Skip to main content

TIPS KEMPISKAN PERUT BUNCIT LELAKI DAN WANITA DENGAN BERKESAN.

Mempunyai tubuh yang sesuai dengan perut yang ramping sudah tentu menjadi idaman setiap orang. Namun, ketika perut membuncit, hal ini mampu menurunkan rasa keyakinan diri seseorang dan merosakkan penampilan hingga berisiko buruk bagi kesihatan.
Perut buncit bukan hanya mengganggu wanita, tetapi juga sebahagian lelaki yang mementingkan penampilan. Bagi mereka, perut buncit merupakan salah satu permasalahan yang sering dihadapi hingga akhirnya banyak orang akan terus mencari cara mengecilkan perut mereka.





Di zaman yang serba instant dan moden ini, pola hidup tidak sihat serta pengambilan makanan tinggi kalori dan lemak sering kali menyebabkan perut membuncit. Pelbagai jenis sukan hingga diet dijalani sering kali tidak membuat perut buncit lenyap begitu sahaja. Kurangnya aktiviti tubuh yang menyokong perkembangan perut semakin membesar. Seperti kelebihan berat badan atau obesiti.
Pada umumnya, obesiti disebabkan oleh pengumpulan lemak akibat pola makanan tinggi karbohidrat seperti pasta, roti, beras dan bijirin. Makanan yang mengandungi kolesterol tinggi perlu dielakkan atau dikurangkan pengambilannya. Kolesterol tinggi dalam darah datang daripada makanan yang mengandungi lemak tepu, berminyak dan juga mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi.
Ada beberapa jenis makanan yang sangat berbahaya untuk dimakan oleh pesakit kolesterol tinggi seperti belut dan daging lembu berlemak. Pengambilan lemak yang tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal yang cukup sangat menjurus kepada obesiti. Tanpa disedari kebanyakan orang yang lebih mementingkan rasa makanan yang dimakan berbanding kesan dan akibat yang bakal dialami.
Kebiasaan meminum alkohol akan menyebabkan lemak terkumpul kerana alkohol mengandungi kalori dan gula berlebihan. Individu yang mengambil alkohol berisiko terkena obesiti lebih besar berbanding yang tidak mengambil alkohol. Pengambilan alkohol akan meningkatkan pengambilan glukosa yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kemunculan pelbagai jenis makanan segera di sekitaran hidup mengandungi banyak kalori dan lemak tepu. Memang rasanya sedap dan menggoda selera makan sehingga makanan ini disukai banyak orang. Pada hal kalori dan lemak terkandung dalam makanan segera melebihi kuantiti diperlukan tubuh. Pemanis buatan dalam makanan segera tidak sepenuhnya dicerna oleh tubuh.
Pemanis buatan
Bakteria dalam usus besar cenderung memfermentasi bahan di dalamnya menjadi gas sehingga menyebabkan perut kembung. Makanan atau minuman bungkusan mengandungi pemanis buatan selalu menjadi kegemaran, bukan hanya bagi kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Makanan dan minuman .yang mengandungi pemanis buatan mampu menaikkan risiko obesiti dan perut buncit.
Pola makan yang buruk atau tidak teratur boleh mengubah lemak di perut lalu terkumpul dan nampak buncit. Tidur selepas makan juga menjadi berisiko besar untuk obesiti. Pada malam hari tubuh kita sedikit beraktiviti sehingga proses pencernaan pun tidak sempurna. Kebiasaan makan sebelum tidur akan melambatkan metabolisme tubuh. Pada masa tidur tubuh secara automatik tidak beraktiviti sehingga proses pencernaan tidak optimum dan terjadi penumpukan.
Perut buncit diakibatkan penumpukan lemak yang berlebihan di sekitar kawasan perut. Penumpukan lemak yang berlebihan yang tidak terkawal akan menambah berat badan yang berlebihan sehingga lebih mudah terdedah kepada obesiti.
Perubahan hormon turut erat dikaitkan sebagai faktor penyebab perut buncit. Hormon adalah pembawa mesej kimia yang menetapkan proses di dalam tubuh kita. Hormon juga menjadi salah satu faktor yang boleh menyebabkan obesiti. Hormon insulin, leptin dan hormon seks mempengaruhi nafsu makan, pengedaran lemak tubuh dan metabolisme.
Orang yang mengalami obesiti mempunyai kadar tertentu hormon yang membuat metabolisme menjadi tidak normal dan pengumpulan lemak tubuh. Hormon leptin dihasilkan oleh sel-sel lemak dan dirembeskan ke dalam aliran darah. Dengan kesannya yang mempengaruhi pusat-pusat tertentu pada otak, hormon leptin dapat menurunkan nafsu makan seseorang.
Hormon leptin juga bertugas mengawal tubuh dalam menguruskan lemak. Kadar leptin pada seseorang yang gemuk cenderung lebih tinggi daripada orang yang mempunyai barat badan normal. Golongan obesiti pula tidak lagi sensitif terhadap kesan leptin dan akibatnya mereka sukar merasa kenyang walaupun selepas makan.
Hormon insulin merupakan hormon penting tubuh dalam menguruskan karbohidat dan metabolisme lemak tubuh. Insulin merangsang penyerapan glukosa dari darah di dalam rangkaian seperti otot, hati dan lemak. Perubahan hormon seks lelaki dan wanita akan berpengaruh pada perubahan pengagihan lemak tubuh terutama pada wanita yang memasuki fasa menopaus yang mempunyai lebih banyak lemak di bahagian pinggul, paha, dan perutnya. Hal ini disebabkan penurunan estrogen.

http://Storyviral.sharethisstory.net/my-1308198-12380

Penyakit tertentu seperti sindrom turner dan gangguan tiroid juga boleh menyebabkan penurunan kadar estrogen ditambah lagi dengan metabolisme tubuh yang akan melambat secara semula jadi seiring usia bertambah.
Sebelum menopaus, estrogen utama yang dihasilkan tubuh seorang wanita adalah estradiol. Namun selama pramenopaus, badan wanita mula menjana lebih banyak estrogen dari jenis berbeza yang dihasilkan di dalam ovari dan lemak tubuh.
Walaupun mengecilkan perut buncit bukan perkara mudah, tetapi kita perlu berusaha mengatasi perut buncit kerana impaknya kepada kesihatan sangat besar. Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan dan mencegah terjadinya perut buncit.
Seperti pada pola makan, perhatikan makanan yang dimakan dan pengambilan kalorinya. Untuk meminimumkan lemak pada perut, perlu mengurangkan pengambilan kalori dalam badan. Pengambilan kalori sekurang-kurangnya 500-1,000 kalori per hari daripada jumlah keperluan.
Kurangkan karbohidrat dan mula mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan, produk susu rendah lemak dan protein tanpa lemak. Sayur-sayuran sudah tentu menjadi menu makanan sihat sehari-hari, apalagi bagi yang menjalani program diet. Mengambil sayur-sayuran yang mempunyai rendah kalori seperti kubis, terung, bayam dan seleri. Beberapa jenis buah-buahan dimakan sebagai makanan penurun beran badan seperti epal dan avokado.
Apabila mengambil makanan mengandungi banyak air, perut akan terisi banyak cecair sehingga membuat seseorang mudah berasa kenyang dan dapat mengurangkan pengambilan makanan harian dengan produk rendah lemak dan protein tanpa lemak.
Tuna adalah ikan yang dagingnya mengandungi sedikit lemak dan sedikit kalori tetapi dengan jumlah protein yang cukup besar. Dada ayam pula mengandungi sedikit lemak. Seperti halnya ikan tuna, dada ayam juga merupakan sumber protein yang sangat baik.
Protein adalah zat yang sangat baik yang boleh membuat seseorang merasa jauh lebih kenyang dan merasa kenyang lebih lama. Sehingga sangat sesuai bagi sesiapa yang sedang berusaha mengurangkan perut buncit.
Artikel Penuh:© Utusan Melayu (M) Bhd 



JOM DETOX DENGAN CIK AZZA:















Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar  Bandar Perda, Bukit Minyak, .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seberang Perai dan kawasan sekitar yang dipersetujui.

Bergantung kepada masa dan juga keadaan yang telah dipersetujui bersama.

I'am SHAKLEE Indenpendant Distributor
Azzatulazirah
Whatsapp :01132045363
SID : 1290815
Fan Page : Dunia Cantik
IG: @cintahati_shaklee
Face Book : Sutera azyra.




Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

Pengedar shaklee Malaysia(Pulau Pinang) Pengedar shaklee Online-CIK AZZA POT PET

Tiba-tiba terdetik nak perkenalkan diri walaupun dah ramai yang kenal(perasan la sat)hehehe. azza merupakan pengedar shaklee yang sah area Pulau pinang dan paling dekat adalah kawasan bandar perda,Seberang Perai,KPJ hospital,Bukit Minyak.. Kalau ada sahabat2 yang mencari suppliment shaklee dah perlukan konsultasi percuma boleh je whatsapp azza ye..insyallah azza akan membantu selagi terdapat,kalau azza tak dapat membantu insyallah azza kan mencari ikhtiar bersama2 dengan group rahsia azza ye.. azza dapat tahu ramai yang turut mencari maklumat berkenaan Stokis Shaklee kerana tiada Cawangan Shaklee yang ada di area mereka. Sebab itu azza nak share yang Shaklee Malaysia tidak mempunyai sistem Stokis. Kami hanya ada Cawangan Shaklee dan Pengedar Shaklee je.Produk Shaklee diedarkan melalui Shaklee Independent Distributor ini.   Sekiranya di area anda tidak terdapat Pengedar Shaklee, jangan risau sebab kami boleh buat Poslaju secara percuma :) Tapi kena la ingat y...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata. Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye. Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu. Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear.. Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti. APA ITU PAP SMEAR? ...

VITAMIN C MENIPU DAN MENGUBAH FIKIRAN MEREKA.

Kalau dulu bila sebut je Vitamin C Cik azza akan ingat semua vitamin hanya untuk selera makan je,apa tak nya bila anak sedara tak ada selera makan je mak akan suruh beli vitamin C,So kita pun Set dalam fikiran yang semua vitamin hanya untuk menambah selera makan je..hihihi Tapi bila dah tua nie muda la dapat kesedaran,mula la selidik kenapa la kita nie kena ambil vitamin c,apa kejadah la vitamin c nie..hahahaha,penting sangat ke vitamin c dalam badan kita?Kalau tak cukup vitamin c apa jadi?Reput sebelum usia ke? Badan kita amat memerlukan Vitamin C. Kenapa?   Vitamin C adalah vitamin jenis larut air dan fungsi utama sebagai antioksidan. Ia juga penting untuk kesihatan gigi, gusi, tulang dan kesihatan tubuh badan kita. Vitamin C sangat penting kepada tubuh tapi tubuh tak dapat hasilkan sendiri vitamin C. Maka, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan harian dan juga suplemen Badan kita  tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama ...

KENAPA MASIH BERFIKIR,HERBAL BLEND KRIM AJAIB.-CIK AZZA POT PET

SHAKLEE: TERIMA KASIH HERBAL BLEND . Tahu kenapa azza tiba-tiba cakap terima kasih pada krim ajib nie,sebab dia banyak bantu azza tiap kali nifail kena gigit nyamuk ,gatal-gatal atau pun luka-luka kecil.. Setiap kali balik kampung cik hubby akan cakap bawak balik krim tak..sebab nifail bila kena gigit nyamuk belum sampai 1 minit terus bengkak je kulit dia,kalau cikit-cikit tak kisah sangat,mau satu badan kadang2..nyamuk pun minat sangat dengan kulit nifail..hehehehe.. Jangan cakap anak je mak bapak semua guna..kira macam krim harian la.. alhamdulilah setiap kali sapu kesan bengkak akan hilang,tak ada bekas nak garu-garu.memang azza tak nafikan sejak guna herbal blend nifail jarang ada bekas-bekas parut akibat digigit nyamuk ke,ruam ke..memang best sangat lah. Kegunaan herbal blend Shaklee Membantu merawat eczema dan gatal-gatal gigitan serangga Melembutkan kulit yang kasar (di kawasan lutut dan tangan/siku) Memperbaiki kulit pecah (contohnya tumit kaki) Me...

"Blogwalking Time #August2018"

Assalamualaikum&Hai Blogger Gojes. Untuk kali ini jom join cik azza kita kenali sesama blogger.. Nak join klik la banner dibawah ini tau..

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...