Skip to main content

HAMPIR MEROYAN KERANA SEMBELIT KETIKA BERPANTANG.


Berpantang!!!!!Aduh bila sebut je perkataan itu macam satu mimpi je dalam hidup nie.Pada awal berpantang akan menjadi mudah jika ibu berpantang melalui fasa yang teramat baik dan tidak mengalami stress atau apa-apa tekanan seperti:


  • Anak tidak Kuning.
  • Dijaga sepenuhnya oleh keluarga.
  • Tidak mengalami sembelit.

Baru-baru ini cik azza terbaca didalam satu group ibu-ibu Hamil dan berpantang beliau bertanya cara atau tips mengatasi masalah sembelit untuk kawan dia sendiri kerana ketika melahirkan dan sehingga sekarang berpantang 19 hari kawan beliau masih belum mampu buang air besar(Berak).Sehingga mengalami masalah kemurungan dan hampir meroyan kerana tekanan.

Jangan ambil mudah ye walaupun kita sudah melahirkan tetapi kesan akibat melahirkan adalah tamparan hebat terutama sekali anak pertama jangan ambil mudah,Namun tidak mustahil perkara ini tidak berlaku kepada ibu-ibu yang ramai anak pulak.

Okey lah cik azza tak nak bercerita mengenai masalah lain tetapi cik azza mengambil cerita mengenai pengalaman cik azza sendiri.Cik azza melahirkan anak sulung Jun 2012 dengan rahmat allah cik azza dapat bersalin secara normal dan proses kelahiran tidak mengambil masa yang lama,TETAPI detik sengsara cik azza bermula apabila dan ketika jahitan dilakukan oleh doktor pelatih.

Bayangkan ketika doktor sedang bertungkus lumus menyelamatkan bayi cik azza ( Akibat Penafasan Laju) jahitan cik azza masih belum selesai yang ketika itu cik azza mengangkak dah 45 Minit subhanallah masih belum selesai jahitan.
Koyakan cik azza tidak banyak tetapi akibat kelekaan doktor dalam masalah jahitan menyebabkan cik azza tekanan yang amat sangat.

Namun alhamdulilah datang doktor pakar memeriksa dan padan la muka kena marah sebab menyebabkan ibu menunggu kesakitan yang lama..hihihi

Bila dah selesai semua kes diorang tolak la masuk wad,dan malam itu bermula la kisahnya...Eh rasa nak terkencing la..Anak pertama nie macam mana nak buat..Ok pergi la tandas hahahaha..Korang jangan terkejut bila cik azza cakap cik azza takut sangat luka jahitan terbuka dan ditambah lagi dengan cerita kawan-kawan cakap kalau terbuka doktor jahit mentah-mentah tanpa BIUS..Fuuhhhhhhhh..

Percaya tak cik azza terpaksa kencing berdiri akibat ketakutan dan derita jahitan tadi..ok dah habis satu bab.

Esok paginya masa nak mandi datang pulak satu bab cik azza nak membuang air besar beb..Nak tak nak cik azza kena teruskan jugak kan..Ya allah bertapa dalam tandas cik azza mau dekat sejam lebih nasib baik baby tak ada dengan cik azza waktu tu (Baby dalam wad lain)Ketaaq cik azza time tu nak meneran memang takut sangat...

Selepas 3 hari cik azza masih la tidak membuang dengan sepenuhnya waktu tu dah macam-macam la dengan anak meragam menagis sepanjang malam,anak kuning,kalau ada suami boleh la gilir-gilir tapi kan dah malam mana boleh suami masuk..Waktu itu cik azza hanya menangis dan rasa nak campak je baby jatuh bangunan Hospital..huhuhuhu

Bertapa tak kuatnya iman cik azza waktu itu kan.Bersyukur sebabnya nurse dekat hospital ada yang membantu.

Cik azza berusaha dengan makan buah Oren memang buang tetapi cirit pulak,kesian anak cik azza terkena sekali.

Trauma belum berakhir tau..Ada seorang kakak dalam wad itu juga mungkin dia tengok cik azza kot dok ulang alik masuk tandas dia bagi cik azza 10 biji vitamin tetapi cik azza hanya ambil dan tidak makan tau.

Bila dah balik dari wad cik azza masih lagi tak membuang mula la kembung perut,angin dalam badan,nak termuntah.Tup tup cik azza teringat pil yang kakak dekat wad bagi malam tu cik azza ambil 4 biji dalam hati berdoa semoga allah permudahkan urusan nak membuang esok.

Dalam pukul 5 pagi cik azza terbangun dari tidur sebab nak membuang,cik azza duduk je terus buang dengan lancar tak payah nak teran-teran dah.Terima Kasih kakak yang memberi sampai sekarang cik azza amalkan.

Alhamdulilah segala masalah ada jalan selesai dia kan..

Jom cik azza nak Kongsi tips sikit untuk kawan-kawan semua.

1. Ambil diet yang seimbang semasa berpantang.
Ambil buah-buahan dan sayuran setiap hari. Buah tu mestilah buah yang tak sejuk, yang orang pantang boleh makan. Cadangan saya buah oren.
2. Minum air secukupnya. 
Minum air suam banyak membantu proses pembuangan dan juga memudahkan pergerakan usus selain melembutkan najis.
3. Elakkan duduk ataupun terbaring terlalu lama. 
Cuba berjalan sikit demi sikit. Duduk terlalu lama akan menyebabkan sembelit lebih teruk.
4. Segera ke tandas jika ada rasa mahu membuang. Jangan tangguh! 
Lagi bertangguh, lagi teruk sembelit tu.
5. Usah teran, tapi tolak dengan nafas. 
Kita akan rasa nak membuang. Kita akan rasa nak teran. Tapi bila teran, najis tak keluar keluar. Apa yang kita perlu buat adalah, relax.
Tarik nafas panjang, dan hembus nafas into our body sambil bayangkan nafas kita tolak najis.
Teknik ini adalah teknik untuk bersalin tanpa koyak. Alhamdulillah ia juga berkesan untuk hilangkan sembelit. Cuba banyak kali, insyaAllah nanti keluar lah najis.
6. Guna tandas duduk. Jangan mencangkung. 
Penggunaan tandas duduk sangat membantu untuk memudahkan ibu dalam pantang untuk membuang air besar.
Jangan lupa gunakan bangku mahupun alas kaki supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku anda diatas lutut.
7. Ambil Suplemen. 
Saya mencadangkan semua ibu berpantang consume ostematrik sebab dalam Ostematrix ini bukan hanya ada sekadar Kalsium semata mata, tetapi juga mengandungi Magnesium yang sangat penting untung membantu lawas. Najis akan keluar dengan lancar, lembut dan mudah tanpa paksaan dan tanpa perlu kita meneran.




Jangan seksa diri kerana sayangkan duit dan tidak percayakan suppliment cik azza bercakap kerana pengalaman sendiri yang dahulunya memang susah nak menerima vitamin dalam diri,Namun allah mendengar semua itu kan..

Jika anda berubah fikiran dan ingin dapatkan 

SET KESUBURAN,
SET KEHAMILAN,
SET BERPANTANG 

Jangan tunggu lagi ok.Jangan tengah sakit baru mencari seksa dik seksa.


CARI CIK AZZA?

Whatsapp : 01132045363
FB Page : Dunia Cantik



Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...