Skip to main content

VITAMIN C MENIPU DAN MENGUBAH FIKIRAN MEREKA.


Kalau dulu bila sebut je Vitamin C Cik azza akan ingat semua vitamin hanya untuk selera makan je,apa tak nya bila anak sedara tak ada selera makan je mak akan suruh beli vitamin C,So kita pun Set dalam fikiran yang semua vitamin hanya untuk menambah selera makan je..hihihi

Tapi bila dah tua nie muda la dapat kesedaran,mula la selidik kenapa la kita nie kena ambil vitamin c,apa kejadah la vitamin c nie..hahahaha,penting sangat ke vitamin c dalam badan kita?Kalau tak cukup vitamin c apa jadi?Reput sebelum usia ke?

Image may contain: text


Badan kita amat memerlukan Vitamin C. Kenapa? 
Vitamin C adalah vitamin jenis larut air dan fungsi utama sebagai antioksidan. Ia juga penting untuk kesihatan gigi, gusi, tulang dan kesihatan tubuh badan kita. Vitamin C sangat penting kepada tubuh tapi tubuh tak dapat hasilkan sendiri vitamin C. Maka, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan harian dan juga suplemen
Badan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, ia perlukan penambahan yang berterusan. Pengambilan buah-buahan citrus setiap hari hanya membekalkan kuantiti Vitamin C yang sedikit. Sebagai contoh saiz orange yang medium hanya membekalkan 66 mg Vitamin C sahaja!

MANFAAT VITAMIN C

  • Peningkatan Sistem Imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkat pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga memerangi simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
  • Mencantikkan kulit - Pengambilan vitamin c setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah,melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi iaitu penyebab utama jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah metal seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - Ia mampu mengurangkan kolestrol dalam darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
Image may contain: text

Apa KEISTIMEWAAN & PERBEZAAN vitamin C Shaklee dengan Vitamin C lain yang ada di pasaran?

  • Vitamin C pertama yang SEMULAJADI dan bertindak secara "sustained release" atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan dalam badan untuk membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita.
  • Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk 1 tablet.
  • Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan-lahan mengikut keperluan.
Image may contain: 2 people, text
Apa khasiat Vitamin C?

.
❤️Meransang pembentukan kolagen
❤️Meransang pembentukan sel kulit yang sihat
❤️Memperbaiki symptom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam.
❤️Membantu sel darah putih menentang bacteria dan kuman
❤️Membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah
❤️Membantu meningkatkan system imun
❤️Membantu memperbaiki masalah insomnia dan stress
❤️Membantu mengurangkan symptom flu dan selesema
❤️Membantu mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan
❤️Meransang pengeluaran T-Cells untuk membantu melawan kanser
❤️Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik


Tanda badan kurang vitamin C
  • Mudah selsema
  • Mudah bersin
  • Mudah deman
  • Kulit kasar
  • Mudah stress
  • Wajah nampak tua dari usia 
  • Anemia
  • Penyakit skurvi
  • Luka lambat sembuh
  • Kolagen makin kurang
  • Gusi berdarah, bengkak
  • Rambut kering, bercabang
  • Hidung berdarah
  • Badan bengkak, sakit sendi
  • Kedutan, garis halus dan bintik usia 

SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN C.


1. PEROKOK TEGAR
- asap rokok memusnahkan vitamin C dengan cepat. perlukan vitamin C untuk membersih darah daripada logam berat dan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang

 2.  INDIVIDU YANG HIDUP DALAM KALANGAN PEROKOK 
- kajian menunjukkan perokok pasif (seperti kebanyakan kita) memerlukan lebih banyak vitamin C.

 3. PESAKIT KENCING MANIS
- perlukan vitamin C untuk menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah darah daripada menjadi keras bagi mengelakkan strok dan jantung 
tersumbat

 4. INDIVIDU YANG ALERGIK/ ASMA
 – vitamin c mampu meningkatkan antibody. Selain itu dapat mengurangkan keradangan kulit. Mampu melembabkan kulit kering. 

5. INDIVIDU YANG MEMPUNYAI ANTIBODI YANG LEMAH. 
– Badan yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah perlukan vitamin C dengan banyak untuk melawan jangkitan kuman/bacteria. 

6. MENJALANI PEMBEDAHAN 
- untuk cepat baik pulih luka dan melawan jangkitan kuman 

7.  MENGALAMI 'STRESS' FIZIKAL ATAU MENTAL
- vitamin C termusnah akibat 'stress' 

8.  WARGA TUA 
- terutama jika anda juga amalkan ubat-ubatan lain 

9. MENGANDUNG ATAU MENYUSUKAN ANAK 
- vitamin C banyak disalurkan kepada anak untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi. 

10. MENGAMBIL PIL PERANCANG/ ANTIBIOTIK/ PAINKILLER 
- ubatan ini boleh menyerap serta memusnahkan vitamin C.

 11. MENGAMBIL ALKOHOL
- alkohol akan memusnahkan vitamin C. 



Satu satunya vitamin C yang jenis Sustained Released iaitu kuasa pelepasan setiap satu jam. Bermakna badan kita akan sentiasa mendapat bekalan khasiat Vitamin C ini!
.
Vitamin C merupakan supplemen yang paling lama saya consume iaitu sejak tahun 2013. Vitamin C ni dah jadi supplemen wajib ambik setiap hari untuk pastikan kesihatan baik dari segi luaran dan juga dalaman sentiasa terjaga. Dan yang paling best, satu botol ni tahan sampai 6 bulan! Jimat kan?


Lihat mereka dengan senyuman yang paling manis.










Alhamdulilah ini sahaja perkongsian dari cik azza untuk semua dan jika ada yang tersalah silap cik azza mohon dimaafkan.


Order sekarang..





SHAKLEE Independent Distributor
Azzatulazirah(Cik azza)
ID:1290815
FB:sutera.azyra
Page:Dunia Cantik
Whatsapp:01132045363
Email:azl1za@yahoo.com

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik