Skip to main content

Wanita perlu tahu semua ini kalau suka bersolek


PENTINGNYA SEMUA INI PADA YANG BERGELAR WANITA

Setiap wanita yang mementingkan kecantikan perlu mengambil tahu semua ini,kadang-kadang kita sebagai wanita hanya ingin cantik,tahu membeli namun kita tidak sedar akan kesan yang paling mudah dan senang di abaikan..

Jom kita tengok apa yang PENTING sangat kan :-)


Tahukah anda, produk solekan juga mempunyai tarikh luput. Jadi jangan mengambil mudah soal ini kerana ia boleh memberi kesan buruk seperti alahan atau iritasi pada kulit. Jom semak tarikh luput produk solekan anda!

1. Maskara
Tarikh luput mascara sekitar tiga bulan sahaja. Jangan menggunakan produk ini selepas tempoh tersebut. Dapatkan maskara yang baru untuk menjamin keberkesanan produk dan mengelakkan jangkitan pada bahagian mata.

Tip: Pastikan anda menutup maskara dengan kemas agar maskara tidak keras. Jika maskara keras, titiskan sedikit minyak zaitun.

2. Eye Liner  (Penggaris Mata)
Penggaris mata juga tidak dapat bertahan lama. Untuk jenis cecair, tarikh luput sekitar tiga hingga empat bulan. Bagi penggaris mata jenis batang ( stick) ia mampu bertahan enam hingga tujuh bulan.

3. Bedak Asas Jenis Cecair
Bedak asas jenis cecair mesti dijaga dengan baik, tutup rapi agar angin tidak masuk. Jika dijaga dengan elok, jangka hayatnya boleh bertahan dari enam bulan sehingga satu tahun. Namun jika bedak asas ini bertukar warna atau berbau, jangan gunakan. Ia boleh menyebabkan alahan kulit, dikhuatiri bedak tersebut mempunyai bakteria.

4. Alat Solek Serbuk (Pembayang Mata & Bedak)
Alat solek yang berasas serbuk mempunyai tarikh luput berbeza. Pastikan produk ini sentiasa bertutup dan kering. Produk-produk solekan jenis serbuk boleh bertahan dua hingga tiga tahun. Jangan sesekali dedahkan produk di tempat yang panas, ia menyebabkan produk mudah rosak.

5. Gincu Bibir/ Lip Gloss
Gincu bibir mesti dijaga dengan baik, elakkan meninggalkan gincu di tempat panas seperti di dalam kereta. Pastikan gincu dan lip gloss atau pengilat bibir ini diletakkan di tempat yang mempunyai suhu bilik. Produk-produk ini tarikh luputnya dua hingga tiga tahun.

6. Penggaris Bibir (Lip Liner)
Penggaris bibir mempunyai jangka hayat yang lebih lama iaitu sekitar tiga hingga lima tahun. Selepas gunakan, tutup dengan penutup agar kebersihan terjaga. Asah atau tajamkan penggaris bibir untuk memelihara produk ini.

7. Berus solekan
Berus solekan mesti dibersihkan sekali sebulan. Berus yang tak bersih boleh menjadi ejen utama penyebaran bakteria pada kulit. Jika gunakan setiap hari, bersihkan berus setiap minggu. Berus boleh digunakan sehingga dua tahun.

Kesan Gunakan Produk Tamat Tarikh Luput
1. Iritasi, radang atau alahan pada kulit.
2. Jerawat
3. Masalah kesihatan akibat jangkitan kuman
4. Produk tidak berkesan kerana sudah rosak


Pernah tak terfikir semua ini??saya pasti ramai yang tak terfikir semua ini kan??
sama juga macam saya tahu beli,pakai sampai kadang terlupa ada tarikh luput kan..
haaaaa..bila muka dah naik macam-macam mula la online cari produk yang boleh cantik muka dalam masa 3 hari??
agak-agak ada ke??
memang la ada tapi tau ke dalam kandungan dia ada apa??

masalah-masalah!!!!!!!



Atasi semuanya dengan vivix(si tonik ajaib)



 Hilangkan mekap dengan Gentle Action Makeup Remover




Hari nie tak nak tulis banyak-banyak dah tau,kalau kawan-kawan ada masalah boleh la hubungi saya ye..insyallah saya akan bantu ye.



 


AZZA
ID 1217675
azl1za@yahoo.com
IG:-cintahati_shaklee
FB:-sutera azyra
Blog:-Azzaazyra.blogspot.com


Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN SERTA BENTUK BADAN IDAMAN.

Pada  zaman sekarang ramai wanita diluar sana yang telah lama melupakan amalan berpantang selepas bersalin.Walaupun amalan ini amatlah penting namun lama kelamaan amalan ini kian dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita terutama amalan berpantang dari segi pemakanan,berurut,bertungku,bertangkas dan juga berbengkung. Betul ramai beranggapan amalan berpantang ini merupakan sesuatu yang membosankan,tetapi kita sebagai wanita haruslah bersabar dan kita juga harus ingat yang amalan ini semuanya akan memberi kebaikan kepada kesihatan dan juga mempengaruhi kecantikan diri kita sendiri. Selama kita tidak berpantang banyak yang telah kita lakukan,kita bebas melakukan semua benda selama ini sebelum kita bersalin,Namun selepas bersalin dan berpantang amalan baru terpaksa kita ikut kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.Betul,amalan ini memang leceh tapi tentu sekali kita tidak akan mendapat kesan dalam jangka masa yang pendek,Dan semua ini akan terkesan dengan jang...