, teh, susu, makanan dari sumber susu dan makanan berlemak dari haiwan (saturated fats). 

☺ Tukarkan gaya hidup dengan melebihkan senaman. Senaman atau pergerakan badan akan merangsang pergerakan otot-otot usus anda. 

☺ Ambil ubat yang bersesuaian mengikut nasihat doktor. Jangan sesekali mengambil ubat-ubatan tanpa preskripsi dari doktor terutama ubat herba kerana ia boleh menyebabkan kontraksi. 

☺ Amalkan pengambilan vitamin C sekurang-kurangnya 1,000mg sehari.


Kesan Regangan

Memahami kesan regangan semasa hamil adalah langkah pertama ke arah rawatan yang efektif. Kesan regangan hamil adalah parut seperti garisan yang melingkari paha, perut, payu dara atau lengan akibat pertambahan berat badan.

  Ia berwarna merah cerah hingga kegelapan. Kesan regangan ini umpama mimpi ngeri bagi wanita hamil yang mengalaminya kerana berasakan mereka sudah tidak menarik lagi

Kulit adalah bahagian yang mempunyai tisu yang lembut yang mempunyai lapisan luar yang nipis dan lapisan dalam dipanggil kolagen. Parut yang muncul adalah tempat di mana lapisan kolagen yang pecah.

  ia terjadi bila berlakunya peningkatan berat badan secara mendadak, dan lemak terkumpul di tempat ini. kesan regangan pada payu dara ketika hamil disebabkan apabila payu dara merembeskan kolostrum dan mengembang sebagai persediaan untuk menyusukan bayi.

Kawasan yang paling kerap diserang kesan regangan adalah perut. Ekoran daripada pembesaran fetus, perut juga semakin mengembang. Ini menyebabkan kulit di kawasan tersebut mula pecah. Demikian juga dengan kawasan paha dan punggung.

Tip mengatasinya 


Masalah ini dapat dirawat menerusi pelbagai kaedah moden atau tradisional. Keberkesanan setiap rawatan adalah berbeza-beza pada setiap orang. Secara umumnya, wanita yang mendapat kesan regangan dan terus melakukan rawatan sebaik dia mengetahui berpeluang untuk mengelakkannya.  

 Penyingkiran kesan regangan mengambil masa dan usaha yang yang banyak. Anda seharusnya bersabar dan menggunakan sejenis rawatan yang tidak memberi kesan sampingan pada anda dan bayi. 

Antara kaedah rawatan yang dapat membantu iaitu: 


1 .Pelembap - pilih losyen yang sesuai untuk mengatasi masalah kesan regangan ketika hamil.

 2 .Urutan - ia membantu membuatkan kawasan berkenaan lebih lembut, mengurangkan kesan regangan dengan merangsang tisu-tisu baru untuk tumbuh. 

3. Diet - anda tidak perlu makan untuk dua orang ketika hamil. Makan makanan sihat dan kunyah snek bebas lemak untuk mengekalkan berat seterusnya mengelakkan kesan regangan. Jika kesan regangan muncul, diet kaya mineral dan protein boleh memininumkan masalah tersebut.

 4 .Terapi laser - rawatan moden ini mungkin boleh menjadi pilihan jika opsyen lain gagal dan anda mampu. Ia adalah jalan paling efektif untuk merawat kesan regangan hamil. 

Sakit tulang belakang   


Sakit belakang semasa mengandung adalah perkara biasa yang berlaku. Ia selalunya berlaku pada bahagian tengah atau bawah tulang belakang. Biasanya ia semakin teruk bila usia kandungan meningkat.  

 Kebanyakan masalah ini tidak begitu serius. Bagaimanapun, sekiranya ia berlaku dengan cepat atau disertai dengan tanda-tanda lain seperti pendarahan dan sebagainya, rawatan segera diperlukan.  

 Makanan kesihatan yang mengandungi kalsium adalah penting untuk ibu yang mengandung. Selalunya ia disertakan bersama vitamin yang diambil seperti Obimin dan sebagainya.


Awal mengandung  


 Perubahan hormon yang berlaku semasa mengandung boleh menyebabkan ligamen yang menyokong tulang belakang meregang (relax). Ini boleh menyebabkan rasa sakit belakang. Anda disarankan melakukan langkah-langkah yang sesuia untuk sesuatu aktiviti, seperti cara duduk yang betul, cara mengangkat barang yang betul dan sebagainya.

Rasa sakit belakang yang disertai dengan tanda-tanda seperti cramp di bahagian bawah perut atau pendarahan mungkin disebabkan oleh keguguran atau ectopic pregnancy iaitu mengandung di luar rahim. Dapatkan rawatan segera untuk menangani masalah ini.

Pertengahan mengandung   Sakit belakang pada waktu ini disebabkan oleh kombinasi seperti peregangan ligamen dan pertukaran pada posisi badan yang berlaku kerana berat bayi yang semakin bertambah. Amalkan langkah-langkah yang perlu seperti dinyatakan. 


Penghujung mengandung  Sakit belakang ketika ini mungkin disebabkan oleh waktu melahirkan yang sudah hampir.



INGIN DAPATKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE?
JANGAN TUNGGU LAGI.

Image result for order now image


Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Bukit Mertajam, Bandar Perda, Seberang Perai, Bukit Minyak,KPJ Hospital Penang .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seberang Perai,Bandar Perda, Bukit Mertajam,Bukit Mertajam.

Cik azza
ID:-1217675
Email: azl1za@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: 01132045363

Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...