Zaman semakin canggih seiring dengan permodenan dunia,Semuanya kelihatan mudah dan dipantang remeh begitu juga dalam isu yang sering wanita alami namun semakin tidak dipedulikan.
Kaum wanita jangan sesekali memandang remeh terhadap penjagaan rahim anda,jangan hanya menitik beratkan penjagaan luaran,muka yang berkilat,kulit yang lembut namun lupa mengenai dalaman yang sejak dari nenek moyang kita dititik beratkan.
Hari ini cik azza hendak berkongsi Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat dan ini juga perkongsian daripada salah seorang pengusaha jamu dan semoga info ini dapat kita kongsi bersama-sama dengan wanita-wanita diluar sana.
9 Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat.
- Sakit Tumit Kaki ➠➠Tumit kaki terasa berdenyut-denyut dan menyucuk secara tiba-tiba,dan keadaan ini akan lebih teruk ketika berjalan,berdiri atau angkat benda berat dan terasa beban dibahagian perut.
- Sakit Telapak Kaki ➠➠Rasa sengal-sengal dan bisa ditelapak kaki .Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki
- Sakit Pinggang ➠➠Sering sakit dibahagian pinggang sehingga dipapan punggung dan ketas urat belikat,Sakit pinggang ini seperti lenguh dan rasa sengugut tetapi ia berlaku diluar waktu period.
- Sakit Ari-Ari ➠➠Bahagian bawah perut hingga ke pangkal paha.Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
- Kerap kencing atau kencing Tidak lawas ➠➠Mudah terkencing ketika bersin atau batuk,mudah juga untuk dijangkit air kencing kotor atau ngilu ketika membuang air kecil.
- Sakit Ketika Hubungan Kelamin➠➠Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari ketika bersetubuh.Jangan lupa jika perkara ini berlarutan ia juga akan merosakan hubungan suami isteri.
- Kentut Vagina➠➠Sering mengalami kentut vagina,maknaya rahim bermasalah dan vagina kembang.
- Kerap mengalami Kembung Perut➠➠Badan beragin dan sering kembung perut,Badan mudah masuk angin,perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
- Sentiasa Basah➠➠Vagina berair dan berbau,mengalami keputihan luar biasa dan salah satu peranakan kembang.
Jika anda mengalami tanda-tanda diatas segeralah atasi dengan cara:
- Berurut ➠➠Walaupun anda telah bertahun melahirkan anak namun tanda-tanda ini akan mengambil masa untuk dirasai(Pengalaman sendiri).
- Bertungku ➠➠Jika anda menpunyai masa terluang curilah masa untuk bertungku dibahagian rahim dengan cara menolaknya perlahan-lahan keatas.
- Berpantang ➠➠Walaupun sudah habis berpantang namun jaga lah juga selepas habis berpantang,Zaman sudah moden namun tidak salah kita mengikut tradisional,elaklah minuman berais,makanan beragin untuk kesihatan diri.Lebihkan air suam dan juga pemakanan seimbang.
- Makan Suplement ➠➠Ambil lah suplemen bagi wanita selepas bersalin untuk menjaga peranakan dan kesihatan organ dalaman,pilihlah yang halal dan disahkan oleh kkm.
- Elak kan mengangkat Berat ➠➠Elakkan melakukan aktiviti lasak dan mengangkat berat,Biasanya selepas kita bersalin rahim masih baru dan mudah untuk jatuh,ini kerana otot rahim masih lemah,sebab urat sekeliling itu mengembang masa mengandung.Walaupun sudah setahun jika sudah rasa badan sihat seeloknya elak lah mengangkat benda berat walaupun mendukung anak kecuali anda benar2 darurat.
- Senaman Menaikan rahim➠➠
Alhamdulilah semoga perkongsian cik azza dapat korang semua kongsikan diluar sana ye.
Ramai wanita mengalami masalah ini tetapi takut untuk berkongsi walaupun dengan suami sendiri..Carilah teman untuk bercakap untuk berkongsi masalah serta pendengar yang setia.
Ramai wanita mengalami masalah ini tetapi takut untuk berkongsi walaupun dengan suami sendiri..Carilah teman untuk bercakap untuk berkongsi masalah serta pendengar yang setia.
Salam Sayang dari cik azza
SHAKLEE Independent Distributor
Azzatulazirah(Cik azza)
ID:1290815
FB:sutera.azyra
Page:Dunia Cantik
Whatsapp:01132045363
Email:azl1za@yahoo.com
Comments
Post a Comment