Skip to main content

PETUA KEKAL BAHAGIA SUAMI ISTERI - CIK AZZA POT PET.



Assalamualaikum..

Lumrah dalam hidup berumah tangga tidak pernah ada masalah dan berselisih faham kan,
kalau 10 tahun kahwin tapi tak pernah bermasam muka cik azza tabik springggg juga la.Pasangan mana yang tidak pernah bergaduhkan sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri kan.Macam lagu P.Ramlee tu.

Lumrah dalam hidup bersuami isteri ada masam,manis,pahit,kadang-kadang pedas sangat namun semua itu ditelan dengan hadapi dengan cara yang baik dan sepatutnya.

Apa yang membezakan semua itu adalah bagaimana cara untuk menbina, dan melayari semua bahtera yang kita sendiri bina ini.

Related image


 Petua Rumahtangga Kekal Harmoni

1. Jangan Berhenti Dating

Perkara yang haram sebelum nikah kini menjadi halal. Mengapa harus dihentikan? Tetaplah jaga keharmonian dengan bercinta selamanya. Perkara ini akan menjadi acara saling mengenal lebih dalam, satu sama lain yang penuh dengan kemesraannya.

2. Jangan Perbesarkan Masalah Kecil

Di awal perkahwinan adalah sesi suai kenal antara pengantin. Menjadi lumrah untuk pengantin baru mengenali sikap pasangan masing-masing. Walaupun sudah bercinta bertahun-tahun, namun perkenalan sebenar bermula selepas perkahwinan. Untuk itu, jangan terlalu emosi ketika menangani masalah-masalah kecil. Kuncinya adalah saling memahami, saling maaf memaafan & saling tolak ansur.

3. Wujudkan Komunikasi Dua Hala

Kebanyakan konflik yang terjadi berpunca dari salah faham. Untuk itu, komunikasi amat penting bagi kedua-dua pihak. Komunikasi bukan sahaja boleh mengatasi konflik tapi juga boleh membuatkan anda mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam.

4. Menerima Kegagalan

Di awal usia perkahwinan yang masih rapuh, kegagalan biasa terjadi. Namun jangan berputus asa. Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan yang tertunda. Berikan semangat pada pasangan untuk terus berusaha mendapatkan rumah tangga yang harmoni dan sempurna.

5. Tingkatkan Kualiti dan Kuantiti Kemesraan

Keakraban tak diragukan lagi dapat menjadi pintu penyelesaian konflik suami isteri. Tak ada salahnya untuk meningkatkan kuantiti, juga kualiti hubungan kemesraan anda dengan pasangan.

6. Meningkatkan Sikap Dan Sifat Yang Baik

Dalam tempoh penyesuaian, biasanya pasangan akan membuat kritikan mengenai kekurangan anda. Jangan cepat melenting, sebaiknya jadikan kritikan tersebut sebagai pemangkin untuk anda mengubah diri agar menjadi lebih baik.

7. Jangan mudah Untuk Mengucapkan Cerai

Dalam situasi seburuk mana pun, jangan sesekali mengucapkan kata 'cerai' kecuali anda benar-benar menginginkannya. Perkahwinan bukan sekadar ikatan rasmi di mata masyarakat, tetapi juga di sisi Allah. Oleh kerana itu, jangan ambil sikap sambil lewa dengan ikatan yang telah terbina. Mudah berkata 'cerai' akan mengurangkan nilai perkahwinan anda di mata orang lain.

8. Seimbangkan keperluan seks

Bila dah lama berumahtangga ramai pasangan yang melebihkan keperluan kerja atau anak-anak berbanding keperluan seks pasangannya.
Terlalu melebih-lebihkan kerja, atau anak sehingga letih kepenatan dan menghilangkan mood untuk bersama.
Ada juga yang tidur berasingan dengan alasan nak tidurkan anak, tetapi turut sama tertidur. Ada juga yang tidur berasingan sebab isteri sudah monopouse dan pelbagai alasan lagi.
Alasan-alasan itu boleh mengundang keruntuhan dalam rumah tangga. Seharusnya semakin lama berumah tangga, semakin lebih menghargai pasangan. Ibarat kata orang desa, muda cara muda, tua cara tua.. ðŸ˜€
Untuk pasangan yang kehangatan hubungan intim kian hambar, boleh amalkan Set Suami Isteri yang terdiri daripada Zinc Complex, Vitamin E, Alfalfa Complex dan Gla Complex. InsyaAllah puas hati!
                         *************************************

Image result for suami isteri bahagia malaysia



Sekiranya anda berada di sekitar Bukit Mertajam, Bandar Perda, Seberang Perai, Bukit Minyak,KPJ Hospital Penang .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seberang Perai,Bandar Perda, Bukit Mertajam,Bukit Mertajam.


Cik azza
Email: azl1za@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: 0113205363
01132045363
www.facebook.com/azzatulazirah





Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

VITAMIN C MENIPU DAN MENGUBAH FIKIRAN MEREKA.

Kalau dulu bila sebut je Vitamin C Cik azza akan ingat semua vitamin hanya untuk selera makan je,apa tak nya bila anak sedara tak ada selera makan je mak akan suruh beli vitamin C,So kita pun Set dalam fikiran yang semua vitamin hanya untuk menambah selera makan je..hihihi Tapi bila dah tua nie muda la dapat kesedaran,mula la selidik kenapa la kita nie kena ambil vitamin c,apa kejadah la vitamin c nie..hahahaha,penting sangat ke vitamin c dalam badan kita?Kalau tak cukup vitamin c apa jadi?Reput sebelum usia ke? Badan kita amat memerlukan Vitamin C. Kenapa?   Vitamin C adalah vitamin jenis larut air dan fungsi utama sebagai antioksidan. Ia juga penting untuk kesihatan gigi, gusi, tulang dan kesihatan tubuh badan kita. Vitamin C sangat penting kepada tubuh tapi tubuh tak dapat hasilkan sendiri vitamin C. Maka, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan harian dan juga suplemen Badan kita  tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...