Skip to main content

AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN SERTA BENTUK BADAN IDAMAN.

Pada  zaman sekarang ramai wanita diluar sana yang telah lama melupakan amalan berpantang selepas bersalin.Walaupun amalan ini amatlah penting namun lama kelamaan amalan ini kian dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita terutama amalan berpantang dari segi pemakanan,berurut,bertungku,bertangkas dan juga berbengkung.
Betul ramai beranggapan amalan berpantang ini merupakan sesuatu yang membosankan,tetapi kita sebagai wanita haruslah bersabar dan kita juga harus ingat yang amalan ini semuanya akan memberi kebaikan kepada kesihatan dan juga mempengaruhi kecantikan diri kita sendiri.
Selama kita tidak berpantang banyak yang telah kita lakukan,kita bebas melakukan semua benda selama ini sebelum kita bersalin,Namun selepas bersalin dan berpantang amalan baru terpaksa kita ikut kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.Betul,amalan ini memang leceh tapi tentu sekali kita tidak akan mendapat kesan dalam jangka masa yang pendek,Dan semua ini akan terkesan dengan jangka masa panjang.
Leceh memang leceh tetapi untuk ibu dan juga bakal ibu-ibu amalan berpantang ini jangan lah kita abaikan walaupun terdapat banyak perihalnya kerana jika kita abaikan kesan yang tidak baik mungkin tidak akan memberi kesan serta merta tetapi apabila melalui kelahiran yang ramai,usia yang semakin meningkat,tenaga yang semakin lama semakin merosot mulalah kesan lenguh-lenguh dan bisa urat,sendi serta otot,sakit pinggang,dan kebas tangan dan mulalah diantara kaum ibu yang semakin dingin dan lemah tenaga batin.

Amalan-amalan penting yang harus diamalkan,
1. Hubungan Seks
Ramai doktor menyarankan hubungan seks tidak dilakukan dalam masa 6 minggu selepas bersalin. Ye la kan..si ibu ni baru saja melalui proses yang menyakitkan maka dia perlu masa untuk kembali sihat dan kuat. Tambahan pula, perlu bagi masa kepada bahagian sulit untuk betul-betul sembuh lagi –lagi mereka yang terluka ‘eposiotomi’.
Ramai yang sedia maklum luka ‘episiotomy’ ni ialah potongan yang harus dilakukan apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar semasa proses bersalin.
Dan si ayah pun kenalah faham dan beringat dan harap banyakkan bersabar..kerana sabar tu separuh dari iman.
2. Pemakanan
Sebolehnya ibu-ibu dalam pantang ni dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana ianya hanya akan menyebabkan darah nifas berbau, kering dengan cepat dan melemahkan daya ketahanan mental dan fizikal.
Sebenarnya bidan melayu dulu-dulu pun menggalakkan makan ikan segar tetapi harus elakkan memakan ikan-ikan yang berbisa seperti contohnya ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari,parang dan sembilang kerana takut berbisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan tersebut, ada jenis ikan yang boleh menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan alahan seperti ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Habis tu ikan apa yang boleh dimakan ye?
Mengikut petua orang-orang tua, ikan yang disyorkan adalah seperti ikan selar, haruan dan ikan yang tidak berbisa yang lain-lainnya. Ikan haruan dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran kerana ianya mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka.
Dari segi ulaman pula terdapat banyak jenis ulam tempatan yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum dan juga halia.
Ulaman ini memang mengandungi banyak zat galian (mineral), fiber dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E, dan kesemua itu mempunyai kadar anti oksidan yang tinggi yang mana amat baik untuk kesihatan tubuh badan semasa berpantang.

Selain dari ulam diatas ada banyak lagi ulam yang boleh dimakan ketika berpantang seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun cemumar, daun bebuas ,daun ruku dan sebagainya akan tetapi Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang bersifat sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, petai, jering serta terung dan yang lain-lain lagi yang mana boleh dirujuk dari orang-orang tua juga ibu-ayah kita dan juga pakar pemakanan.
Perkara yang satu ni mandatori tidak boleh diambil ketika berpantang ialah minuman bergas! Selain dari itu minuman yang sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau dan kelapa muda juga haruslah dielakkan
3. Ketahanan Jiwa Dan Emosi
Tidak jarang ibu yang baru melahirkan anak mengalami tekanan perasaan dan emosi. Masalah ini boleh ada sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak kerana semasa berpantang ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayi.
Perkara ini memberi kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan ini, ramai wanita mengalami masalah kemurungan dan ada yang lebih teruk lagi mengalami sakit jiwa dan meroyan. Dalam sesetengah keadaan yang amat menekan jiwa (nauzubillahiminzalik ) ada segelintir yang cuba membunuh diri.
Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dielakkan jika ada sokongan dan nasihat yang sentiasa oleh orang yang penting dalam hidup si ibu seperti sang suami. Ibu dan ayah. Si isteri sepatutnya diberi sokongan bukan sahaja dari segi fizikal dalam penjagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga harus ada sokongan dari segi moral dan nilai keagamaan.
4. Rawatan Diri
Bengkung :-
Mengikut sejarah perbidanan tradisional mahu pun moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah penting untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut dan memudahkan keluarnya angin panas dan kotor dengan mengikat barut dan ubat yang sempurna.
Bengkung yang bagus adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kuat dan kukuh pada atas rahim.
Bengkung ini seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ia boleh mula dipakai pada hari ke-4 sehingga tamat tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki. Memakai bengkung yang kemas dan sempurna dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat.
Urutan tradisional :-

Urutan boleh memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin dan lendir yang kotor serta melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Ianya juga boleh menenangkan jiwa, melegakan bisa otot dan sendi dan meringankan tubuh badan yang lesu.
Walaubagaimana pun dilarang untuk mengurut secara kasar, mengasak, menekan, serta menolak peranakan dalam tempoh 3 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak.
Hanya urut di bahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jari-jemari. Selepas 44 hari baru lah boleh disentuh di bahagian kedudukan Rahim itu pun harus mulai dengan lembut dan perlahan.
Minum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan :-
Digalakkan bagi ibu-ibu selepas bersalin meminum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan yang boleh dibeli terus dari toko dan kedai produk kesihatan yang ada. Amalan ini dapat menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran kaum ibu sepanjang tempoh berpantang serta turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman sepanjang ianya diambil.
Nah! Sekarang kita sudah tahu serba sedikit tentang amalan semasa berpantang dan hendaklah ianya dijadikan amalan kita yang mana sudah menjadi amalan tradisi dari turun temurun lagi.
Badan Ramping Selepas Bersalin
Semasa zaman kita anak dara memang badan cantik dan ‘solid’, tetapi bila dah berumahtangga ni kebiasaannya perut wanita akan berubah menjadi buncit dan mengelebeh terutama bila dah dapat anak.
Kalau anak pertama mungkin masih ok lagi, tapi bila dah masuk anak kedua, memang nampak sangat perubahannya.

Salah satunya antara yang terbaik adalah dengan mengamalkan SET BERPANTANG SHAKLEE.
Ianya bukan sahaja dapat mengembalikan bentuk idaman anda tetapi juga memberi kelebihan terhadap bayi dan juga kesihatan anda.

JOM BACA PERKONGSIAN SAHABAT KITA INI:

Image may contain: 5 people, people smiling


[ BERAT SAYA TURUN 4KG DALAM TEMPOH 10 HARI! ]
.

Saya nak kongsi perjalanan penurunan berat badan saya.

Pada tahun 2014, iaitu sebelum saya disahkan hamil anak kedua, saya mengalami berat badan berlebihan. Berat badan saya mencecah 67kg sedangkan ketinggian saya hanya 152cm.
.

Kemudian saya disahkan hamil anak kedua pada November 2014. Saya mengalami alahan yang teruk sehingga berat saya turun sebanyak 5kg. Di sinilah bermulanya berat badan saya menurun. Selepas fasa alahan berlalu berat naik semula. Saya ingat lagi berat sebelum bersalin ialah sebanyak 70kg. Alhamdulillah berat tak banyak naik. Masa ni memang saya amalkan Full Set Hamil Shaklee.
.

Selepas bersalin (Mei 2015), berat saya turun kepada 64kg. Kembali ke berat asal semasa saya mengalami alahan. Saya berpantang seperti biasa sama macam anak pertama. Cuma pada kali ini saya amalkan Full Set Berpantang Shaklee. Berat badan saya pun maintain 64kg.
.

Selepas berpantang saya masih terus berusaha turunkan berat badan saya dengan mengamalkan Set Kurus Shaklee iaitu Cinch Shake, Cinch Tea, Omega Guard dan Vitalea. Saya juga mengikut jadual diet yang pakar nutrisi Shaklee sarankan. Saya cuma harap sekurang-kurangnya berat saya maintain dan kalau boleh saya nak capai ke angka 59kg . Lama juga saya tak timbang berat saya. Pada Disember 2015 saya berkesempatan menimbang berat saya menggunakan karada. Alhamdulillah, berat saya turun 2kg lagi iaitu 62kg.
.

Kemudian, pada March 2016 saya telah mengamalkan Detoks Parasit selama 14 hari. Sepanjang detoks saya mengamalkan "eat clean", diet ikut cara Shaklee diteruskan seperti biasa bersama Set Detoks Parasit Shaklee. Set Detoks yang saya amalkan ialah Vivix, Alfalfa Complex, Garlic Complex dan Dtx Complex.
.

Selepas 10 hari, saya timbang berat saya menggunakan mesin Karada. Senyum sampai ke telinga bila tengok angka di mesin Karada tersebut. Alhamdulillah berat saya 57kg!!!
.

Wah!!! Saya turun 4kg dalam tempoh 10 hari !!!! Macam tak percaya je tau. Dan paling menggembirakan, saya dah capai lebih dari target sebenar !!! Bukan sahaja turun berat badan dengan cepat, malah jerawat dimuka saya pun dah malu-malu nak tumbuh sekarang. Kulit muka saya makin bersih 😊


Terima kasih pada kawan-kawan detoks yang memperkenalkan Detoks parasit nie dan banyak kongsi tips, resipi dan macam-macam info tentang detoks parasit ni.
.

Kini Set Detoks Parasit menjadi suplemen harian saya. Hari-Hari Detoks insyaAllah badan maintain kurus, kulit maintain cantik dan badan maintain sihat


INGIN DAPATKAN SET BERPANTANG SHAKLEE?

Jika anda ingin membuat pesanan melalui online kami,anda boleh klik gambar dibawah dan penghantaran akan dibuat dan dihantar terus ke alamat yang telah anda lengkapkan.
Dan jangan lupa ye Hubungi cik azza untuk cara pengambilan.


I'am SHAKLEE Indenpendant Distributor
Azzatulazirah
Whatsapp :01132045363
SID : 1290815
Fan Page : Dunia Cantik
IG: @cintahati_shaklee
Face Book : Sutera azyra.



Comments

Post a Comment

POPULAR POST

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho...

MINUMAN BERKARBONAT JEJASKAN KESIHATAN - CIK AZZA POT PET.

Bohonglah kalau cik azza cakap masyarakat kita sekarang tak suka minum minuman manis terutama minuman dalam tin dan berkarbonat..Betul kan? Tambahan pula minuman ini menjadi pilihan serta hidangan terutamanya apabila kita berkunjung ke premis makanan segera.Cer ingat bila datang je musim perayaan macam-macam jenama minuman berkarbonat ada sebut je nak colour apa hijau,merah,oren,hitam semua ada lah.Tak kisah lah jenama apa pun yang pasti kandungan minuman berkarbonat adalah sama banyak gulanya. Jika diminum berlebihan,gula tambahan dalam minuman tin bergas boleh menyebabkan kesan yang buruk pada kesihatan anda.Walaubagaimana pun beberapa jenis gula lebih mendatangkan kemudaratan dari beberapa jenis gula lain dipasaran dan produk minuman adalah yang paling memudaratkan sekali.Terutamanya minuman tin bergas,kopi yang manis dan minuman yang mengandungi gula dalam cecair. Minuman gula mempunyai kesan yang kuat ke atas sistem ganjaran otak,yang boleh memyebabkan ket...

SKILL SEKS UNTUK CEPAT DAN MUDAH HAMIL - CIK AZZA POT PET

Assalamualaikum.. Hari ini cik azza nak berkongsi pengalaman untuk mudah hamil (Insyallah jika di izinkan) ,Bukan mudah untuk kita sebagai wanita hamil dengan cepat dan kadang-kadang akan boleh mengakibatkan kita stress bila asyik diaju soalan yang sama je setiap masa..Betol dak?? Bila balik kampung je orang yang menyibuk mula bertanya "hai tak mengandung lagi ke" Merancang jangan lama-lama sangat" Semua ini akan menyebabkan kita mengalami tekanan perasaan. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perl u dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat. TIPS UNTUK MUDAH HAMIL (INSYALLAH JIKA DIIZINKAN ALLAH) 1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:- Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetah...

MERAMAS TERLALU KUAT PUNCA PAYUDARA KENDUR - CIK AZZA POT PET.

Assalamualaikum.. Tips mengancam untuk kali ini. ... hihi Payudara aset wanita yang paling penting?Betol dak?setiap wanita mengidam payudara yang tegang,montok,anjal,besar tapi tak ada la sama macam Pamela Anderson. Memiliki payudara yang bulat, mantap dan gebu menjadi idaman setiap wanita dan para sang suami pun akan suka kalau isteri mereka punyai payudara yang mantap. Bagi kebanyakan wanita, memiliki bentuk payudara yang menawan melambangkan kecantikan dan keyakinan bagi seseorang wanita. Terdapat pelbagai cara untuk besarkan payudara tapi cik azza nasihat jangan la ambil kaedah yang akan merbahayakan diri kita sendiri kan..Sebabnya bila dah rosak aset itu macam dah tak ada erti kehidupan kan.. 1. Lakukan pemeriksaan Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iait...

RAWAT PENYAKIT TANGAN,KUKU DAN MULUT(HFMD) SECARA SEMUAJADI DAN BERKESAN.

Sekarang kecoh kan kebanyakan Tadika.Sekolah terpaksa ditutup akibat daripada jangkitan penyakit Tangan,Kaki dan Mulut ataupun HFMD. Apa itu Penyakit Tangan,Kaki dan Mulut? Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari. HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya. HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tang...

BAHAYA URI BAWAH RAHIM - CIK AZZA POT PET.

ASSALAMUALAIKUM... BAHAYA KE URI BAWAH RAHIM? Pernah dengar kan bila kita mengandung atau kawan-kawan lain mengandung mereka ada juga akn bercerita "uri bawah rahim". APA ITU URI? Uri adalah organ yang terdapat didalam wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen nutrisi daripada ibu hamil kepada bayinya,kedudukan uri yang normal apabila ia berada ditengah atau dibahagian atas uri.Ini bermakna ia akan berada jauh dari kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim. Uri dikedudukan bawah pula berada dikedudukan bawah rahim menutup ruang laluan bayi (Pintu Rahim) semasa kelahiran,Ini seterusnya akan memberi komplikasi semasa proses bersalin.Ia bukan sesuatu yang jarang ditemui di awal kehamilan kerana 20 peratus daripada uri berada dibawah pada awalnya,tetapi apabila kandungan berusia 28 minggu,kebanyakan uri sudah tertarik keatas semasa rahim semakin membesar dan cuma 5 peratus yang masih berada pada bahagian bawah rahim.Jika uri ini masih kekal...

BAHAYA PEDOFILIA -CIK AZZA POT PET

Baru baru ini cik azza menhadiri majlis taklimat anak sulung cik azza masih dalam tadika,disana mereka ada berkongsi apa itu PEDOFILIA sedapkan nama dia,Namun nama yang sedap didengar buruk akibatnya.Disini cik azza terdetik hendak berkongsi dengan para ibu dan bapa semua apa itu PEDOFILIA . APA ITU PEDOFILIA? Pedofilia  ialah sejenis  gangguan psikologi  di mana individu dewasa atau remaja yang lebih tua  tertarik secara seksual  atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent). Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Ini juga boleh dipanggil penderaan seks kanak-kanak.  Meskipun seseorang itu hanya mempunyai  keinginan seksual  terhadap kanak-kanak, walaupun tanpa menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia Berapa banyak kes kehilangan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia? Mengikut statistik ibu pejabat polis Bukit Ama...

MAKANAN TIDAK SEIMBANG PUNCA KANSER USUS- CIK AZZA POT PET.

MENCEGAH BARAH USUS Faktor genetik jka  anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik-beradik) menghidap kanser kolon  (kanser usus) pada usia sekitar 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun. Berdasarkan data diperoleh, individu berisiko tinggi dan mencapai usia 50 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi. RISIKO BARAH USUS Risiko mendapat kanser usus bagi lelaki dan wanita lebih kurang sama tetapi kanser yang menyerang bahagian rektum lebih banyak dihadapi wanita. "Menurut  Pakar Toksikologi Makanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmad Faizal Abdul Razis berkata, kanser usus boleh menyerang siapa sahaja". “Sikap masyarakat yang suka ambil ringan dan tidak peduli sesuatu simptom boleh memudaratkan. Misalnya, simptom najis berdarah. Ada beranggapan ia buasir dan selagi tidak menyakitkan, tidak mahu berjumpa doktor. “Sikap...

RAHSIA PEKERJA SHIFT TIDAK MENGANTUK SEPANJANG MALAM - CIK AZZA POT PET.

Berkerja shift,ya satu ketika dahulu cik azza hanya seorang pekerja kilang yang berkerja shift..memang penat kerja mengikut jadual la kan dari 7 pagi sampai 7 malam..bangun gelap balik pun dah gelap, Keadaan ini akan menyebabkan kita akan  berjaga ketika waktu tidur yang sepatutnya dan kemudian akan tidur pada syif akan datang kerana kurang mendapatkan rehat yang secukupnya.Rasa lemau sangat-sangat..hahaha Bekerja syif boleh menyebabkan tekanan dan keletihan, kerana badan memerlukan penyesuaian antara siang dan malam. Ini adalah salah satu isu-isu kesihatan mental yang berkaitan dengan kerja syif. Ia juga dikenali sebagai gangguan ritma harian. Para pekerja mudah menjadi perengus,cepat marah, dan mengalami kesukaran untuk fokus lalu menyebabkan perasaan mudah marah. Para pekerja syif juga akan mengalami keletihan. Pekerja berasa sangat penat dan kekurangan motivasi untuk melakukan aktiviti biasa harian mereka. Ia seperti penyusutun tenaga. Masalah gastrik seperti ras...

LUKA CZER CEPAT SEMBUH DENGAN SET BERPANTANG.

Bersalin secara pembedahan ataupun czer adalah lebih rumit penjaganya,apatah lagi jika jarak kehamilan dalam waktu terdekat.Bukan hanya seketika namun bertahun tahun untuk memastikan luka jahitan betul-betul elok. Ini kerana lapisan perut kita dipotonh berlapis-lapis dan luka dalaman yang kita sendiri tidak boleh nampak seperti bersalin normal Ramai yang bertanya bersalin czer nie perlu ke makan set berpantang?Bagi cik azza sendiri wajib tak kiralah anda bersalin czer ataupun normal,Kerana set berpantang secara tidak langsung akan membantu proses pemyembuhan luka dalaman yang kita alami dengan lebih cepat.Selain dari itu set berpantang akan membantu kita akan lebih bertenaga dalam masa kita menjalani proses berpantang. Jangan kita lupa bersalin normal ataupun czer tetap mengeluarkan  tenaga yang banyak dalam penjagaan berpantang ye. SET BERPANTANG UNTUK BERSALIN CZER SUPAYA LUKA CEPAT SEMBUH. Vitamin B Complex Dengan Asid Folik  Vitamin B Complex ...