Skip to main content

DUDUK BERKERJA TERLALU LAMA MENGUNDANG PENYAKIT JANTUNG - CIK AZZA POT PET


Zaman sekarang bila nak buat kerja je semua nak duduk kan..Bila pergi interview kerja mesti tanya kerja duduk ke berdiri???Tapi kita tidak boleh la salahkan tempat kerja juga kan..tak kan diorang yang kerja bahagian komputer nak kerja berdiri pulak kan.


Image result for duduk terlalu lama malaysia


Namun tahukah kita yang risiko duduk lama dari segi kesihatan Walaupun, kita terpaksa duduk apabila bekerja di pejabat, cuba amalkan regangan otot dan berjalan sekejap-sekejap bagi memastikan otot-otot dan anggota badan berada pada keadaan relax dan tidak tertekan.
Perasan atau tidak ketika duduk terlalu lama kita rasa seronok namun dia seumpama rasa kebas dan sengal sangat bila kita bangun je dari duduk.Secara zahir, mungkin kita akan menganggap masalah itu berpunca daripada kerusi atau sofa yang tidak selesa sebaliknya tanpa menyedari keadaan itu telah memberi tekanan kepada diri kita. 


Cuba kita fikirkan sejenak. Berapa jam kah sehari kita habiskan masa dengan duduk? Kalau di pejabat, mungkin kita akan habiskan masa 8 jam mengadap computer untuk menjalankan rutin kerja dan itupun tidak dicampur lagi dengan tempoh masa berada di dalam kereta ketika berhadapan kesesakan ketika pulang ke pejabat. Belum ambil kira duduk di kedai kopi atau mengadap makanan di meja makan dan menonton televisyen.

Secara puratanya, individu dewasa menghabiskan 90 peratus waktu lapang mereka dengan duduk dan kurang separuh memenuhi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya melakukan aktiviti fizikal sederhana selama sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.

Mereka yang tidak aktif atau duduk terlalu lama boleh menggandakan risiko kematian awal dalam tempoh tiga tahun berbanding mereka yang kurang duduk 

Sakit belakang Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik Tulang Belakang Pusat Perubatan Pakar Sri Kota Klang, Dr. John Ooi Tzen Chuong memberitahu, sakit belakang adalah kesan yang selalu dihadapi oleh mereka yang duduk terlalu lama.

Tambah Dr. John, kebanyakan kes sakit belakang di Malaysia berpunca daripada kerja yang memerlukan duduk terlalu lama seperti pemandu teksi, lori dan bas.
"Kebanyakan golongan ini mengadu sakit belakang dan saya mendapati mereka bekerja dengan cara duduk (memandu) dalam tempoh yang terlalu lama," ujarnya.

Katanya, 90 peratus sakit tulang belakang berpunca daripada kecederaan pada otot rangka yang kronik disebabkan tabiat posisi, ergonomik dan biomekanik.

Misalnya, sakit otot berpunca daripada postur duduk tidak betul dalam tempoh yang lama. Akibatnya, otot pada bahagian belakang berasa sakit disebabkan tekanan.

Bagi mereka yang bekerja di pejabat, keadaan kerusi dan meja perlu sesuai iaitu jangan terlalu rendah dan tinggi.

Sebaik-baiknya, mereka yang bekerja di pejabat mengambil inisiatif seperti melakukan regangan atau berdiri setiap dua jam.

"Kita boleh melakukan senaman ringan untuk kelegaan otot khususnya bahagian belakang. Pekerja-pekerja juga perlu diberi meja dan kerusi yang sesuai dengan ketinggian mereka ketika duduk.

Jika anda duduk terlalu rendah, tulang belakang akan membongkok, sebaliknya jika terlalu tinggi tulang belakang akan terlalu tegang. Sakit belakang yang teruk boleh membawa kepada masalah diska tergelincir," ujarnya.


*****************************************************


Cik azza
Email: azl1za@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: 01132045363

Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...