6 Cara Kuruskan Badan Tak Perlu Keluar Duit. No. 6 Tu 'Steady' lah!
Ingin kurus, tapi pening memikirkan perbelanjaan ke gim, harga suplemen yang mahal, dan kos yang perlu dikeluarkan untuk mengikuti kelas fitnes tertentu? Usah risau jika anda tidak berkemampuan untuk mengeluarkan modal besar
semata-mata untuk menguruskan badan.
Tak ada siapa yang mengatakan untuk bersenam memerlukan belanja besar. Banyak cara yang kita boleh gunakan dan paling best boleh dilakukan dalam kehidupan seharian. Moh, buat sama-sama!
1. Makanan sihat biasanya dikaitkan dengan kos yang mahal. Namun sebenarnya tidak. Ada juga yang murah contohnya seperti ulam-ulaman dan ikan.
2. Sesetengah petua orang lama tidak memerlukan kita keluar wang pun. Pengambilan suplemen yang mahal boleh digantikan dengan meminum air rebusan akar kayu atau jamu.
3. Selalulah mencari inisiatif untuk mengekalkan kesihatan. Contohnya membuat senam
aerobik di rumah, joging, dan melakukan aktiviti luar yang lasak dan menyeronok
4. Jangan menghabiskan wang anda untuk membeli alat senaman yang mahal. Sesekali
gunalah apa yang ada di sekeliling anda seperti bangku, meja dan sebagainya. Aplikasikan tangga di rumah anda untuk latihan mengecilkan peha dan bahagian kaki. Senaman naik turun tangga amat berkesan untuk sesiapa yang inginkan hasil yang cepat. Tetapi perlu dilakukan dengan sistematik ya!
5. Luangkan masa untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah anda. Lakukan aktiviti
seperti membakar sampah, menyapu kawasan laman atau juga mencangkul tanah. Ini adalah contoh aktiviti gerakkan dan senaman yang baik. Selain dapat membersihkan kawasan, badan pun menjadi lebih sihat.
6. Salah satu gerakan mudah yang boleh membakar kalori adalah melakukan regangan dengan berdiri tegak dan buka kaki selebar 20sm. Kemudian luruskan tangan ke atas dan pusing badan anda ke kiri. Tahan posisi ini selama 30 saat. Lakukan gerakan pada arah yang berlawanan.
Namun kadang-kadang timbul juga persoalan mampukah kita buat semua ini,berkerja dari pagi hingga malam ada yang tiada masa untuk bersenam,
Hujung minggu pulak beriadah tapi bukan di taman tapi panggung wayang,mall.
Cik azza tak cakap kita semua tak mampu buat semua ini,tapi zaman sekarang semuanya perlukan disiplin yang sangat tinggi.
Makanan pula main belasah je,senaman pun tidak bagaimana lemak-lemak nak keluar,tersepit lah dalam perut dan badan kita.
Ingin dapatkan SET BAJET KURUS??Gerenti mampu milik.
Boleh Hubungi cik azza
01132045363
Jika anda area Bukit Mertajam,Bandar Perda,Bukit Minyak
boleh juga COD bergantung kepada stok cik azza.
Siapa cepat dia dapat.
Comments
Post a Comment