Skip to main content

BAHAYA DIABETIS (GDM ) KETIKA HAMIL .

Semasa hamil, pernah tak ibu-ibu kena minum air gula? Minum air gula tu amatlah perit rasa kan? Nak telan segelas air gula tu rasa macam lamanya nak habis kan? Terasa kat tekak setiap  kali kena minum air gula tau. Terbayang-bayang kena minum air gula semasa mengandung dulu. Tapi, tahukah ibu-ibu yang minum air gula tu sebenarnya penting pada kita yang sedang hamil?
Dengan minum air gula tu, sebenarnya doktor nak pastikan sama ada kita ada GDM ataupun tidak. Ini kerana paras gula dalam darah akan naik apabila kita positif GDM. Sebab itulah, janganlah kita mengelak dari minum air gula ye.
Related image
Interpretasi hasil ujian
Venous plasma glucose (mmol/l)
Fasting2 hours post glucose load
Normal< 6.1< 7.8
GDM–> 7.8

Semasa hamil, diabetes akan berlaku kerana paras glukosa ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras glukosa tersebut akan kembali normal selepas bersalin. Lebih kurang dalam lima peratus wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70 peratus daripada mereka akan pulih daripada gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan menghidap diabetes jenis kedua di kemudian hari. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi.
Pankreas kita akan menghasilkan hormon yang dipanggil insulin, yang dapat membantu glukosa dalam darah untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan.
PerkembanganApabila seseorang wanita hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan perkembangan seseorang bayi. Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis (rintang) terhadap insulin dan membawa kepada kalis insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin. Jika persediaan pankreas adalah bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan si ibu. Bagaimanapun jika persediaan pankreas adalah terhad, penghasilan insulin adalah tidak mencukupi dan paras glukosa dalam darah akan meningkat dan diabetes semasa hamil akan berlaku selepas itu.
Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas tiga bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon. Kepada ibu-ibu yang menghidap diabetes sebelum kehamilan bermula, penyakit diabetes akan menjadi lebih melarat dan si ibu tersebut memerlukan lebih banyak rawatan dan ubat-ubatan.
Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya.
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Simptom-simptom GDM

Ibu tidak akan tahu yang ibu menghidapi GDM, sebab penyakit ini tidak ada simptom yang jelas dan nyata seperti demam (badan kita panas kan), batuk mahupun selesema. Tapi, ada beberapa perkara yang kita boleh perhatikan. Antaranya:
  • keletihan yang melampau
  • dahaga
  • kerap buang air kecil
  • penglihatan menjadi kabur
Ini adalah antara simptom yang mengatakan ibu-ibu berkemungkinan mengalami diabetis ketika hamil.

Image result for Risiko Diabetes Semasa Hamil

Risiko Diabetis Semasa Hamil

Ada beberapa risiko yang boleh bayi dan ibu sendiri dapat. Ianya boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi ibu sendiri. Antara risiko yang boleh dihadapi ialah:
  • Bayi akan terlalu besar
apabila gula merentasi plasenta, gula akan masuk ke dalam rahim dan ia akan sampai kepada bayi kita melalui saluran tali pusat yang membawa makanan dan minuman. Apabila bayi kita terlalu besar, ada kemungkinan ibu akan dibedah untuk bersalin.
  • Bayi yang memerima terlalu banyak gula semasa dalam kandungan, ada kemungkinan besar yang mereka akan mengalami hipoglisemia (gula dalam darah yang rendah) dan juga jaundis tinggi.
  • Bayi kita juga akan terdedah kepada penyakit obesiti dan juga doabetis type 2 di masa hadapan.

ADAKAH LANGKAH UNTUK MERAWAT GDM SEMASA HAMIL.

Related image


Doktor akan menasihatkan anda supaya mengikuti pelan pemakanan yang sesuai dan juga meningkatkan aktiviti fizikal supaya paras glukosa darah yang tinggi dapat dikurangkan. Anda juga perlu memantau paras glukosa darah anda dengan kerap (secara ideal, 4 hingga 6 kali sehari) bagi memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di tahap yang normal.
Sesetengah wanita yang menghidap GDM mungkin memerlukan suntikan insulin, selain daripada amalan pemakanan sihat dan bergiat aktif dalam aktiviti fizikal, untuk mencapai paras glukosa darah yang disarankan.
Ubat oral antidiabetik (OAD) secara amnya tidak disarankan ketika mengandung. Tetapi, terdapat kajian-kajian terkini yang menunjukkan bahawa sesetengah OAD adalah selamat untuk digunakan ketika hamil.Doktor mungkin mempreskripsikan salah satu ubat-ubatan ini jika
Peningkatan paras glukosa darah anda tidak terlalu tinggi. Berita baiknya, pemantauan paras glukosa darah yang kerap di samping mengamalkan diet sihat dan kerap bersenam adalah sudah cukup untuk mengawal GDM anda sekali gus dapat mengurangkan risiko terhadap anda dan bayi. Selepas bayi anda dilahirkan dan hormon plasenta sudah tidak lagi mengalir dalam badan anda, paras glukosa dalam darah anda biasanya akan kembali ke paras normal (melainkan jika paras glukosa anda sememangnya sudah tinggi, tetapi tidak disedari, sebelum hamil). Oleh itu, anda tidak perlu berasa terlalu bimbang terhadap keadaan ini, namun begitu, anda perlu menjaga diri dengan baik dan nikmatilah kehamilan.
Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.
Wanita yang mengidap penyakit diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 sebaiknya menghadiri ‘klinik penjagaan pra-hamil’ atau ‘pre-pregnancy care clinic.

Antara perkara yang boleh membantu untuk mengawal dan mengelak GDM semasa hamil ialah

Image result for makanan seimbang ketika gdm hamil


1) Jaga Nutrisi Pemakanan 

Sebelum ini kita tahu bahawa “Kita adalah apa yang kita makan”. Bagi ibu hamil, ia lebih lagi: “Bayi kita makan apa yang kita makan”. Jadi ambil kira apa yang baik untuk kita dan juga bayi bagi mengelakkan paras glukosa yang tinggi dalam darah secara berlebihan. Pengambilan suplemen vitamin untuk ibu hamil dan GDM turut boleh membantu mengatasi masalah ini.

2) Selalu Bersenam 

Senaman atau beraktiviti aktif secara sihat mampu merangsang tubuh untuk memanfaatkan lebih glukos. Lebih baik berbanding aktiviti pasif yang memaksa tubuh bekerja keras menghasilkan insulin untuk mengekalkan paras glukosa normal. Kesan sampingan kawalan glukosa ini turut membantu mengawal berat badan berlebihan ketika hamil, tidur atau rehat yang lebih berkualiti dan memperbaiki perubahan mood.

3) Kaedah Perubatan/Suntikan Insulin 

Mungkin setelah penjagaan pemakanan dan amali senaman, kita terpaksa memerlukan lebih kawalan paras glukosa dalam darah. Preskripsi insulin atau kaedah perubatan lain mungkin juga boleh membantu. Oleh itu, nasihat dan pantauan daripada doktor adalah amat diperlukan.

4) Mengambil supplemen yang boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah

Shaklee mempunyai produk yang dapat mengawal tahap gula dalam darah dan ianya selamat diambil oleh ibu hamil kerana sifatnya yang semulajadi dan tiada dadah atau ubat terlarang.


Bagaimana Suplemen Shaklee membantu Ibu Hamil Yang Menghidapi Kencing Manis Semasa Hamil.
SET HAMIL TRIMESTER PERTAMA.
  1. Vitamin C
  2. BComplex
  3. ESP
  4. Ostematrik
SET HAMIL TRIMESTER KEDUA
  1. Vitalea
  2. Ostematrik
  3. ESP
  4. Vitamin C
SET HAMIL TRIMESTER KETIGA
  1. Vitalea
  2. Ostematrik
  3. ESP
  4. Vitamin C
  5. Omega Guard.

1)ESP

kandungan Glisemik Indeks yang rendah boleh menggantikan karbohidrat dalam diet seharian dan akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah. Protein soya adalah antara karbohidrat yang baik untuk menghidap kencing manis ketika hamil.

2)BCOMPLEX

Untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga.

3)VITALEA

Kandungan zinc dalam vitalea berfungsi menurunkan paras glukosa dalam darah dan bantu pembentukan insulin yang baru. Mengandungi Chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.

4)OSTEMATRIK

Kekurangan magnesium semasa hamil adalah salah satu punca terkena kencing manis. Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis. Magnesium meningkatkan kadar rembesan insulin dan mengurangkan rintangan insulin.

5)VITAMIN C

Memperbaiki kadar toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi dalam salur darah akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul banyak...


Tiada masalah HB low,bertenaga,tiada mengantuk,tiada jerawat ,tiada alahan,sembelit tiada walaupun anak dah empat.



BAGAIMANA HENDAK DAPATKAN SUPPLIMENT UNTUK IBU HAMIL NIE

CARA 1

Anda boleh sahaja klik trimester yang anda sedang alami sekarang dan membeli terus dengan shaklee ,Penghantaran akan terus ke pintu rumah anda mengikut alamat yang telah anda tetapkan.

(Jika anda tidak dapat vitamin yang anda hendak melalui shaklee sila rujuk dibawah)

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Bukit Mertajam, Bandar Perda, Seberang Perai, Bukit Minyak,KPJ Hospital Penang saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seberang Perai,Bandar Perda, Bukit Mertajam,Bukit Mertajam.


Cik azza
ID:-1217675
Email: azl1za@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: 01132045363

Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...