Skip to main content

Posts

Showing posts with the label BERPANTANG

BAGAIMANA IBU HAMIL DAN BERPANTANG HILANGKAN SEMBELIT DENGAN MUDAH.

Assalamualaikum.. Sekejap je masa berlalu,sekarang dah masuk bulan september,aduh tak lama lagi 2019 bertambah la usia,makin tua dah nie,agaknya tenaga semakin tua ke semakin muda?hihihi Malam nie cik azza tak nak guna bahasa formal,kalau guna bahasa pasar agaknya ada yang faham ke?Mau kakak-kakak dari sabah sarawak baca mesti tak faham kan. Okey lah sebelum cik azza melalut kelaut jom cik azza share bagaimana cik azza atasi masalah sembelit semasa hamil anak ke 2. Cik azza percaya apabila kita hamil atau mengandung masalah sembelit sering kali akan ditanya dan perbagai cara yang diamalkan,ada yang makan oren berkilo-kilo,ada yang cakap minum air bergelen-gelen,ada pulak yang cakap makan sayur berkoyan-koyan.semuanya bergantung kepada individu itu sendiri. Ini belum termasuk wanita yang memang dari awal dah memang ada masalah sembelit,lagi terseksa badan,batin pun terseksa.Kalau dah hari biasa pun 3-4 hari susah membuang inikan pulak semasa berpantang..Tapi ada ke anda...

BENTAN AKIBAT MELANGGAR PANTANG .

Teringat arwah Mertua cik azza pernah pesan dulu Azah jangan jalan laju sangat nanti bentan. Mak cik azza sendiri pun pernah pesan tapi kasaq cikit la.."Haaaaa jalan la laju lagi sat Bentan jenoh". Ada beza kan mak mertua dengan mak sendiri..hahahahaha Sebenarnya tak ada beza pun semua orang tua akan berpesan sebabnya diorg sayang kita tak nak kita sakit dan menyesal kemudian hari. Kalau bahasa kampung kita panggil bentan tapi kalau bahasa doktor diorg akan panggil Komplikasi dalam tempoh berpantang.Pada zaman moden nie ramai sebenarnya kita yang tak percaya semua benda remeh nie bagi mereka dunia sudah moden dan ada ubat. Apa benda Bentan nie kan? Bentan bermaksud badan kita akan sakit semua dalam tempoh kita berpantang dalam 44 hari tidak kira la hari keberapa pun ada yang kena awal berpantang ada yang kena waktu akhir berpantang dan ada juga yang mengalaminya derita bentan selepas berpantang. JENIS-JENIS BENTAN. Bentan Urat - Bentan paling gl...

HAMPIR MEROYAN KERANA SEMBELIT KETIKA BERPANTANG.

Berpantang!!!!!Aduh bila sebut je perkataan itu macam satu mimpi je dalam hidup nie.Pada awal berpantang akan menjadi mudah jika ibu berpantang melalui fasa yang teramat baik dan tidak mengalami stress atau apa-apa tekanan seperti: Anak tidak Kuning. Dijaga sepenuhnya oleh keluarga. Tidak mengalami sembelit. Baru-baru ini cik azza terbaca didalam satu group ibu-ibu Hamil dan berpantang beliau bertanya cara atau tips mengatasi masalah sembelit untuk kawan dia sendiri kerana ketika melahirkan dan sehingga sekarang berpantang 19 hari kawan beliau masih belum mampu buang air besar(Berak).Sehingga mengalami masalah kemurungan dan hampir meroyan kerana tekanan. Jangan ambil mudah ye walaupun kita sudah melahirkan tetapi kesan akibat melahirkan adalah tamparan hebat terutama sekali anak pertama jangan ambil mudah,Namun tidak mustahil perkara ini tidak berlaku kepada ibu-ibu yang ramai anak pulak. Okey lah cik azza tak nak bercerita mengenai masalah lain tetapi cik azza m...

MEROYAN SELEPAS BERSALIN LAKONAN ATAU FAKTA.

MEROYAN SELEPAS BERSALIN. Angin Meroyan? Selalu dengar orang-orang lama dan bidan kampung sebut mengenai istilah  angin meroyan  ini kan? Nama medikal untuk penyakit meroyan selepas bersalin ini adalah  postpartum depression  atau dikenali juga sebagai  kemurungan selepas bersalin ( postpartum ) . Dianggarkan kira-kira  80%   ibu mengalami masalah kemurungan selepas melahirkan anak dan 10% daripadanya terjadi pada tahun-tahun pertama selepas ibu melahirkan bayi. Bezanya, kebanyakannya beransur pulih dan ada juga yang mengalaminya dengan berpanjangan.  Meroyan kadangkala disalah tanggap sebagai  baby blues . Jika anda menghidapi  baby blues , pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Namun begitu, perasaan ini akan beransur hilang dan anda aka...