Skip to main content

Posts

Showing posts with the label RISIKO GDM

BAHAYA DIABETIS (GDM ) KETIKA HAMIL .

Semasa hamil, pernah tak ibu-ibu kena minum air gula? Minum air gula tu amatlah perit rasa kan? Nak telan segelas air gula tu rasa macam lamanya nak habis kan? Terasa kat tekak setiap  kali kena minum air gula tau. Terbayang-bayang kena minum air gula semasa mengandung dulu. Tapi, tahukah ibu-ibu yang minum air gula tu sebenarnya penting pada kita yang sedang hamil? Dengan minum air gula tu, sebenarnya doktor nak pastikan sama ada kita ada GDM ataupun tidak. Ini kerana paras gula dalam darah akan naik apabila kita positif GDM. Sebab itulah, janganlah kita mengelak dari minum air gula ye. Interpretasi hasil ujian Venous plasma glucose (mmol/l) Fasting 2 hours post glucose load Normal < 6.1 < 7.8 GDM – > 7.8 Semasa hamil, diabetes akan berlaku kerana paras glukosa ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras glukosa tersebut akan kembali normal selepas bersalin. Lebih kurang dalam lima peratus wanita hamil mengala...

KENCING MANIS KETIKA HAMIL JOM ELAK KENA CUCUK INSULIN.

BAHAYA KENCING MANIS KETIKA HAMIL Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Gestational diabetes mellitus, (GDM) dimana paras gula meningkat dan berlebihan dalam darah. Ini berlaku di kalangan ibu yang tidak mempunyai kencing manis sebelum hamil. GDM biasanya boleh dikesan antara minggu ke-28 dan minggu ke-34 kehamilan bayi, dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan. Oleh itu,kencing manis semasa hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa hamil menjejaskan kira-kira 4% di kalangan ibu hamil. Kebanyakan ibu hamil mempunyai uri yang boleh menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika insulin yang dihasilkan tidak mencukupi, paras gula akan meningkat dalam darah. Biasanya GDM akan hilang selepas bayi dilahirkan. BAGAIMANA GDM MENJEJASKAN KESIHATAN BAYI ? Berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan menyebabkan kesukaran semasa bersalin. Gula darah bayi adalah terlalu rendah (hypoglycemia) dan tahap mineral ...