Teringat arwah Mertua cik azza pernah pesan dulu Azah jangan jalan laju sangat nanti bentan.
Whatsapp : 01132045363
Mak cik azza sendiri pun pernah pesan tapi kasaq cikit la.."Haaaaa jalan la laju lagi sat Bentan jenoh".
Ada beza kan mak mertua dengan mak sendiri..hahahahaha Sebenarnya tak ada beza pun semua orang tua akan berpesan sebabnya diorg sayang kita tak nak kita sakit dan menyesal kemudian hari.
Kalau bahasa kampung kita panggil bentan tapi kalau bahasa doktor diorg akan panggil Komplikasi dalam tempoh berpantang.Pada zaman moden nie ramai sebenarnya kita yang tak percaya semua benda remeh nie bagi mereka dunia sudah moden dan ada ubat.
Apa benda Bentan nie kan?
Bentan bermaksud badan kita akan sakit semua dalam tempoh kita berpantang dalam 44 hari tidak kira la hari keberapa pun ada yang kena awal berpantang ada yang kena waktu akhir berpantang dan ada juga yang mengalaminya derita bentan selepas berpantang.
JENIS-JENIS BENTAN.
- Bentan Urat - Bentan paling glamor ada juga yang terselamat walaupun buat kerja dari A hingga Z tapi jangan bangga nah sekali terkena bentan korang nak bangun pun susah .Badan rasa lemah je lemau je ,urat-urat badan rasa bisa menyucuk nyucuk sakit sendi.Paling senang korang sejuk mengigil walupun hari panas.
- Bentan Urat Peranakan- sakit pada bahagian ari-ari yang sederhana atau mungkin terlalu kuat sehingga mengakibatkan terjadi tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki, jatuh terduduk atau terhempas semasa dalam pantang yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.
- Bentan Urat Besar(Bahagian Pinggang)- Biasanya terjadi kepada wanita yang bersalin czer atau orang kata bersalin kot tingkap,wanita yang sebegini dinasihatkan lebih dan lebih berhati hati kalau hendak berdiri atau berjalan jangan tergopoh gapah slowly jangan gelojoh.
TIPS ELAKKAN BENTAN CARA TRADISIONAL.
- Pakai baju panas- Elok la sentiasa pakai baju panas dan berlengan panjang jangan bagi angin masuk orang kata.
- Berstokin sepanjang masa- Walaupun rimas panas kaki berpeluh je tahan la nah untuk kesihatan kita jugak kan.
- Jaga pemakanan - Yang nie semua kita tahu kan,dalam berpantang sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat,selain makanan jangan abaikan vitamin kerana semua ini penting untuk tubuh badan kita ambilah vitamin yang tinggi dengan iron dan vitamin B bagi membantu penghasilan sel- sel darah yang banyak hilang semasa proses bersalin. Elakkan makanan yang ‘berbisa’ pada rahim,tajam, berangin dan bersifat sejuk seperti kangkung dan kacang panjang. Jangan lupa untuk makan set pantang mengikut aturan yang telah ditetapkan.
- Bertungku - Perkara yang memang orang ramai tidak suka,malas nak buat sebabnya panas nak angkat batu berat lah konon kan.Tahu tak bertungku baik untuk keluarkan darah-darah beku dari dalam badan.
- Mandi dengan air suam - Elok jika mandi dengan mandian herba-herba sekarang nie banyak dah kemudahan banyak mandian herba dijual dalam pasaran tetapi jangan tersalah pilih.
BERPANTANG DENGAN VIVIX TONIK MERAH.
1.Vivix adalah sumber anti-oksidan dan mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi membantu dalam penyembuhan luka pembedahan ibu-ibu.
2. Vivix juga membantu dalam membaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA lagi. Ia akan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat dan panjang jangka hayatnya. Jadi, luka kita yang kita tak nampak tu akan cepat sembuh dengan Vivix (dengan izin Allah jua)
3. Dalam kandungan vivix juga, terdapat penjana tenaga yang dipanggil Mitochondria. Mitochondria membantu memberi tenaga yang ibu-ibu perlukan semasa berpantang. Sebab itulah ibu yang ambil Vivix semasa berpantang nie cepat sihat dan bertenaga!
4. Disebabkan vivix nie membantu dalam melambatkan proses penuaan dalam badan kita, ibu berpantang yang mempunyai kulit kusam dan tak bermaya, menjadi bertambah cantik berseri. Orang yang tengok pun tak percaya yang ibu baru lepas bersalin dan masih lagi berpantang.
sumber: syuamir
CARA 1
Anda boleh sahaja terus klik VIVIX dan membuat pembelian terus dengan shaklee.Seterusnya penghantaran akan dibuat melalui GDEX@CITYLINK terus kealamat yang telah anda tetapkan.
CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi mengenai set mana yang bersesuaian dan tepat untuk anda,tips serta cara pengambilan yang betul hanya apabila anda membuat pembelian melalui saya.Penghantaran sekitar KPJ Hospital bandar Perda,Bukit Minyak dan Seberang Perai.
.
CARI CIK AZZA?
Whatsapp : 01132045363
FB : Sutera azyra
FB Page : Dunia Cantik
IG : @Cintahati_shaklee
Comments
Post a Comment