Skip to main content

BAHAYA PEDOFILIA -CIK AZZA POT PET


Baru baru ini cik azza menhadiri majlis taklimat anak sulung cik azza masih dalam tadika,disana mereka ada berkongsi apa itu PEDOFILIA sedapkan nama dia,Namun nama yang sedap didengar buruk akibatnya.Disini cik azza terdetik hendak berkongsi dengan para ibu dan bapa semua apa itu PEDOFILIA.

APA ITU PEDOFILIA?

Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent). Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Ini juga boleh dipanggil penderaan seks kanak-kanak. Meskipun seseorang itu hanya mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak, walaupun tanpa menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia





SIAPA YANG CENDERUNG MELAKUKAN PEDOFILIA?

Kita akan menasihat anak anak kita dengan mengatakan jangan ikut orang yang kita tidak kenalkan?Namun pedofilia turut melibatkan orang yang terdekat ataupun orang yang dikenali seperti bapa saudara,abang tiri,adik beradik.Juga tidak mustahil melibatkan orang-orang terhormat seperti ustaz,guru,guru tuisyen,jiran mahupun pengasuh sendiri.

SIAPA MANGSA PEDOFILIA?

Secara ringkasnya mangsa melibatkan kanak-kanak lelaki dan juga perempuan berusia antara 3 bulan sehingga 12 tahun.






BAGAIMANA BERLAKU?
  • Kanak kanak mudah dipujuk dan diberikan imbuhan seperti ais krim .ataupun coklat.
  • Kanak-kanak diminta merahsiakan perbuatan tersebut.
  • Kanak-kanak tidak tahu perbuatan itu salah.

KESAN KEPADA ANAK
  1. Perubahan emosi.
  • Anak menjadi pasif dan  pendiam
  • Anak menjadi Agresif
  • Rendah diri
  • Tidak percaya kepada orang lain
  • Kurang Waras

2.Perubahan Fizikal.
  • Mengigau
  • Menangis

PERANAN IBU BAPA.
  • Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk melindungi anak-anak mereka daripada menjadi mangsa pedofilia?

  • Ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melakukan perkara yang boleh menarik perhatian pedofilia terutama sekali di laman sosial


    • 1) Tidak post gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan sama ada anak lelaki mahupun perempuan.

      2) Jangan sesekali memberitahu atau post lokasi sekolah atau kawasan beradanya anak anda di laman sosial

      3) Latih anak-anak untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja menyentuh kemaluannya.

      4) Pakaikan anak-anak pakaian yang tidak begitu menonjol dan sopan.

      5) Berikan perhatian sekiranya anak-anak tidak berasa selesa atau takut berada dekat dengan seseorang dan jika mereka menjadi murung apabila mendekati seseorang.

      6) Jangan membiarkan anak-anak terutama sekali yang berumur 13 tahun ke bawah pergi kemana-mana keseorangan diri atau tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai.

      7) Jangan membiasakan anak-anak duduk di atas riba sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang lelaki.
  • Apakah kesan yang dialami oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada serangan seksual?

    • Kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan seksual mungkin akan mengalami trauma seumur hidup mereka.

    Perkara ini turut boleh membawa kepada kemurungan, kebimbangan, masalah pemakanan dan tidak mempunyai keyakinan diri di kalangan kanak-kanak dan impak daripada yang dialami amatlah besar. 

    Menurut Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Dr. Mariani Mohd. Nor peristiwa seperti ini akan meninggalkan kesan perasaan seperti takut kepada kanak-kanak tersebut. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memberi perhatian penuh terhadap anak-anak mereka.

    Secara ringkasnya, kanak-kanak bukanlah objek mahupun boneka seks individu dewasa.
    Sedarlah, mereka masih kontang pemikiran dan tidak mengerti isu-isu sulit seperti ini, lantas seharusnya individu dewasa tidak mengeksploitasi kenaifan mereka untuk kepentingan nafsu sendiri.
    https://azzaazyra.blogspot.com

    Comments

    POPULAR POST

    Nukilan Pertama ku

    Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

    Segmen Bloglist Blog Nieyl

    Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

    PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

    Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

    ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

    Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

    PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

    Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

    KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

    SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

    Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

    Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

    "Blogwalking Time #August2018"

    Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

    Testimoni Ostematrik

    Testimoni Ostematrik

    AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN SERTA BENTUK BADAN IDAMAN.

    Pada  zaman sekarang ramai wanita diluar sana yang telah lama melupakan amalan berpantang selepas bersalin.Walaupun amalan ini amatlah penting namun lama kelamaan amalan ini kian dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita terutama amalan berpantang dari segi pemakanan,berurut,bertungku,bertangkas dan juga berbengkung. Betul ramai beranggapan amalan berpantang ini merupakan sesuatu yang membosankan,tetapi kita sebagai wanita haruslah bersabar dan kita juga harus ingat yang amalan ini semuanya akan memberi kebaikan kepada kesihatan dan juga mempengaruhi kecantikan diri kita sendiri. Selama kita tidak berpantang banyak yang telah kita lakukan,kita bebas melakukan semua benda selama ini sebelum kita bersalin,Namun selepas bersalin dan berpantang amalan baru terpaksa kita ikut kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.Betul,amalan ini memang leceh tapi tentu sekali kita tidak akan mendapat kesan dalam jangka masa yang pendek,Dan semua ini akan terkesan dengan jang...