Skip to main content

BANJIR MEMBAWA PENYAKIT -CIK AZZA POT PET.

Tidak dinafikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini hujan berpanjangan dan banjir telah mula melanda beberapa tempat,Banjir besar sudah melanda terutamanya negeri-negeri pantai timur dan selatan seperti TERENGGANU.KELANTAN,JOHOR.
Berita ini bukan sahaja menyedihkan penduduk dengan kehilangan harta benda ada juga turut meragut  nyawa sebagai mangsa banjir.

Berita yang disiarkan memaklumkan kerajaan tidak putus-putus menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir,Namun hakikatnya ada lagi masalah yang lebih membinasakan dan membimbangkan juga tidak boleh dipandang ringan iaitu isu kesihatan.



Banjir merupakan punca utama berlakunya penyakit bawaan air seperti cirit-birit (gastroenteritis akut,kolera,tifoid,hepatitis A,disentri dan keracunan makanan akibat bekalan air dan penyediaan makanan yang tercemar.Air banjir bercampur dengan sampah sarap serta najis menyebabkan ia tercemar dengan pelbagai jenis bakteria.

 Pegawai Perubatan Am, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Noor Baizura Jamali, penjagaan kesihatan dan sumber makanan dan minuman yang bersih amat penting pada ketika ini memandangkan penularan penyakit bawaan air mampu membawa maut.
“Cirit-birit yang merupakan antara simptom utama kebanyakan penyakit bawaan air boleh mengundang maut apabila ia berlaku secara berterusan dan menyebabkan badan pesakit kehilangan air yang banyak.

“Keadaan ini boleh berlaku dengan pantas akibat kehilangan air yang banyak, menyebabkan kurangnya bekalan darah ke buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

masyarakat dinasihatkan sentiasa berwaspada,untuk menghindari penyakit cirit birit,caranya adlah dengan mencuci tangan mengunakan sabun setiap kali makan dan minum serta selepas pencernaan,mereka juga dinasihat memasak air terlebih dahulu sebelum minum.


Antara penyakit yang mungkin tersebar akibat daripada banjir adalah:-
  • Demam kepialu
Demam kepialu disebabkan oleh kuman Salmonella Typhi yang terdapat di dalam air kencing dan najis pesakit kepialu dan pembawanya yang akan mencemarkan bekalan air atau makanan. Pembawa merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman kepialu di dalam badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda demam kepialu. Pesakit akan mengalami sakit kepala yang amat sangat, perut meragam dan sakit, sembelit diikuti cirit-birit, demam tinggi dan berterusan selama tiga atau empat minggu, badan ditumbuhi ruam, mengantuk, dan mungkin tidak sedarkan diri. Mereka boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah. Jika tidak dirawat, jangkitan kepialu juga boleh merebak ke jantung dan membawa maut. 
  • Taun (kolera)

Suatu jangkitan  pada usus kecil oleh bakteria Vibrio cholerae yang menyebabkan muntah dan diarea (cirit-birit) yang teruk (yang dikenali sebagai najis air beras) dan menimbulkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan).Penyakit ini juga berpunca daripada makanan atau air minuman tercemar dan biasanya berlaku sebagai wabak. Pesakit dirawat melalui infusi larutan garam secara intravena manakala antibiotik hanya untuk mempercepatkan pemulihan.

  • Leptrospirosis


Sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira yang ditularkan daripada air kencing tikus. Penyakit ini bermula dengan demam dan mungkin melibatkan hati yang menyebabkan demam kuning  ataupun  radang selaput otak . Dalam beberapa kes, ia turut melibatkan buah pinggang.

  • Gastroenteritis

 Inflamasi atau radang perut dan usus yang lazimnya berpunca daripada jangkitan virus atau bakteria atau toksin-toksin keracunan makanan yang menyebabkan muntah, sakit perut, cirit-birit dan demam.Ia berlaku dari beberapa jam dan boleh berlarutan sehingga beberapa hari lamanya. Biasanya doktor akan memberikan rawatan antibiotik.Mangsa terpaksa ditahan di hospital jika ia bertambah serius. Gastroenteritis boleh menyebabkan kehilangan cecair adalah yang teruk  terutamanya kepada bayi-bayi dan penggantian cecair secara intravena mungkin diperlukan. 

LANGKAH KESIHATAN DAN KESELAMATAN
  • Sentiasa minum air yang telah dimasak terlebih dahulu
  • Kurangkan aktiviti ketika musim banjir
  • Pakai alat pelindung seperti boot,dan sarung tangan getah terutama ketika mengalami luka luka kecil.
  • Buka semua tingkap ketika melakukan proses pembersihan agak udara baik.
  • Kuatkan tahap imunisasi badan dengan Nutriferon.
  • Pastikan punca utama elektrik dimatikan bagi mengelakkan renjatan terutama jika air masih ada

MENGELAK PENYAKIT BERJANGKIT KETIKA BANJIR
DENGAN SUPPLIMENT.


Sakit atau sihat semua itu kuasa allah yang tentukan adalah cuma kita yang kena usaha,membuat persediaan dalam menghadapi situasi begini.Sebagai persediaan 
seperti Nutriferon,Vitamin C,Omega dan Mealshake,
selalunya bila hujan kerap demam kan so guna lah Nutriferon untuk kuatkan antibodi
Bila nampak anak anak kurang bertenaga atau hendak selsema elok lah bagi OMEGA GUARD.

Untuk kita mak2 dengan ayah2 nie elok la ambil VITAMIN C setiap hari ,
lagipun kebanyakkan Vitamin shaklee tahan 2-3 bulan tau,memang jimat sangat dan siap boleh kongsi seluruh keluarga








Semua pembelian akan terus dihantar kehadapan rumah anda
Cas penghantaran akan dikenakan melalui postage
rm10sm/rm20ss

Ingin berbual atau berwhatsapp dengan cik azza sila la save no nie
01132045363 :-)

Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN SERTA BENTUK BADAN IDAMAN.

Pada  zaman sekarang ramai wanita diluar sana yang telah lama melupakan amalan berpantang selepas bersalin.Walaupun amalan ini amatlah penting namun lama kelamaan amalan ini kian dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita terutama amalan berpantang dari segi pemakanan,berurut,bertungku,bertangkas dan juga berbengkung. Betul ramai beranggapan amalan berpantang ini merupakan sesuatu yang membosankan,tetapi kita sebagai wanita haruslah bersabar dan kita juga harus ingat yang amalan ini semuanya akan memberi kebaikan kepada kesihatan dan juga mempengaruhi kecantikan diri kita sendiri. Selama kita tidak berpantang banyak yang telah kita lakukan,kita bebas melakukan semua benda selama ini sebelum kita bersalin,Namun selepas bersalin dan berpantang amalan baru terpaksa kita ikut kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.Betul,amalan ini memang leceh tapi tentu sekali kita tidak akan mendapat kesan dalam jangka masa yang pendek,Dan semua ini akan terkesan dengan jang...