Skip to main content

OBESITI KALANGAN KANAK-KANAK COMEL ATAU PENYAKIT-CIK AZZA POT PET

"Tu dia anak hang berapa kilo nie"?
Berapa kilo nie? 20kg
Umur berapa? 1 tahun 3 bulan
"Ya allah comelnya bagi makan apa sampai besaq macam nie"
"ish sedap pegang badan berkatan-katan"
Ayat nie yang selalu kita dengan bila berjumpa dengan bayi atau kanak-kanak comel,ibu bapa apa lagi kembang je setaman bila orang puji anak bulat2.
Hakikatnya kita belum fikir masa hadapan anak-anak kita apa akan jadi nanti.
Image result for obesiti kalangan kanak-kanak

Pernah atau tidak kita ibu bapa terfikir apa penyakit yang akan mendampingi anak kita nanti,dan pada waktu itu cik azza percaya kita akan cuba cara terbaik untuk menguruskan badan .Tambah merisaukan dengan serangan pelbagai penyakit berjangkit yang tidak mengenal usia dan jantina. Kegemukan di kalangan kanak-kanak secara dasarnya dibentuk oleh kedua ibu bapa, keluarga atau penjaga bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan yang diambil dalam diet seharian. Namun tidak dinafikan terdapat faktor luaran yang memainkan peranan membentuk tabiat pemakanan anak-anak seperti pengaruh rakan sebaya, gaya hidup dan faktor genetik.

Menurut kajian yang dijalankan Persatuan Pemakanan Malaysia, hampir 30 peratus (28.4 peratus) kanak-kanak dan remaja, berusia enam hingga 17 tahun, mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
"Masalah pemakanan kanak-kanak di kalangan pelajar sekolah ini amat besar dan kami menganggap kadar ini amat teruk.
"Jika tidak dibetulkan ketika mereka kanak-kanak, apabila mencecah usia 25 tahun, masalah itu akan kekal pada mereka," kata presiden persatuan itu Dr Tee E.Siong kepada Bernama.
Kajian yang melibatkan 8,705 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara itu, turut menunjukkan lebih ramai pelajar lelaki (32.9 peratus) mempunyai berat badan berlebihan berbanding pelajar perempuan (24.7 peratus).
Kajian itu juga mendapati seorang daripada empat kanak-kanak tidak mengambil sarapan pagi sekaligus menunjukkan kurangnya keprihatinan ibu bapa terhadap diet anak mereka.
SIKAP DAN PERANAN IBU BAPA
Cik azza percaya dengan sikap ibu bapa pada masa sekarang yang boleh dikatakan "lepas tangan" dengan alasan berkerja menjadi salah satu sebab anak-anak menhadapi Obesiti dengan cara :
  1. Membiarkan mereka makan apa sahaja yang mereka suka dikantin,bila cuti pulak kononnya mereka sibuk dan hendak berehat sehingga tiada masa menyediakan menu diet untuk anak-anak.
  2. Ada juga yang menyerahkan terus tugasan kepada nenek atau orang gaji untuk memguruskan anak-anak.

Kalau nak difikirkan anak-anak kampung lagi bebas dan mempunyai lebih masa dengan bermain rasanya tidak juga sebabkan cik azza pun orang kampung,zaman sekarang ibu bapa lebih mementingkan akademik sama ada didesa atau dibandar.

Betulkan?.....krik krikk krikkk...

Bayangkan la bila balik sekolah,mandi rehat,dan terus buat kerja sekolah yang bertimbun ada masa nak bermain selepas penat otak berfikir,dalam kepala hanya tidur je nanti..

TERBANTUT

"Menurut wakil UNICEF Malaysia Marianne Clark-Hattingh, Malaysia sebuah daripada negara di Asia Tenggara yang menghadapi kedua-dua masalah pemakanan iaitu masalah berat badan berlebihan dan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak."

"Punca berat badan berlebihan dan kekurangan nutrisi saling berkaitan. Risiko berat badan meningkat seiring dengan peningkatan kepada akses kepada makanan dan minuman tidak berkhasiat, makanan dengan kandungan lemak atau gula dan nilai nutrisi yang rendah, dan kurang aktif dan gaya hidup sedentari,


10 tip Kevin Zahri, Cikgu Fitness Malaysia, buat ibubapa dalam mengawal berat badan anak-anak

1. Biar kasih sayang bertempat: Ramai ibubapa gunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau anda betul-betul sayang, janganlah masak atau beli makanan yang menggemukkan sepanjang masa.

2. Teladan yang baik: Kalau anda sendiri mengalami masalah berat badan, cubalah untuk kurangkan berat badan dan menjadi contoh teladan kepada anak anda.

3. Tetapkan peraturan pemakanan: Disiplin dalam pemakanan kanak-kanak tu penting. Macam cikgu sekolah juga, anda perlu tetapkan waktu-waktu makan, bila makanan ringan dibenarkan dan aktiviti riadah. Pastikan anda enforce peraturan dan garis panduan denga konsisten.

4. Makanan ringan untuk hujung minggu: Biarlah makanan sepanjang Isnin hingga Jumaat sihat dan seimbang. Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, makanan ringan dan kuih sesuai untuk hujung minggu dan cuti sekolah.

5. Masa riadah setiap hari: Paksa anak-anak anda untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi selama 60 minit setiap hari!

6. Kawal masa permainan video dan telefon bimbit: Kawal waktu dan penggunaan alat permainan serta telefon bimbit kerana kedua-duanya penyebab 'malas'!

7. Sediakan snek sihat: Sarapan, makan tengah hari dan malam mungkin lebih mudah untuk dikawal, tetapi makanan di antara hidangan atau snek adalah pencetus kegemukan kerana selalunya TIDAK dikawal. Pastikan anda sediakan snek yang mudah dan sihat untuk anak-anak seperti sandwich tuna dan buah-buahan.

8. Ketahui keperluan kalori anak anda: Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza, termasuklah kanak-kanak bergantung kepada jantina, umur dan kadar aktiviti harian kanak-kanak tersebut.

9. Buang tabiat lama: Buang tabiat kurang sihat untuk jangka masa panjang. Pastikan perubahan pemakanan dan gaya hidup adalah kekal supaya menjadi tabiat.

10. Tanggungjawab anda: Jangan serahkan tanggungjawab kesihatan anak-anak kepada pihak ketiga seperti pengasuh, cikgu sekolah mahupun orang gaji. Andalah orang yang paling layak mengawal berat badan serta pengambilan makanan mereka.


Apa-apapun, segalanya bermula daripada ibu bapa. Tunjuklah anak-anak yang ibarat kain putih ini contoh yang baik termasuk menjalani cara hidup yang sihat. Dengan cara itu, obesiti di kalangan kanak-kanak pasti dapat dikurang atau dielakkan.
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 
CIK AZZA.

FB :Sutera azyra

Fan Page : Dunia Sihat
Hubungi : 01132045363
Email :azl1za@yahoo.com
Cik azza buat pos ke seluruh malaysia setiap sabtu serta shaklee melalui online.
COD shaklee : Bukit Mertajam,Bandar Perda,KPJ Hospital, dan area Berdekatan..Insyallah




Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

VITAMIN C MENIPU DAN MENGUBAH FIKIRAN MEREKA.

Kalau dulu bila sebut je Vitamin C Cik azza akan ingat semua vitamin hanya untuk selera makan je,apa tak nya bila anak sedara tak ada selera makan je mak akan suruh beli vitamin C,So kita pun Set dalam fikiran yang semua vitamin hanya untuk menambah selera makan je..hihihi Tapi bila dah tua nie muda la dapat kesedaran,mula la selidik kenapa la kita nie kena ambil vitamin c,apa kejadah la vitamin c nie..hahahaha,penting sangat ke vitamin c dalam badan kita?Kalau tak cukup vitamin c apa jadi?Reput sebelum usia ke? Badan kita amat memerlukan Vitamin C. Kenapa?   Vitamin C adalah vitamin jenis larut air dan fungsi utama sebagai antioksidan. Ia juga penting untuk kesihatan gigi, gusi, tulang dan kesihatan tubuh badan kita. Vitamin C sangat penting kepada tubuh tapi tubuh tak dapat hasilkan sendiri vitamin C. Maka, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan harian dan juga suplemen Badan kita  tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama ...