Skip to main content

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata.

Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye.

Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu.
Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear..

Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi
Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti.


Image result for pap smear


APA ITU PAP SMEAR?


Pap smear (juga dikenali sebagai ujian Pap) adalah prosedur pemeriksaan untuk mengenalpasti risiko kanser pangkal rahim. Ia menguji kehadiran sel-sel kanser atau pra-kanser pada bukaan serviks. Ia mendapat nama ini sempena nama seorang doktor – Georgios Papanikolaou (Pap), yang menetapkan bahawa ini adalah satu cara yang sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda kanser pangkal rahim.

Ingat lagi masa cik azza bertanya kepada klinik Boleh ke buat Pap Smear?Nurse akan terang dulu sebelum itu tau apa itu Pap Smear Bla..bla..bla..bla..
Dan nurse akan bagi tau kalau nak buat Ujian nie Kita tak boleh:-

1. Melakukan seks
2. Menyembur kawasan vagina
3. Menggunakan tampon
4. Menggunakan krim vagina

Lepas bagi semua penerangan nie apa lagi ambil la tarikh,cik azza senang ambil sekali date masa check up atau time imunisasi untuk anak,buat sekali terus tak payah nak ambil cuti banyak kali.



BAGAIMANA PAP SMEAR DILAKUKAN?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Memang tak sakit ikhlas cik azza cakap,sakit lagi tahan contraction bersalin tau.
Lagi satu cik azza pesan elok la kalau korang buat dekat klinik yang korang dah biasa pergi.Cik azza buat dekat klinik kerajaan je lah..Klinik masa check up mengandung ,senang dah kenal semua nurse..Lagipun yang buat tu Nurse senang kan perempuan, tapi bukan semua nurse boleh buat ada la prosedur diorang.


BERAPA LAMA KEPUTUSAN KELUAR?

Lepas je buat semua pemeriksaan Nurse akan beritahu keputusan keluar dalam seminggu,Kalau ada masalah selepas result keluar diorang akan telefon dan kalau tak ada masalah diorg tak akan telefon.

Tetapi cik azza ada je cakap kalau ada masalah atau tidak boleh tak telefon saya.So diorang akan record la semua tu.Alhamdulilah dalam masa lebih kurang seminggu dapat col dan keputusan semua baik..Alhamdulilah.
Tunggu next year punya Pap Smear pulak.


PENTINGNYA PAP SMEAR KEPADA WANITA ??
Dari ujian Pap Smear yang dijalankan, doktor dapat mengesan polip dan jangkitan yang dipelorehi dari sel servik. Pengesanan awal ini dapat membantu mengesan sel-sel yang berpotensi membentuk kanser dan membuat rawatan awal bagi menghalang sel kanser dari merebak serta peluang untuk sembuh adalah cerah.
Wanita yang tidak pernah menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser servik kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian Pap Smear boleh mengesan dan mencegah terjadinya kanser. Kebanyakkan wanita Malaysia sukar untuk menjalankan ujian ini atas dasar faktor MALU dan inilah yang menjadi penyumbang kepada penyakit kanser yang kebiasaaanya berada pada tahap 3 atau 4.
Sebab itu pentingnya ujian Pap Smear ini dilakukan oleh para wanita di Malaysia.. Cegah sebelum ia terjadi dan merebak.
Bertindak segera!..
Peringatan Buat Semua Wanita !!!
Dah habis dah jika ada terkurang apa2 boleh komen jangan kecam cik azza pulak.hehehehe.
=================================================
=================================================
HUBUNGI CIK AZZA JIKA ADA MASALAH BERKAITAN KEPUTIHAN ATAU KEWANITAAN
ATAU BAGI MENGELAK KANSER UNTUK WANITA,
Cik azza (Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia)
01132045363.

Comments

  1. Ujian yang hanya beberapa minit mungkin dapat mengelak menanggung keseksaraan hidup

    ReplyDelete
  2. Anda mengalami masalah keputihan?
    01132045363.

    ReplyDelete
  3. sengugut teruk tiap kali datang Haid,
    Haid dan hormon tidak stabil
    Masalah kesuburan
    Kita ikhtiar dia tentukan.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...