Skip to main content

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata.

Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye.

Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu.
Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear..

Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi
Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti.


Image result for pap smear


APA ITU PAP SMEAR?


Pap smear (juga dikenali sebagai ujian Pap) adalah prosedur pemeriksaan untuk mengenalpasti risiko kanser pangkal rahim. Ia menguji kehadiran sel-sel kanser atau pra-kanser pada bukaan serviks. Ia mendapat nama ini sempena nama seorang doktor – Georgios Papanikolaou (Pap), yang menetapkan bahawa ini adalah satu cara yang sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda kanser pangkal rahim.

Ingat lagi masa cik azza bertanya kepada klinik Boleh ke buat Pap Smear?Nurse akan terang dulu sebelum itu tau apa itu Pap Smear Bla..bla..bla..bla..
Dan nurse akan bagi tau kalau nak buat Ujian nie Kita tak boleh:-

1. Melakukan seks
2. Menyembur kawasan vagina
3. Menggunakan tampon
4. Menggunakan krim vagina

Lepas bagi semua penerangan nie apa lagi ambil la tarikh,cik azza senang ambil sekali date masa check up atau time imunisasi untuk anak,buat sekali terus tak payah nak ambil cuti banyak kali.



BAGAIMANA PAP SMEAR DILAKUKAN?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Memang tak sakit ikhlas cik azza cakap,sakit lagi tahan contraction bersalin tau.
Lagi satu cik azza pesan elok la kalau korang buat dekat klinik yang korang dah biasa pergi.Cik azza buat dekat klinik kerajaan je lah..Klinik masa check up mengandung ,senang dah kenal semua nurse..Lagipun yang buat tu Nurse senang kan perempuan, tapi bukan semua nurse boleh buat ada la prosedur diorang.


BERAPA LAMA KEPUTUSAN KELUAR?

Lepas je buat semua pemeriksaan Nurse akan beritahu keputusan keluar dalam seminggu,Kalau ada masalah selepas result keluar diorang akan telefon dan kalau tak ada masalah diorg tak akan telefon.

Tetapi cik azza ada je cakap kalau ada masalah atau tidak boleh tak telefon saya.So diorang akan record la semua tu.Alhamdulilah dalam masa lebih kurang seminggu dapat col dan keputusan semua baik..Alhamdulilah.
Tunggu next year punya Pap Smear pulak.


PENTINGNYA PAP SMEAR KEPADA WANITA ??
Dari ujian Pap Smear yang dijalankan, doktor dapat mengesan polip dan jangkitan yang dipelorehi dari sel servik. Pengesanan awal ini dapat membantu mengesan sel-sel yang berpotensi membentuk kanser dan membuat rawatan awal bagi menghalang sel kanser dari merebak serta peluang untuk sembuh adalah cerah.
Wanita yang tidak pernah menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser servik kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian Pap Smear boleh mengesan dan mencegah terjadinya kanser. Kebanyakkan wanita Malaysia sukar untuk menjalankan ujian ini atas dasar faktor MALU dan inilah yang menjadi penyumbang kepada penyakit kanser yang kebiasaaanya berada pada tahap 3 atau 4.
Sebab itu pentingnya ujian Pap Smear ini dilakukan oleh para wanita di Malaysia.. Cegah sebelum ia terjadi dan merebak.
Bertindak segera!..
Peringatan Buat Semua Wanita !!!
Dah habis dah jika ada terkurang apa2 boleh komen jangan kecam cik azza pulak.hehehehe.
=================================================
=================================================
HUBUNGI CIK AZZA JIKA ADA MASALAH BERKAITAN KEPUTIHAN ATAU KEWANITAAN
ATAU BAGI MENGELAK KANSER UNTUK WANITA,
Cik azza (Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia)
01132045363.

Comments

  1. Ujian yang hanya beberapa minit mungkin dapat mengelak menanggung keseksaraan hidup

    ReplyDelete
  2. Anda mengalami masalah keputihan?
    01132045363.

    ReplyDelete
  3. sengugut teruk tiap kali datang Haid,
    Haid dan hormon tidak stabil
    Masalah kesuburan
    Kita ikhtiar dia tentukan.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho...

PENYAKIT ANJING GILA ATAU RABIES JANGAN PANDANG MUDAH.

Sekarang dalam berita sering menperkatakan tentang RABIES.Apa itu Rabies? Pada mulanya jarang mengambil tahu semua benda nie sebabnya macam tiada kaitan je kan..Namun bila semalam sudah ada 4 kes kematian terasa nak tahu apa semua ini. Sebabnya kita nie kadang-kadang benda tak jadi bukan nak ambil tahu sangat kan,tapi tak salah pun tambah pengetahuan sikit. HARIAN METRO Apa itu Rabies? Bagaimana Rabies atau penyakit anjing gila ini menjangkiti Manusia? Tanda-tanda Rabies pada anjing

KESAN MEMBERANGSANGKAN SEAWAL 14 HARI PENGGUNAAN YOUTH SKINCARE.

Assalamualaikum .... saya Royanty Baruddin. Ummi kepada 3 orang cahaya mata, seorang anak lelaki berumur 12 tahun dan kembar perempuan 6 tahun. Saya berumur 41 tahun. . Saya seorang ibu yang bekerja. Saya mempunyai kulit wajah yang berminyak di kawan zone T, Pori-pori terbuka dan selalu naik jerawat pasir. . Kulit muka saya sensitif tak berani dan mencuba sebarang skincare. Masa tengok shaklee mengeluarkan YOUTH Skincare, saya tergoda nak mencuba. Itu pun setelah tengok banyak testimoni yang positif walau pun guna dalam waktu yang singkat. . Alhamdulillah setelah menggunakan selama 14 hari, saya dah nampak effect yang memberangsangkan. Muka saya dah tak berminyak lagi, pori-pori semakin mengecil dan kulit muka terasa lembut dan segar je. . Kini tak perlu nak filter-filter bila nak upload gambar. Keyakinan itu datang sendiri dan tak perlu untuk menipu diri sendiri. Tampil yakin di hadapan tapa ragu-ragu. . Terima kasih shaklee. Ini la cerita shaklee effect saya.

CARA MENGHILANGKAN JERAGAT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN.

Assalamualaikum,hi semua malam nie rasa sedih tau dak..huhuhu.Maklumlah bila usia dah semakin meningkat jeragat/pigmentasi pun semakin la galak menari dekat muka nie.Tiap hari lepas mandi asyik belek muka je,ingat selepas cuci muka boleh hilang ke semua jeragat awak tu cik azza ooii. Apa Punca Menyebabkan Jeragat? Punca utama masalah jeragat adalah  penghasilan berlebihan Melanin di dalam badan . Melaninlah yang bertanggungjawab untuk memberi warna kepada kulit. Pengambilan  ubat-ubatan  juga boleh menyebabkan jeragat. Contohnya seperti ubat perancang yang memberi kesan perubahan hormon akan memberi kesan kepada kulit. Hormon yang tidak stabil ketika hamil  turut mempengaruhi penghasilan melanin pada sesetangah orang. Itu yang naik jeragat banyak ketika hamil, dan ada pula sebaliknya. Penyakit yang melibatkan Endoktrin  yang mana ia mengganggu paras hormon turut menyebabkan peningkatan melanin. Terdedah kepada  sinar matahari dalam jangka masa...

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

TIDAK PERLU BELANJA BERIBU UNTUK KRIM AJAIB.

Assalamualaikum.. Cik azza jatuh cinta lagi?? Oopssss Bukan jatuh cinta feeling2 la..Cik azza jatuh cinta dengan Krim serbaguna Herbal Blend Shaklee nie.. Suami pun jatuh cinta tau,nasib baik bukan perempuan kalau tidak mau pinggan melayang terbang..hahahahah. Anak-anak cik azza dah tahu dah,sakit apa pun cari herbal blend..Terutama lepas mandi mesti kena sapu krim dekat badan..sejuk agaknya kan. Maklum la Krim nie dari bayi sampai la nenek semua boleh guna,dah la jimat dan yang paling penting sekali SELAMAT,BERKESAN DAN SEMULAJADI GITU. 1. Merawat eczema,ruam dan gatal-gatal digigit serangga Bagi mereka yang mengalami masalah eczema, ruam panas memang jaja cadangkan untuk sapu Herbal Blend ni tau.. Kesannya harus la SUPERB! Dan jugakk kalau anak-anak digigit nyamuk/serangga lain, haa laju-laju sapu Herbal Blend insyaAllah tak tinggal kesan gigitan, gatal-gatal pun hilang. 2. Ubat luka / lecur Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun b...

RESEPI JUS AWET MUDA.

Korang mesti biasa dah kan minum jus anggur dan jus carrot. Tapi korang pernah tak minum jus yang dalam nya ada anggur muscadine, purple carrot, Eldeberry Eropah n Japanese Knotweed? Mesti tak pernah kan...bunyi pun pelik dah. So mana nak cari jus yang dikatakan dapat mengembalikan keremajaan hingga 25 tahun ni...jus awet muda. Dalam vivix ada semua bahan2 tu tau. Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Korang minum satu sudu teh jer sehari dah boleh dapat pelbagai manfaat Vivix secara keseluruhan seperti:- 1. Menggalakkan rangsangan penuaan yang sihat 2. Bantu kurangkan risiko penularan sel kanser 3. Kurangkan risiko penyakit berkaitan jantung 4. Kurangkan komplilasi dalam pesakit diabetes 5. Menyokong kesihatan sendi 6. Mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer 7. Bantu kurangkan berat badan 8. Tingkatkan sistem imum 9. Tingkatkan kesihatan mata 10. Menyokong kesihatan menyeluruh Nak sedap lagi , cubalah re...

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

Sanggup Buat Experiment Untuk Naikkan HB Namun akhirnya..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Harini saya nak kongsikan testimoni saya seorang ibu mengandung yang pernah dikategorikan dalam kategori "mild anemia".  . Memanng sejak daripada matrikulasi lagi saya tahu saya jenis mild anemia. Sebabnya pernah beberapa kali nak derma darah tak berjaya kerana bacaan HB di bawah 10.  . Hanya lepas sekali sahaja derma darah masa di tahun ketiga universiti, tapi lepas derma darah saya tak boleh berjalan. Haha. Pitam, nasib baik tak pengsan..kalau tak malu je sebab pakai pakaian uniform 😅 . First pregnancy, saya suka suka je makan vitamin. Tapi memang vitamin yang klinik bagi saya tak makan la sebab dah memang consume vitamin shaklee. Cuma tak konsisten.  2-3 kali nurse detect bacaan HB saya rendah. Nasib baik nurse masih bagi pilihan nak ambik supplement shaklee konsisten atau nak ambik zincofer. Heeeee! So saya decide ambik set vitamin prenatal shaklee konsisten. Alhamdulillah, sampai ke hujung pregnancy HB masih maintain ...

VITAMIN UNTUK HAID TIDAK TERATUR SELEPAS BERSALIN DAN CEPAT HAMIL

Benda nie selalunya kita akan fikir apabila sudah berkahwin,sebelum berkahwin ramai dikalangan wanita jarang ambil peduli mungkin bagi mereka perkara biasa dan sudah lali dengan kedatangan haid setiap bulan dan ada masalah diantara kita mengalami ketidakstabilan hormon sehingga menyebabkan haid menjadi tidak teratur kitaranya dan ada juga sampai berbulan bulan tidak datang haid,bukan itu sahaja ada pula yang datang haid sehingga melebihi 2minggu. Menurut Majalah Pa & Ma,  12 punca haid yang tidak teratur  adalah: KEGEMUKAN  - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid. KEHAMILAN  - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yang dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN  - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya meny...