Skip to main content

MEROYAN SELEPAS BERSALIN LAKONAN ATAU FAKTA.



MEROYAN SELEPAS BERSALIN.


Image result for meroyan vivix



Angin Meroyan? Selalu dengar orang-orang lama dan bidan kampung sebut mengenai istilah angin meroyan ini kan? Nama medikal untuk penyakit meroyan selepas bersalin ini adalah postpartum depression atau dikenali juga sebagai kemurungan selepas bersalin (postpartum). Dianggarkan kira-kira 80% ibu mengalami masalah kemurungan selepas melahirkan anak dan 10% daripadanya terjadi pada tahun-tahun pertama selepas ibu melahirkan bayi. Bezanya, kebanyakannya beransur pulih dan ada juga yang mengalaminya dengan berpanjangan. 


Meroyan kadangkala disalah tanggap sebagai baby blues. Jika anda menghidapi baby blues, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Namun begitu, perasaan ini akan beransur hilang dan anda akan berasa lebih sihat dalam beberapa hari.

Walau bagaimanapun, meroyan tidak sama seperti baby blues, kerana meroyan boleh menjadi satu penyakit dan mungkin sukar untuk sembuh tanpa rawatan.




SIMPTOM MEROYAN ATAU KEMURUNGAN POSTPARTUM




Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu. Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti insomnia, tidak boleh menumpukan mata, tidak berselera makan atau bimbang tanpa sebab, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin. Selain daripada itu, si ibu juga mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut:


  • perasaan putus asa;
  • bersalah;
  • amat letih;
  • muram;
  • sering menangis;
  • sunyi;
  • gelisah;
  • terperangkap.
Secara umumnya, semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan postpartum.

Biasanya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. 


Penyebab meroyan atau kemurungan postpartum?

Ia mungkin disebabkan reaksi otak kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Ada kalanya, perkara-perkara harian yang biasa-biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti:


  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
  • Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
  • Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.
  • Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
  • Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
  • Mendapati sukar untuk menyusu badan.
  • Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.

Apakah kaedah tangani kemurungan postpartum?

Terdapat beberapa teknik yang boleh diprakttikkan untuk mengatasi masalah ini. Caranya mungkin mudah sahaja:

Sesuaikan diri - Memikul tanggungjawab sebagai ibu adalah berat. Anda perlu peruntukkan masa 24 jam untuk melayan karenah bayi yang memerlukan perhatian sepenuhnya. Untuk itu, anda perlulah bersikap positif dan menyesuaikan diri dengan peranan baru. Lihatlah tanggungjawab itu sebagai satu lagi tugas baru yang menyeronokkan dalam kehidupan anda. Seronok ada baby bukan? :)


Rehatkan diri - Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit dengan berehat sebentar seperti melakukan meditasi ataupun mandi. Paling tidak pun, tarik nafas panjang untuk meleraikan keletihan. Jadi, anda dapat mengelakkan diri daripada bermurung. Hasilnya, anda akan lebih tenang dan dapat menjalinkan hubungan dengan bayi dengan lebih rapat. 

Tidur - Bayi biasanya mengambil masa yang panjang untuk tidur di siang hari. Jadi, curi masa untuk melelapkan mata sewaktu bayi tidur. Gunakan masa tersebut untuk menggantikan semula tidur anda yang sering terganggu di malam hari. Usahlah menyibukkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan pada lain masa. Yang penting, anda mendapatkan tidur yang cukup untuk kekal bertenaga sepanjang hari. 


Ikuti Pengalaman Heaven Berpantang Anak Ketiga..



OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 19: NOR SHAHIZAN RAHIMI
.
[PENGALAMAN TERINDAH BERPANTANG BERSAMA VIVIX SHAKLEE]
.

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nor Shahizan Rahimi Bt. Mohd Saad lebih senang dengan panggilan Yan. Sedikit perkongsian yang bakal di terjemahkan dalam sebuah penulisan ini bukanlah satu omongan kosong tapi satu perkongsian yang memberi manfaat extra pada diri saya. Syukur Alhamdulillah saya diberi kesihatan yang baik. Sejak lahir saya jarang sakit. Mungkin itu salah satu sebab mengapa saya kurang kesedaran untuk mengambil sebarang vitamin secara rutin. Suka-suka ambil. Terlupa, maka jadilah vitamin itu bagai tukun tiruan. Lebih menyedihkan apabila “tukun tiruan” luput tarikh begitu sahaja.
.

Shaklee bukanlah satu jenama asing bagi saya kerana saya sering terbaca tentang kebaikan-kebaikan setiap vitaminnya. Dek kerana tabiat yang tidak disiplin untuk mengamalkan vitamin maka segala kebaikan itu bagai angin lalu. Namun, masa berganjak dan usia juga meningkat seiring masa. Mengandung anak pertama bagaikan satu rahmat buat saya dan bermulalah episod merasai sakit dalam hidup saya.
.
Jika dulu saya tidak mengenal jarum suntikan, vitamin sudahlah tentu tidak menjadi rakan tapi semasa mengandung anak pertama segalanya berubah. Saya mengalami morning sickness yang teruk, HB rendah dan disahkan diabetik. Teringat tentang Shaklee, saya pun mendapatkan Set Hamil. Sungguh bagai dikata tabiat manusia memang sukar di ubah. Sedar tanpa insaf tidak akan membawa kita kemana-mana. Set hamil menjadi “tukun”. Perkara yang sama berulang semasa hamil anak kedua. Saya hanya membeli dan mengambil vitamin Shaklee berdasarkan pembacaan semata-mata. Sifat acuh tak acuh terhadap pengambilan vitamin masih menebal.
.
Sehinggalah hamil anak ketiga, sifat sambil lewa berkaitan pengambilan vitamin masih ada. Hamil kali ketiga tidak terlalu mengganggu rutin harian namun pada trimester ketiga saya mudah merasa mengah. Apabila berada di akhir kehamilan saya melihat entry seorang SID yang juga teman lama seuniversiti berkaitan Shaklee. Saya mula menghubunginya. Perbualan kami lebih mudah kerana kami saling mengenali. Setelah diterangkan pelbagai manfaat saya mendaftar sebagai ahli dan membeli vitamin untuk keperluan ibu saya yang mengidap diabetis dan Set Berpantang Shaklee yang akan saya gunakan semasa tempoh berpantang.
.
Teman Shaklee saya ada menyatakan bahawa saya sebenarnya saya sudah boleh mula mengambil sebahagian daripada vitamin dalam set berpantang yang saya beli itu semasa mengandung. Saya di beri panduan dan cara yang betul untuk mengambil setiap vitamin dan memang tidak dinafikan di akhir-akhir kehamilan saya masih bertenaga untuk menaiki bangunan 3 tingkat untuk ke kelas kerana kerjaya sebagai seorang guru.
.
Vitamin yang sepatutnya saya makan semasa berpantang sudah mulai surut kerana saya mula mengambilnya sebelum tempoh berpantang. Maka saya putuskan untuk mengambil set berpantang premium dan berkenalan dengan VIVIX. Teman Shaklee saya berpesan agar VIVIX hanya boleh diambil selepas bersalin.
.
Hari yang ditunggu pun tiba. 7 September 2016 saya telah melahirkan bayi lelaki. Syukur, letih melahirkan kali ini kurang terasa. Syukur dengan izin-Nya pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten sebelum proses melahirkan memberikan impak positif kepada diri saya. Selesai melahirkan saya tidak merasa lesu malah merasa bosan untuk berbaring semata-mata. Saya mula bergerak ke tandas sendiri untuk membersihkan diri tanpa rasa pening.
.
Selesai membersihkan diri, saya sudah mampu tunduk untuk mengenakan stokin pada kaki. Pergerakan terasa tidak terbatas dan bertenaga. Cukup berbeza pengalaman kali ini berbanding pengalaman bersalin anak pertama dan kedua. Dulu, usai bersalin saya perlu di papah untuk ke bilik air kerana bimbang saya akan pitam kerana tekanan darah sangat rendah.
.
Setelah dibenarkan pulang ke rumah,saya melalui saat berpantang yang sangat “heaven”. Badan terasa cergas dengan penambahan VIVIX dalam rutin pemakanan sihat setiap hari. Dengan VIVIX sememangnya luka dan bengkak cepat sembuh. Pada kebiasaannya pada minggu pertama berpantang saya akan merasa seperti ada ketulan yang akan bergerak-gerak di dalam perut. Kata orang-orang tua “batu meroyan belum kecut”. Tapi kali ini, rasa itu tiada dengan pengambilan VIVIX.
.
Anak kampung seperti saya masih lagi mengamalkan urutan selepas bersalin. Dek kerana saya melahirkan pada saat orang lain hendak menyambut Aidiladha maka proses berurut agak lambat. Minggu kedua saya didatangi bidan kampung yang sering mengurut orang-orang bersalin. Melihat pergerakan saya yang agak lincah beliau bertanya “hang ni dah berapa hari sebenaqnya, mak hang kata baru masuk dua minggu tapi aku tengok macam orang dah sebulan”.
.
Hakikatnya memang baru masuk minggu kedua. Saya hanya tersenyum dan mengucap syukur dalam hati kerana diberi kesihatan yang baik dengan ikhtiar ber'Shaklee'. Sekali lagi saya mendapat soalan cepu emas “hang bertungku sehari berapa kali ni….ka memang pesen badan hang tak masuk angin”. Biasa la mak-mak bidan orang Kedah memang kuat berbual. Sekali lagi saya hanya tersenyum.
.
Di akhir proses berurut mak bidan teringin sangat nak tau jenis ubat yang saya ambil semasa berpantang kali ini. Saya pun menunjukkan barisan vitamin Shaklee dan tidak terkecuali VIVIX. Mak bidan pun berpesan…. “hang jangan tukaq-tukaq dah ‘ubat’ kalau beranak lagi sebab aku tengok hang kemaih beranak kali ni” (kemaih dalam loqhat kedah merujuk kepada orang yang sedang berpantang bermaksud sangat bertenaga).
.
Selain manfaat kesihatan tubuh badan sendiri, Alhamdulillah bayi saya juga mendapat tempias kebaikannya. Susu badan sangat meriah. Bayi lelaki memang kuat menyusu. Alhamdulillah susu badan cukup untuk menampung keperluan anak kecil itu. Saat saya menulis kisah ini saya sebenarnya mulai runsing dalam kesyukuran kerana bahagian peti sejuk beku sudah hampir penuh dan sedang memikirkan kaedah terbaik untuk membawa stok susu tersebut pulang ke tempat mencari rezeki selepas tamat tempoh berpantang nanti.
.
VIVIX dan barisan vitamin lain dalam Shaklee telah mengubah persepsi saya dalam rutin pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang betul dengan cara yang betul akan memberi kesan terbaik kepada diri seseorang individu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mendorong hati ini mencari yang terbaik.
.
Terima kasih sahabat Shaklee yang sudi berkongsi ilmu dan manfaat Shaklee. Semoga dengan kebaikan yang ada pada produk terbaik ini membuka mata semua orang tentang kepentingan hidup secara sihat. Saya masih lagi baru belajar dan ingin terus menggali ilmu dalam gaya hidup sihat bersama SHAKLEE.


CARA ORDER VIVIX




Cara 1 - Anda boleh terus order VIVIX dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Bukit Mertajam, Bandar Perda, Seberang Perai, Bukit Minyak,KPJ Hospital Penang .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seberang Perai,Bandar Perda, Bukit Mertajam,Bukit Mertajam.



Cik azza
ID:-1217675
Email: azl1za@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: 01132045363
www.wasap.my/601132045363.

Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...