Skip to main content

CARA MUDAH CEPATKAN BUKAAN DAN SUPAYA MUDAH BERSALIN.


Bila bercakap mengenai bukaan ketika hendak bersalin memang ngilu je rasanya,walaupun anak dah 5 orang pun tetap terasa bagaimana seksa menunggu bukaan.
Namun pengalaman cik azza melahirkan anak pertama dan kedua adalah sangat berbeza,anak sulung hampir 12 jam cik azza tahan sakit namun bukaan masih tetap 4cm.Mungkin juga kerana anak sulung kan,masa itu memang ilmu tidak cukup baca pun apa-apa yang penting je,Tak pandai tahu langsung bukaan-bukaan bagai.
Tetapi ketika melahirkan anak kedua cahaya zuyyin Qalesya semuanya dipermudahkan oleh nya,tak perlu admit wad,masuk Labour Room selepas 15 minit terus keluar seketoi..hihihihi..
Alhamdulilah rupanya ada cara untuk cepatkan bukaan kan,Jom cik azza share sedikit info yang cik azza ambil dari rakanmedia.com.
Bila anda sudah mula rasa sakit hendak bersalin, doktor akan periksa berapa CM bukaan anda. Selagi tak cecah 6 CM, anda tidak akan dibawa masuk ke labor room.
Sesetengah orang sekejap saja sakit sudah bersalin. Ada orang menderita berhari­-hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah saja yang tahu.
Berikut dikongsikan 8 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin :
1. Banyakkan berjalan
Ya, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali buat pemeriksaan, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila hendak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby sudah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil.
Banyak juga kes rahim pecah, sebab ibu sudah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­-awal. Bila bukaan sudah mencecah 6 CM dan anda dibawa masuk ke ‘labor room‘, baru boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan
“tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (Sebahagian Surah Al-Anbiya’ ayat 87)
Jangan putus baca doa ini. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat, Allah Maha Mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi s.a.w.
4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ini ‘part‘ paling syahdu. Dekat­-dekat hendak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih-­lebih lagi suami. Minta mereka doakan supaya kita mudah bersalin.
Minta juga mereka doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu jika ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, ‘at least‘ kita sudah sempat minta maaf.
5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila sudah penat berjalan, ketuk ketampi dan jalan itik mesti kita nak berehatkan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri dan bengkokkan kedua kaki sikit. Bukan terlentang.
Tangan kanan letak di celah punggung kanan dan tarik ke atas (lakukan bila ada contraction sahaja). Buat berulang-ulang kali semasa ‘contraction‘ sedang berlaku sampai doktor kata bukaan sudah 8-10 CM (ini adalah mood stanby).
Final‘ bila masa nak teran, posisi masih dalam keadaan mengiring sebelah kiri. Tarik celah punggung ke atas sekuat hati sambil teran seperti nak berak (jangan angkat kaki) sampai kepala baby keluar. Bila sudah keluar kepala, terus tukar posisi terlentang. ‘Push‘ macam biasa kerana kepala baby sudah keluar, nurse tinggal nak tarik badan saja lagi.
6. Makan kurma 3 atau 7 biji sehari
Buah kurma adalah pilihan yang sangat baik untuk makanan ibu mengandung, ibu yang hendak melahirkan dan bagi ibu yang baru saja melahirkan. Ini adalah fakta ilmiah yang diterima secara meluas.
7. Minum air kelapa muda
Selain memudahkan proses bersalin, ia juga membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat.
8. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami.
Itulah dia 8 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Semoga supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi dan semoga anda dan baby selamat.
Sumber:rakanmedia.com

Comments

Post a Comment

POPULAR POST

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho

BAHAYA MAKAN VITAMIN HAMPIR TAMAT TEMPOH - CIK AZZA POT PET.

Pernah tak terfikir apa yang korang semua buat bila ada vitamin shaklee expired? BUANG????????huhuhuhuhu Sedihnya cik azza dengar,tapi tak apa sebabnya sebelum nie pun cik azza ada juga dapat pertanyaan dari kawan IG "Boleh ke saya makan Ostematik yang dah expired" "eh shaklee nie penipu la jual vitamin hampir expired" Hambik kau seketoi kena atas kepala...Tapi tak apa cik azza tak boleh salahkan sesiapa pun sebab diorang tak tahu pun sama juga macam cik azza dulu,at least dia tanya kan bukan maki..kikikiki. Semua orang akan takut bila makanan dah expired masuk dalam perut kan,  Mulalah fikir untuk berhenti makan. Bila dah termakan..mula lah rasa takut… boleh ke makan vitamin? Mati ke aku makan? Apa kesan sampingannya?Apa kesan buruknya? Sakit?cirit birit? Semua disebabkan kita selalu menyamakan tarikh expired vitamin sama dengan tarikh expired makanan. Walhal sebenarnya tiada kesan burukpun…Jom cik azza kongsi sikit apa yang cik azza da

TIROID KETIKA HAMIL BAHAYA ATAU TIDAK?-CIK AZZA POT PET

Memandangkan Princess Cahaya dah tidur boleh la cik azza godek-godek bercerita ye.. Baru-baru ini adik ipar cik azza ada bagi tahu mengenai seorang kawan dia yang mempunyai masalah tiroid ketika hamil,Jom kita sembang sikit apa itu tiroid ketika hamil,cik azza ada juga google info untuk menambah pengetahuan. APA ITU KELENJER TIROID? Kelenjer tiroid adalah salah satu kelenjer endokrim yang terbesar,ia terletak di kawasan leher,iaitu dibawah halkum.Kelenjer titiod mengawal penggunaan tenaga oleh badan,menghasilkan tenaga dan mengawal sensitiviti badan kepada hormom-hormon lain. APA PUNCA TIRIOD? Punca terjadinya Tiroid adalah: Kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya)   Kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran   Goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mend

CARA ATASI HB RENDAH SEMASA HAMIL.

Setiap kali hamil mesti risau  mengenai HB kena marah dengan nurse dah satu hal,walaupun diorang marah demi kebaikan kita dan juga anak dalam kandungan. Namun sekarang sudah ramai ibu-ibu diluar sana mengetahui cara untuk menaikan HB antaranya adalah kakak Cahaya Farah walaupun mengandung diusia lewat tetapi alhamdulilah tak ada sebarang masalah. Jom baca kisah beliau:- Saya Farah dari Bangi. Mengandung umur 37 tahun, Alhamdulillah selamat melahirkan masa umur 38 tahun. Sepanjang tempoh kehamilan ada beberapa masalah: i. darah rendah (HB rendah) ii. berat badan turun 3 Kg Trimester pertama ambil B-Complex dan ESP sahaja. Bila darah asyik rendah dan berat turun 3 Kg masa kandungan 5 bulan (awal bulan puasa). . Hati ibu ini risau dan cemas. Nekad konsisten Set Premium Hamil tambah dengan Performance Drink untuk beri tenaga semasa berpuasa. . Alhamdulillah raya, berat naik pula 4 Kg. Ibu hamil ini cemas lagi. Rupa-rupanya banyak makan kuih raya semasa berbuka dan hari raya. Saya t

WASPADA BAHAYA DARAH TINGGI SELEPAS BERSALIN.

Ibu mengandung selalu ambil berat bahaya darah tinggi sebelum bersalin. Selepas bersalin mereka jarang untuk selalu periksa tekanan darah kerana beranggapan tekanan darah selepas bersalin pasti akan normal. Dulu darah tinggi kerana mengandung sahaja. Selepas bersalin , kita digalakkan untuk berpantang dan tempoh berpantang kita juga kena pastikan kita makan makanan berkhasiat, berzat untuk pastikan tekanan darah kita stabil. Bahaya Darah Tinggi Selepas Bersalin Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural atau anestesia spina, dan anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk bila anda duduk atau berdiri. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-eklampsia, bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya. Tekanan darah tinggi Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko me

9 Tanda Rahim Anda Tidak Sihat,Anda Bagaimana?

Zaman semakin canggih seiring dengan permodenan dunia,Semuanya kelihatan mudah dan dipantang remeh begitu juga dalam isu yang sering wanita alami namun semakin tidak dipedulikan. Kaum wanita jangan sesekali memandang remeh terhadap penjagaan rahim anda,jangan hanya menitik beratkan penjagaan luaran,muka yang berkilat,kulit yang lembut namun lupa mengenai dalaman yang sejak dari nenek moyang kita dititik beratkan. Hari ini cik azza hendak berkongsi Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat dan ini juga perkongsian daripada salah seorang pengusaha jamu dan semoga info ini dapat kita kongsi bersama-sama dengan wanita-wanita diluar sana. 9 Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat. Sakit Tumit Kaki  ➠➠Tumit kaki terasa berdenyut-denyut dan menyucuk secara tiba-tiba,dan keadaan ini akan lebih teruk ketika berjalan,berdiri atau angkat benda berat dan terasa beban dibahagian perut. Sakit Telapak Kaki  ➠➠Rasa sengal-sengal dan bisa ditelapak kaki .Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki Saki

10 SEBAB KENAPA BERAT BADAN SUSAH TURUN.

GOLDENHAR syndrome?apa itu goldenhar syndrome?TANDA-TANDANYA?

Cik azza pernah berkongsi mengenai sindrom golden Har sebelum ini namun masih ramai yang memandang serong dan menganggap anak seperti ini tidak harus dipandang serius,masih ramai diluar sana tidak mengambil peduli apakah itu sindrom Golden Har. Dan perkongsian cik azza hanya untuk bercerita pengalaman dan bukanya meraih simpati. Pada sesiapa yang pernah membaca entry cik azza sebelum ini,cik azza  mempunyai seorang anak yang menghidap Sindrom Golden Har dan sekarang tahun 2018 telah berusia 6 tahun alhamdulilah sudah bersekolah dan tahun depan akan melangkah kepada dunia baru,persekolahan yang lebih mencabar. Dia membesar seperti anak normal seperti anak yang sebaya dengannya,mempunyai IQ yang normal tidak terlalu bijak dan tidak juga terlalu rendah rendah IQ nya.Cuma di sini yang membezakan Nifail(anak cik azza) dengan kanak-kanak lain adalah dari segi fizikal ataupun struktur muka,telinga,mata dan paling ketara adalah percakapanya. Mungkin di MALAYSIA tidak ramai yg tahu ap

MASALAH ECZEMA DAN ASMA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. . Saya Fadzilah binti Haji Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya bersama shaklee dari tahun 2012. So sejak kenal shaklee banyak sangat perubahan dalam kehidupan peribadi saya. Tapi kat sini saya nak share satu. Perubahan ketara lepas amalkan VIVIX SHAKLEE. . Saya ada masalah eczema dari kecil. Masa umur 4 tahun mak cerita memang ulang alik hospital jumpa pakar. Bila dah masuk alam persekolahan kene asma pulak. Tapi gatal-gatal eczema masih ada, cuma tak seteruk masa kecil. . Saya alah dengan habuk dan seafood. Memang kalau makan udang, kerang, sotong, ketam memang nikmat sangat menggaru lepas tu. Telur pun saya alah jugak. Kalau makan kat kedai memang kene order specific.. Hihiii.. contohnya nasi goreng taknak telur dan nak ayam je. Sebab ada kedai/restoran yang masak letak udang sotong kan even nasi goreng biasa je pun. . Memang kena memilih dan berpantang makan. Seksa sangat bagi saya yang kuat makan ni. Kalau

TIP TURUNKAN SUHU PANAS ANAK DEMAM

Susahnya hati bila demam anak tak kebah-kebah. Panas je badan walau dah bagi ubat. Nak tidur malam pun tak berani sebab risau suhu naik tiba-tiba.. . . Nak share tip mudah ni.. 1- Kerap mandikan anak. Campurkan sedikit Basic-H ke dalam mandian anak. Basic-H membantu turunkan suhu badan anak 2- Selepas mandi, sapukan *herbal blend* ke seluruh badan anak. Ia juga membantu sejukkan badan anak anda . . So bila ada 2 benda ni kat rumah insyaAllah tak risau sangat. Di samping tu jangan lupa berikan anak cecair yang mencukupi. Kedua-dua produk ni ORGANIK & SELAMAT. Bebas dari BAHAN KIMIA merbahaya 😍 . . Semoga bermanfaat 😄 . . CARI CIK AZZA? Whatsapp : 01132045363 FB :  Sutera azyra FB Page :  Dunia Cantik IG : @ Cintahati_shaklee