Skip to main content

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah.. 




Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan 
kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tempat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak.
Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat hospital..Kiranya penjagaan pantang makan,mandi,mengurut memang tak lengkap la..satu malam cik azza sakit perut teramat sangat sampai berguling-guling menangis..nasib baik juga mak mertua waktu tu ada bagi minyak panas,cik azza sapu je..alhamdulilah lepas tu dah ok cikit..

Lepas keluar hospital mak mertua cik azza ada juga panggil orang mengurut,ok la kan kita ingat dah tak ada apa2 dah..konon dah selesai la semua nya..
Kalau tak salah cik azza lepas setahun nifail lahir badan cik azza memang lemah sangat,bayangkan cik azza nak bongkok badan nak ambil timba atau apa2 sakit nya amat sangat..kerja nak baring je..rasa macam kena santau pulak.."eh macam pernah kena je..tak ada lah yang nie lawak je..

Bila kita duduk sendiri memang tak reti semua benda nie kena juga minta pandangan orang tua dan yang berpengalaman..cik azza terus col mak dekat kampung bagitau sakit pinggang,nak bangun,nak bongkok semua susah..apa lagi orang tua tu "kak ang balik kampung cepat balik mengurut batu meriyan jatuh tu"...aik baru cerita dah tau ke..hahahaha

Balik je kampung mak bawa jumpa bidan(bukan semua bidan pandai tau,kalau salah mengurut diri kita sendiri tanggung)
Mak cik yah nama bidan tu,dia urut guna kaki tau.."tak senonoh betol mak cik nie" hihihi ...hampa kena ingat tau setiap bidan lain cara urut dia...abis satu badan dia urut..bila sampai dekat perut dia pegang..."RAHIM HANG NAK JATUH DAH NIE DOK BAWAH DAH"terkejut kot..lepas tu dia cakap tak pe sat g mak cik angkat..angkat maksud dia tolak masuk dalam kedudukan yang asal..

Bernafas macam biasa nah"aahhhh" ambil kau sekali dia tolak memang sakit sebab dok bawah dah,lepas tu dia uli2 perut cakap haaaa ok dah nie..alhamdulilah sampai hari nie sakit hilang..syukur sangat sangat sebab cepat balik mengurut..tapi bila dia tolak naik tu guna tangan la bukan kaki ye..hihi.
habis dah cerita pengalaman cik azza...hihihi ngeri tak?
jom  cik azza cerita cikit nah.



Punca rahim jatuh.

  • Jatuh terhentak dengan kuat.
  • Angkat benda yang berat.
  • Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin.("macam cik azza")
  • Tolak benda dengan kaki terutama sekali mengunakan ibu jari.
  • Seks terlalu ganas
  • Pergerakan yang lasak





MACAM MANA NAK TAHU RAHIM KITA JATUH 

KE TIDAK?

Kita boleh lakukan pemeriksaan sendiri. Senang sahaja caranya.
  1. Baring lurus dan jangan gunakan bantal.
  2. Sapu minyak gamat / minyak serai /minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.
  3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
  4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
  5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
  6. Bernafas seperti biasa. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
  7. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, sah peranakan kita dah jatuh.

BETUL KE KALAU RAHIM JATUH SUSAH NAK HAMIL?

Ya! Rahim jatuh boleh menjadi punca kita susah untuk mengandung. Kedudukan rahim yang lari dari tempat asal akan menyebabkan persenyawaan sukar untuk berlaku. Sebab tu ibu yang baru bersalin biasanya akan berurut sengkak rahim untuk membetulkan semula kedudukan rahim supaya tiada masalah untuk mengandung semula.





Rawatan Untuk Rahim Jatuh

  • Selalunya bidan akan mengurut dan tolak atau naikkan rahim kepada kedudukan asal..Diorang lagi arif rasanya kalau scan pun tak nampak batu nie.
  • Selain itu juga boleh senaman untuk penjagaan rahim
  • Tapi seeloknya buat urutan sengkang rahim dulu dari bidan
  • Selepas itu jangan lupa untuk ambil suppliment Menaikkan Rahim Shaklee.




Energizing Soy Protein (ESP) berfungsi untuk menguatkan sel-sel otot rahim supaya otot rahim menjadi kuat semula. ESP yang kaya dengan protein akan menjadi makanan utama sel-sel dalam tubuh badan kita. Apabila sel dalam otot rahim mendapat makanan yang berkualiti, ia menjadikan otot rahim menjadi kuat dan berfungsi dengan baik.




Alfalfa Complex adalah herba yang dipanggil kacip fatimah moden. Pengambilan Alfalfa dengan dos dan aturan makan yang betul akan menjadikan rahim kita kuat. Insyallah membantu menaikkan rahim ke kedudukan yang asal.





Set Menaikkan Rahim Shaklee ini terdiri daripada vitamin semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua wanita, termasuk ibu mengandung. Insyallah dengan mengamalkan set ini secara konsisten akan dapat membantu menaikkan peranakan yang jatuh dan menguatkan rahim sekaligus mengelakkan  rahim kita jatuh lagi.

*perhatian: kepada yang mengalami rahim jatuh kronik atau dah teruk, sila dapatkan nasihat dengan doktor pakar dengan segera.






BAGAIMANA NAK DAPATKAN SUPPLIMENT INI?

CIK AZZA ADA SEDIAKAN CARA-CARANYA.



CARA 1

Anda boleh terus klik SET MENAIKKAN RAHIM ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan . Mudahkan?




CARA 2

Sila hubungi cik azza untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada cik azza. Sekiranya anda berada di sekitar BANDAR PERDA, BUKIT MERTAJAM ,KPJ HOSPITAL ,POLITEKNIK dan SEBERANG PERAI.Cik azza merupakan pengedar yang anda cari.


Cara 3

Atau pun anda boleh terus pergi branch shaklee yang berdekatan dengan anda dan membuat pembelian menggunakan ID cik azza seperti tertera dibawah.Pergi branch,ambil dan isi borang menggunakan ID cik azza dan tick barang yang hendak di orderkan.


SEMOGA DENGAN PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBANTU ANTARA SESAMA KITA,BERUSAHA SELAGI TERMAMPU DAN JANGAN HANYA MENYERAH SEMATA-MATA.

KONSULTASI PERCUMA KEPADA YANG ORDER DENGAN CIK AZZA YE:
SHAKLEE ID:1217675
WHATSAPP:01132045363
FACEBOOK:Sutera azyra
PAGE: Dunia Cantik
EMAIL-azl1za@yahoo.com




Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

VITAMIN C MENIPU DAN MENGUBAH FIKIRAN MEREKA.

Kalau dulu bila sebut je Vitamin C Cik azza akan ingat semua vitamin hanya untuk selera makan je,apa tak nya bila anak sedara tak ada selera makan je mak akan suruh beli vitamin C,So kita pun Set dalam fikiran yang semua vitamin hanya untuk menambah selera makan je..hihihi Tapi bila dah tua nie muda la dapat kesedaran,mula la selidik kenapa la kita nie kena ambil vitamin c,apa kejadah la vitamin c nie..hahahaha,penting sangat ke vitamin c dalam badan kita?Kalau tak cukup vitamin c apa jadi?Reput sebelum usia ke? Badan kita amat memerlukan Vitamin C. Kenapa?   Vitamin C adalah vitamin jenis larut air dan fungsi utama sebagai antioksidan. Ia juga penting untuk kesihatan gigi, gusi, tulang dan kesihatan tubuh badan kita. Vitamin C sangat penting kepada tubuh tapi tubuh tak dapat hasilkan sendiri vitamin C. Maka, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan harian dan juga suplemen Badan kita  tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama ...