Assalamualaikum wbt dan selamat pagi dunia 😊
Perasan tak, andai sepenuh tenaga kita fokuskan untuk mengejar dunia semata-mata, boleh jadi dua perkara yang kita dapat. Yang pertama kita akan mendapat apa yang kita mahu, tapi sepertinya ada kekurangan di situ. Satu lompong di dalam hati yang seakan-akan tidak berisi, iaitu KETENANGAN..
Dan yang kedua, kemungkinan kita terpaksa berpenat lelah dan bekerja keras, seolah-olah kehidupan ini hanyalah untuk bekerja semata-mata..
Mahu tak nana kongsi tips macam mana nak BERJAYA tetapi dengan BERKAT dan BAHAGIA?
Caranya ialah, selain daripada kita harapkan kejayaan datang daripada usaha semata-mata, titipkan pada hati kita satu kepercayaan bahawa, “YANG MEMBERI DAN MEMAKBULKAN SERTA MENGKURNIAKAN ITU HANYALAH ALLAH SEMATA-MATA”
Bila kita percaya setiap apa yang kita pinta dan usahakan ni, Allah lah yang mamakbulkannya, maka kita tahu bahawa selain bekerja keras, yang utama sekali perlu kita buat ialah BERDOA MEMINTA PADA ALLAH..
Dan kat bawah ni, nana nak kongsi dengan semua 6 tips bagaimana BERDOA DENGAN BETUL atau TEKNIK BERDOA DENGAN MUSTAJAB, InshaAllah dan rasakan lah keajaiban dalam hidup anda selepas anda amalkan teknik berdoa ini InshaAllah..
1) Jangan sebut “Ya Allah berilah aku rezeki..” sebaliknya sebutkan “Ya Allah *KURNIAKAN LAH* aku rezeki yang melimpah ruah, berpanjangan dan berkat”
2) Berdoalah seolah-olah anda *SUDAH* pun berjaya dapat apa sahaja yang anda pinta itu.. Berdoa dengan kesyukuran “Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih kerana sudi makbulkan doaku untuk mencapai _____”
3) Karanglah skrip doa yang terbaik anda, supaya bila masa waktu berdoa anda boleh berdoa dengan terbaik dan secara berulang2.. Sesungguhnya Allah sangat suka sesuatu perbuatan yang dibuat secara berulang2 terutamanya doa.. Sehari katakan anda berdoa 10x.. Kali dengan 30 hari dalam bulan ni.. 300x anda minta, tak mungkin tiada sekali doa anda Allah makbulkan
4) Berdoalah dengan YAKIN Allah pasti makbulkan.. Masukkan perasaan sungguh2 berharapkan bantuan daripada Allah.. Bayangkan seolah-olah kita ini anak kecil, kita inginnnnn sangat satu permainan ini, dan kita minta pada ibu kita.. Kita merayu sungguh2 untuk ibu kita beri kepada kita.. Lagi pula bila dengan Allah.. Doa lah dengan sepenuh keyakinan dan percayalah setiap apa yang anda minta itu MUDAH BAGI ALLAH, kerana ALLAH MAHA KAYA
5)Kalau sebelum ini anda akhiri doa dengan “Amin Ya Rabbal Alamin” selepas ini tukarkan kepada “Amin Ya Allah Ya Mujib”
Kerana Ya Mujib ini bermakna yang Memakbulkan. Maka doa sungguh2 moga Allah makbulkan segala doa kita..
6) Kalau sebelum ini setiap kali bersedekah kita tak doa pun apa-apa, kononnya kerana ikhlas. Tetapi silap. Kerana waktu itulah sebenarnya waktu mustajab untuk berdoa. Maka baca kan “Ya Allah, aku sedekahkan sejumlah wang ini untuk digunakan demi mencari RedhaMu.Semoga sedekahku ini dapat menghapuskan segala dosa dosa ku dan membuka rezeki yang melimpah ruah buat ku”
————————
Lumrah kehidupan di dunia ialah, yang kita KEJAR itu pasti akan lari.. Termasuklah REZEKI.. Maka yang terbaik ialah, kita JEMPUT rezeki itu dengan cara memuliakan, mendahulukan, dan meminta sungguh-sungguh dengan Yang Maha Memberi Rezeki 💕
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.. Doakan kembali semoga Allah limpahkan rezeki yang berkat, berpanjangan dan melimpah ruah buat nana juga ya..
Feel free untuk SHARE post ini untuk rujukan masa depan, tak perlu mintak kebenaran
#Sumber
#SelfReflectionNanaMacaron a
#NanaKongsiTips

#SelfReflectionNanaMacaron
#NanaKongsiTips
Comments
Post a Comment