Skip to main content

CARA MUDAH CEPATKAN BUKAAN DAN SUPAYA MUDAH BERSALIN.


Bila bercakap mengenai bukaan ketika hendak bersalin memang ngilu je rasanya,walaupun anak dah 5 orang pun tetap terasa bagaimana seksa menunggu bukaan.
Namun pengalaman cik azza melahirkan anak pertama dan kedua adalah sangat berbeza,anak sulung hampir 12 jam cik azza tahan sakit namun bukaan masih tetap 4cm.Mungkin juga kerana anak sulung kan,masa itu memang ilmu tidak cukup baca pun apa-apa yang penting je,Tak pandai tahu langsung bukaan-bukaan bagai.
Tetapi ketika melahirkan anak kedua cahaya zuyyin Qalesya semuanya dipermudahkan oleh nya,tak perlu admit wad,masuk Labour Room selepas 15 minit terus keluar seketoi..hihihihi..
Alhamdulilah rupanya ada cara untuk cepatkan bukaan kan,Jom cik azza share sedikit info yang cik azza ambil dari rakanmedia.com.
Bila anda sudah mula rasa sakit hendak bersalin, doktor akan periksa berapa CM bukaan anda. Selagi tak cecah 6 CM, anda tidak akan dibawa masuk ke labor room.
Sesetengah orang sekejap saja sakit sudah bersalin. Ada orang menderita berhari­-hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah saja yang tahu.
Berikut dikongsikan 8 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin :
1. Banyakkan berjalan
Ya, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali buat pemeriksaan, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila hendak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby sudah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil.
Banyak juga kes rahim pecah, sebab ibu sudah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­-awal. Bila bukaan sudah mencecah 6 CM dan anda dibawa masuk ke ‘labor room‘, baru boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan
“tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (Sebahagian Surah Al-Anbiya’ ayat 87)
Jangan putus baca doa ini. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat, Allah Maha Mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi s.a.w.
4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ini ‘part‘ paling syahdu. Dekat­-dekat hendak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih-­lebih lagi suami. Minta mereka doakan supaya kita mudah bersalin.
Minta juga mereka doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu jika ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, ‘at least‘ kita sudah sempat minta maaf.
5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila sudah penat berjalan, ketuk ketampi dan jalan itik mesti kita nak berehatkan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri dan bengkokkan kedua kaki sikit. Bukan terlentang.
Tangan kanan letak di celah punggung kanan dan tarik ke atas (lakukan bila ada contraction sahaja). Buat berulang-ulang kali semasa ‘contraction‘ sedang berlaku sampai doktor kata bukaan sudah 8-10 CM (ini adalah mood stanby).
‘Final‘ bila masa nak teran, posisi masih dalam keadaan mengiring sebelah kiri. Tarik celah punggung ke atas sekuat hati sambil teran seperti nak berak (jangan angkat kaki) sampai kepala baby keluar. Bila sudah keluar kepala, terus tukar posisi terlentang. ‘Push‘ macam biasa kerana kepala baby sudah keluar, nurse tinggal nak tarik badan saja lagi.
6. Makan kurma 3 atau 7 biji sehari
Buah kurma adalah pilihan yang sangat baik untuk makanan ibu mengandung, ibu yang hendak melahirkan dan bagi ibu yang baru saja melahirkan. Ini adalah fakta ilmiah yang diterima secara meluas.
7. Minum air kelapa muda
Selain memudahkan proses bersalin, ia juga membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat.
8. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami.
Itulah dia 8 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Semoga supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi dan semoga anda dan baby selamat.
Sumber:rakanmedia.com

Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...