Skip to main content

PENJAGAAN IBU HAMIL DAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Perasaan seronok dan bersyukur pastinya dirasai oleh pasangan pengantin yang baru mengetahui mereka bakal menimang cahaya mata. Malah bakal atuk dan nenek juga akan turut gembira dengan berita tersebut. Sesetengah orang menganggap bahawa kelahiran seorang cahaya mata merupakan pelengkap kepada sebuah keluarga.
Pada awal kandungan, ibu akan mula rasa mudah letih, pening kepala, mual, dan tegang kerana perubahan hormon dalam badan. Kemudian ibu akan mula rasa bayi bergerak, menendang dan bertindakbalas dengan rangsangan yang diberikan. Pada hujung kandungan, ibu akan mula melakukan persiapan untuk menerima orang baru di rumah.
Namun, adakah para bakal ibu dan bapa ini tahu langkah-langkah yang perlu diambil dalam keadaan tertentu dan cara-cara menjaga kandungan sejak awal? Di bawah saya kongsikan beberapa tips penjagaan bayi dalam kandungan dan pengetahuan tentang kesihatan ibu hamil.
Related image

1. Penjagaan Pemakanan Ibu Hamil
a) Mengambil makanan dengan nutrisi seimbang adalah amalan penting bagi ibu hamil. Ia bukan sahaja penting bagi kandungan malah bagi kesihatan ibu sendiri. Penjagaan kesihatan dan pemakanan sewaktu hamil haruslah diambil serius kerana pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat akan membahayakan kandungan.
b) Zat yang diperlukan oleh ibu hamil seperti asid folik, iron, ferum, zat besi, protein, dan banyak lagi haruslah diambil dengan seimbang. Zat-zat ini boleh didapati daripada makanan harian dan juga pil-pil yang banyak berada di pasaran. Pengambilan Vitamin C oleh ibu hamil sangat penting kerana ia berfungsi membantu penyerapan zat-zat lain kepada bayi. Makanan seperti kekacang, pisang dan buah-buahan lain juga akan melancarkan perjalanan darah dalam badan dan membantu tumbesaran bagi bayi yang dikandung.
c) Pengambilan garam dalam makanan haruslah dikurangkan bagi ibu hamil. Hal ini kerana pengambilan garam berlebihan akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan bengkak pada pergelangan kaki, tapak kaki, muka dan jari. Sebagai ganti atau pengimbangnya, ibu hamil disarankan memakan pisang yang mengandungi potasium. Ia mampu menstabilkan tekanan darah.
2. Penjagaan Fizikal Ibu Hamil
a) Ibu hamil tidak perlu rasa tertekan dengan perubahan bentuk badan, wajah dan fizikal. Perasaan malu dengan bentuk badan dan wajah yang kadangkala sembap akan menurunkan rasa percaya diri.
b) Untuk ibu kekal ceria, cergas dan positif, saya sarankan ibu hamil melakukan senaman ringan samada di rumah atau luar. Contohnya berjalan-jalan di sekitar taman, berenang dan aktiviti senaman di rumah yang sesuai bagi ibu hamil.
3. Penjagaan Emosi Ibu Hamil
a) Apabila perubahan hormon berlaku, maka emosi ibu juga terganggu. Namun, ibu hamil haruslah bijak mengawal emosi dan mengenal emosi sendiri kerana ia boleh mempengarui emosi bayi dalam kandungan.
b) Selain kurang bersenam, pemakanan juga mempengarui emosi ibu hamil  Contohnya pengambilan gula yang terlalu banyak akan mengundang keletihan. Seterusnya meningkatkan kadar stress seorang ibu hamil.
c) Suasana atau persekitaran yang baik akan meningkatkan pemikiran positif seorang ibu hamil. Maka, amat penting bagi seorang suami dan rakan-rakan untuk memberi sokongan dan pertolongan yang sewajarnya kepada seorang ibu yang sedang hamil.
4. Mengetahui Tanda Bahaya ketika Hamil
a) Walaupun kita bukan seorang ahli perubatan, sekurang-kurangnya seorang ibu hamil tahu tanda-tanda bahaya dan cara mengatasinya.
b) Mual dan muntah adalah simptom biasa bagi ibu mengandung terutama pada trimester pertama, namun jika ia berlebihan  sehingga ibu hamil terlalu letih, makanan tidak tahan lama selepas diambil, ibu hamil dehidrasi, maka ia adalah suatu yang perlu diambil berat.  Hiperemesis gravidarum atau muntah terlalu kerap adalah masalah yang perlu diatasi dengan berjumpa doktor. Kebiasaannya ibu hamil akan ditahan di ward dan dirawat di  hospital sehingga kembali stabil.
c) Kurang darah atau Anemia akan membuatkan seorang ibu hamil keletihan , pucat dan pening kepala. Amat penting penjagaan makanan jika ibu hamil dapat mengetahui awal tentang keadaan kesihatannya. Lebih membimbangkan, anemia boleh membahayakan nyawa si ibu apabila kehilangan darah terlalu banyak ketika proses kelahiran.
d) Sepanjang tempoh kehamilan, sekurang-kurangnya berat ibu hamil haruslah bertambah sebanyak 6kg. Pertambahan berat ini adalah disebabkan pertumbuhan janin. Jika berat ibu tidak bertambah, bermakna ibu kekurangan gizi dalam pemakanan atau pertumbuhan bayi terganggu.
e) Pendarahan pada usia kandungan berapa sekalipun merupakan tanda yang bahaya dan perlu diambil serius. Pada usia awal kandungan, pendarahan menjadi satu tanda keguguran. Ketika ini ibu hamil perlu mendapatkan pemeriksaan seterusnya berehat dengan baik. Jika pendarahan berlaku pada trimester kedua atau ketiga, kadangkala ia merupakan petanda bahawa plasenta berada di bahagian bawah seterusnya menghalang laluan kelahiran bayi. Dan jika pendarahan berpanjangan berlaku selepas proses kelahiran, ia bahaya bagi ibu. Dapatkanlah nasihat dan rawatan doktor bagi mengelakkan sebarang keadaan yang tidak diingini.
Jadi, sebagai kata akhir, saya menyeru agar ibu hamil terutama kehamilan pertama mengambil tahu tentang keadaan diri anda dan juga mengetahui perkara asas dalam kehamilan. Malah para suami juga haruslah berperanan dalam membangun emosi positif si ibu. Sokongan suami sekaligus menjadikan ibu hamil tetap sabar dan positif dalam jangka masa 9 bulan. Saya sarankan para ibu berkongsi maklumat ini bersama suami supaya pasangan yang bakal menimang cahaya mata ini dapat mengambil langkah yang tepat dalam apa keadaan sekalipun.
BAGAIMANA HENDAK DAPATKAN SUPPLIMENT UNTUK IBU HAMIL 

CARA 1

Anda boleh sahaja klik trimester yang anda sedang alami sekarang dan membeli terus dengan shaklee ,Penghantaran akan terus ke pintu rumah anda mengikut alamat yang telah anda tetapkan.
(Jika anda tidak dapat vitamin yang anda hendak melalui shaklee sila rujuk dibawah)

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Bukit Mertajam, Bandar Perda, Seberang Perai, Bukit Minyak,KPJ Hospital Penang saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seberang Perai,Bandar Perda, Bukit Mertajam,Bukit Mertajam.


Cik azza
ID:-1217675
Email: azl1za@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: 01132045363

Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...