Skip to main content

PENANTIAN SATU PENYIKSAAN, BERKAT IKHTIAR DENGAN SUPLEMEN DENGAN IZIN ALLAH SAYA DISAHKAN HAMIL


Penantian satu penyiksaan. Dulu saya mendengar je ungkapan ni tapi tak pernah benar benar merasainya.
.

Saya seorang ibu kepada 2orang anak. Kedua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan mereka songsang disebabkan masalah bicornuate uterus(rahim abnormal). Walaupun melahirkan secara pembedahan saya bersyukur dan redha kerana sekurangnya saya dikurniakan cahaya mata berbanding mereka yang kes mcm saya, ada yang tak berpeluang ada cahaya mata.
.

Jarak kedua-dua anak saya tak begitu jauh. Anak sulung setahun lebih, saya dah hamil anak kedua. Alhamdulillah tiada masalah semasa hamil atau selepas melahirkan.
.

Setelah melahirkan anak kedua, atas nasihat doktor saya menjarakkan kehamilan dengan mengambil implanon sebagai perancang bermula Disember 2011. Saya memakainya selama 3tahun. Selama tu juga saya tidak datang period.
.



Selepas menanggal implan pada Disember 2014 , saya fikir tahap kesuburan saya akan kembali normal. Yer lah memandangkan jarak kedua anak sebelum ni pun tak jauh sangat. Jadi saya fikir saya ni jenis subur agaknya jadi sebaik menanggal implan mesti senang je nak lekat.
.

Period dah kembali normal. DUA TIGA TAHUN berlalu masih belum ada apa-apa tanda. Saya mula risau. Saya pernah bertanyakan pada doktor, menurut doktor memang ada sesetengah orang setelah memakai implan tahap kesuburan lambat untuk kembali normal.
.

Saya pun mula berusaha, pada mulanya saya mengambil vitamin kesuburan secara konsisten seperti B-Complex yang dilengkapi asid folic. Kemudian Gla Complex untuk meningkatkan kesuburan. Di samping vitamin asas yang lain yang saya dah ambik sebelum-sebelum ni lagi.
Beberapa bulan masih juga menunggu.
.

Setiap kali haid agak hampa. Saya pernah menangis jugak bila haid datang. Baru saya memahami perasaan siksanya penantian itu. Dengan orang sekeliling yang asyik bertanya bila nak tambah dan terutama anak-anak sendiri yang asyik bertanya “bila kita nak dapat baby” oh tertekan jugak kadang-kadang. Yerlah saya sendiri risau juga dengan umur semakin bertambah. Saya cuma jawab “kita doa sama-sama oke”
.

Pada awal Januari 2018 suplemen CoqTrol berada di pasaran. Saya mendengar kelas daripada pakar nutrisi betapa pentingnya pengambilan Coq dalam memberi tenaga pada sel sel tubuh badan kita. Rupanya sel ovum merupakan sel terbesar dalam badan wanita. Dan sel sperma pula merupakan sel terkecil dalam badan manusia.
.

Dan untuk pergerakan aktif sel-sel ini bertemu “cinta hati” memerlukan “tenaga”. Dan CoqTrol dapat membantu meningkatkan tenaga sel-sel ini. Ada ujian yang dijalankan menunjukkan kesan pengambilan suplemen ini pada jumlah sperma dan pergerakan sperma. Keyakinan saya bertambah bila ada seorang customer berkongsi pengalaman dia ikhtiar hamil, kata doktornya “this suplemen(coq10) is very good for your ovum”. Mendengarkan ini buat saya fikir, saya dan suami memerlukan tambahan suplemen ni, mungkin ada yang belum cukup.
.

Sebaik berada di pasaran saya terus beli dan makan bersama-sama suami. Sambil meneruskan vitamin-vitamin lain sebelum ni. Saya juga lebih mengambilberat dengan waktu subur, saya mencatatnya, menggunakan bantuan application di smartfon dan juga menggunakan ovulation kit.
Saya betul-betul berusaha kali ni selain dari terus berdoa dan minta orang sekeliling mendoakan juga.
.

Alhamdulillah dengan izinNya. Setelah habis sebotol CoqTrol, period saya lambat dan syukur saya disahkan positif hamil anak ketiga. Ye, Pada usia anak kedua 7tahun. Jarak sungguh kali ni. Suka betul kakak-kakak mendapat berita kehamilan ini. Kini, Kandungan dah nak masuk 5bulan, gerakan baby pun dah mula dirasai. Terasa rindu sungguh perasaan ni. Doakan kami ye.
.

Melalui ‘struggle’nya berusaha kali ni buat saya ingin berkongsi kisah ini. Pada yang masih menanti cahayamata jangan putus asa. Teruskan usaha. Usaha perlukan masa, pengorbanan dan kesungguhan. Melaburlah untuk kesihatan kita dan pasangan. Bila badan sihat, sel sihat insyaAllah badan kita akan sedia untuk hamil. Dan paling penting senjata utama kita adalah DOA.
.

Kongsikan kisah ini jika anda juga ingin membantu orang-orang sekeliling. Semoga perkongsian ini dapat membantu pada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah syukur pada Allah, terima kasih atas doa semua dan terima kasih Shaklee.

Comments

POPULAR POST

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

PROMO SHAKLEE APRIL 2020

PROMO SHAKLEE APRIL 2020. Promo Shaklee Untuk April Edisi Ramadan.. Dah Ready ke nak puasa nie? 😍 Nak harga lagi lagi lagi murah jom sembang dengan cik azza 📱01132045363

Bagaimana wanita ini hamil selepas mengamalkan Set Kehamilan Shaklee

TESTIMONI 4 : SHIMA ZAINAL HAMIL ANAK PERTAMA SELEPAS DUA BULAN AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE Seperti pasangan suami isteri yang lain, kehadiran zuriat adalah sangat dinanti-nantikan selepas berkahwin. Begitu juga dengan saya, Noor Hasyimah, dan suami, Mohd Syarikin. Kami bernikah pada Disember 2011. 3 tahun kami menanti, sebelum dikurniakan anak pertama kami. Macam-macam dugaan kami lalui dan tempuhi bersama. Pelbagai usaha kami lakukan supaya saya dapat hamil. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi inspirasi dan motivasi serta semangat pada mereka yang sedang berusaha untuk hamil seperti kami dahulu. Ini cerita kami. . Sebenarnya di awal usia pernikahan kami, saya disahkan hamil. Iaitu seawal bulan kedua pernikahan. Seperti pasangan lain, kami tidak menyangka sebegini cepat saya akan hamil. Namun bersyukur dan gembira dengan amanah yang Allah berikan ini. Saya tidak mengalami sebarang morning sickness. Tidak muntah-muntah, loya. Tiada masalah masa tu. ...

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho...

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...

TAK PAYAH NAK SAPU KRIM ATAU MAKAN PIL BANYAK UNTUK CANTIK HANYA SESUDU JE.

Assalamualaikum semua.. Untuk kali nie azza nak mencuri sedikit masa sewaktu semua orang tengah dibuai mimpi,sementara baby girl azza tengah tidur..Hari nie merap la demam..tak boleh nak berganjak langsung dia.. Azza sebenarnya nak bercerita mengenai VIVIX je satu-satunya produk yang paling mahal dalam senarai shaklee dan satu-satunya produk jika anda malas nak ambil kapsul atau tablet banyak-banyak. Dah banyak azza dengar tentang kehebatan VIVIX nie,terasa cemburu pulak jika tak dapat mencuba,boleh la rasa seakan muda sikit..hehehehe.Sekarang azza masih lagi consume VITAMIN C,ESP,BCOMPLEX,ALFAFA,LECITHIN..Wahhh banyaknya..hehehe ye la nak sihat kan..lagipun azza dah check dah produk shaklee memang ada LANDMARK. Zaman sekarang berlambak produk kecantikan dalam pasaran,asal murah je mesti nak beli,tapi korang ada check dulu ke bahan-bahan dia..Tak Faham?? Ala sekarang semua dihujung jari je,kita boleh check bahan yang dibenarkan dan juga bahan terlarang. Jaga-jaga..ingat ta...

CARA CEPATKAN BUKAAN RAHIM SUPAYA MUDAH BERSALIN.

ASSALAMUALAIKUM.. 1. Banyakkan berjalan Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh. 2. Jangan minum air selusuh terlalu awal Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum. 3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan...

PENYAKIT ANJING GILA ATAU RABIES JANGAN PANDANG MUDAH.

Sekarang dalam berita sering menperkatakan tentang RABIES.Apa itu Rabies? Pada mulanya jarang mengambil tahu semua benda nie sebabnya macam tiada kaitan je kan..Namun bila semalam sudah ada 4 kes kematian terasa nak tahu apa semua ini. Sebabnya kita nie kadang-kadang benda tak jadi bukan nak ambil tahu sangat kan,tapi tak salah pun tambah pengetahuan sikit. HARIAN METRO Apa itu Rabies? Bagaimana Rabies atau penyakit anjing gila ini menjangkiti Manusia? Tanda-tanda Rabies pada anjing

BUTA AKIBAT DIABETES.

Antara punca utama masalah ini ialah penyakit diabetes yang boleh memberi kesan sampingan buruk kepada mata. Penyakit diabetes ialah penyakit sistemik di mana badan tidak dapat mengawal kandungan gula, menyebabkan paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi. Peningkatan paras gula dalam darah juga memberi kesan terhadap sistem salur darah dan mengakibatkan serangan strok dan jantung, kegagalan buah pinggang serta kerosakan pada mata dikenali sebagai retinopati diabetis. Kesan Kesan masalah buta akibat penyakit diabetes sangat besar. Kebanyakan pesakit tergolong dalam peringkat usia yang produktif dan mempunyai tanggungjawab besar menyara hidup serta keluarga masing-masing. Kehilangan penglihatan pada peringkat ini boleh menyebabkan mereka kehilangan kerja kerana tidak mampu melakukan tugas dengan berkesan. Ini seterusnya akan menjejaskan ekonomi dan dinamik keluarga pesakit. © Utusan Melayu (M) Bhd  Kemungkinan seorang pesakit diabetes menjadi buta ...

SAKIT BAGAI DIHIRIS-HIRIS KETIKA CZER BERSALIN.

TESTIMONI 15: NURUL AZIYANA . [LUKA CZER SEMBUH DENGAN CEPAT SELEPAS AMALKAN VIVIX] . Assalamualaikum saya Nurul Aziyana, pengguna Shaklee sudah hampIr 4 tahun. Saya nak kongsi kisah bagaimana Vivix sangat membantu saya ketika berpantang bersalin secara pembedahan. Untuk kelahiran yang kedua ni baru saya guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee. Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech. . Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua. Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu. Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya saya allergic pada banyak ubat. Bil...