Skip to main content

KENCING MANIS KETIKA HAMIL BAHAYA ATAU SEMENTARA-CIK AZZA POT PET.


BAHAYA KENCING MANIS KETIKA HAMIL

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Gestational diabetes mellitus, (GDM) dimana paras gula meningkat dan berlebihan dalam darah. Ini berlaku di kalangan ibu yang tidak mempunyai kencing manis sebelum hamil.
GDM biasanya boleh dikesan antara minggu ke-28 dan minggu ke-34 kehamilan bayi, dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan. Oleh itu,kencing manis semasa hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa hamil menjejaskan kira-kira 4% di kalangan ibu hamil.

Kebanyakan ibu hamil mempunyai uri yang boleh menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika insulin yang dihasilkan tidak mencukupi, paras gula akan meningkat dalam darah. Biasanya GDM akan hilang selepas bayi dilahirkan.

Related image




BAGAIMANA GDM MENJEJASKAN KESIHATAN BAYI ?

  1. Berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan menyebabkan kesukaran semasa bersalin.
  2. Gula darah bayi adalah terlalu rendah (hypoglycemia) dan tahap mineral yang rendah.
  3. Sakit kuning (jaundice)
  4. Bayi sukar bernafas
  5. Kemungkinan bayi mati dalam kandungan.
  6. Kemungkinan bayi cacat.
  7. Air ketuban berlebihan (polyhydramnions)


SIAPAKAH YANG BERISIKO DIKESAN GDM ?

  1. mempunyai keluarga yang mempunyai GDM.
  2. mempunyai penyakit darah tinggi.
  3. lebih berusia 35 atau lebih tua.
  4. mempunyai berat badan berlebihan.
  5. pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
  6. pernah melahirkan bayi 4kg ke atas.
  7. tidak aktif secara fizikal.
  8. mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu.

BAGAIMANA GDM BOLEH DIKESAN ?

GDM boleh dikesan melalui pemeriksaan darah melalui minum air gula. Pemeriksaan ini digelar OGTT ( Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam.
Keputusan ujian Tolerense Glukosa Secara Oral (mmol/L)
Puasa < 6.0
1 jam selepas mengambil glukosa < 8.0
2 jam selepas mengambil glukosa < 7.0


Image result for kencing manis ketika hamil

BAGAIMANA GDM DIRAWAT ?

  1. Diet yang khusus, amalkan pemakanan mengikut pyramid makanan yang disyorkan oleh doktor anda.
  2. Kurangkan makanan berkanji ataupun makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
  3. Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian
  4. Ubatan dan Suntikan insulin
  5. Selalu bersenam


APAKAH KESAN KENCINGMANIS KETIKA HAMIL ?

Kebanyakan ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel, tetapi terdapat segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika Diabetis tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum. Kebolehan untuk mengesan awal Diabetes ketika mengandung dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.

Amatlah penting ibu-ibu sekalian memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction). Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.

Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.

Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.

Maka, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.

VITAMIN YANG MEMBANTU IBU MENGANDUNG YANG MEMPUNYAI KENCING MANIS.

1. VITA-LEA

Mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan. 
Membekalkan zinc yg mampu membantu penghasilan lebih banyak insulin.
 Juga mengandungi 19 multivitamin dan multimineral yg sgt baik utk ibu dan perkembangan bayi.


2. B-COMPLEX
Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga. 
Menyokong dalam proses metabolisma gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. 
Juga membekalkan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik yg penting utk perkembangan 



3. VITAMIN C

Memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah






4. OSTEMATRIX

Membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin. 
Ostematrix juga mengandungi 100% keperluan harian kalsium dan boleh digunakan untuk menggantikan susu yang anda ambil sepanjang kehamilan yang sangat tinggi gula.





5. ESP
Sumber makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit diabetes kerana ia akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah.




Cik azza percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda.Kalau anda ingin dapatkan suppliment Shaklee cik azza sediakan cara-cara untuk lebih menyenangkan anda..Insyallah
CARA 1

Anda boleh terus klik SET KEHAMILAN dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

CARA 2

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar BANDAR PERDA, BUKIT MERTAJAM dan SEBERANG PERAI.saya merupakan pengedar yang anda cari



SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 
CIK AZZA.

FB :Sutera azyra
Fan Page : Dunia Sihat
Hubungi : 01132045363
Email :azl1za@yahoo.com
Cik azza buat pos ke seluruh malaysia setiap sabtu serta shaklee melalui online.
COD shaklee : Bukit Mertajam,Bandar Perda,KPJ Hospital, dan area Berdekatan..Insyallah


Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

VITAMIN C MENIPU DAN MENGUBAH FIKIRAN MEREKA.

Kalau dulu bila sebut je Vitamin C Cik azza akan ingat semua vitamin hanya untuk selera makan je,apa tak nya bila anak sedara tak ada selera makan je mak akan suruh beli vitamin C,So kita pun Set dalam fikiran yang semua vitamin hanya untuk menambah selera makan je..hihihi Tapi bila dah tua nie muda la dapat kesedaran,mula la selidik kenapa la kita nie kena ambil vitamin c,apa kejadah la vitamin c nie..hahahaha,penting sangat ke vitamin c dalam badan kita?Kalau tak cukup vitamin c apa jadi?Reput sebelum usia ke? Badan kita amat memerlukan Vitamin C. Kenapa?   Vitamin C adalah vitamin jenis larut air dan fungsi utama sebagai antioksidan. Ia juga penting untuk kesihatan gigi, gusi, tulang dan kesihatan tubuh badan kita. Vitamin C sangat penting kepada tubuh tapi tubuh tak dapat hasilkan sendiri vitamin C. Maka, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan harian dan juga suplemen Badan kita  tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama ...