Skip to main content

LELAKI KIAN RAMAI TIDAK SUBUR.



Kalau diikutkan sekitar dua atau tiga dekad lalu,kalau sebut je mengenai kesuburan lelaki hanyalah beberapa peratus sahaja dikaitkan dengan isu kesuburan.Dan penyebab utama adalah wanita.

Namun pada masa sekarang semua nie sudah berubah dan boleh dikatakan lelaki dan wanita mempunyai masalah hampir sama dan seimbang.Dan semua ini disebabkan beberapa faktor.

Kalau kita sebagai wanita memang akan menitikan beratkan masalah kesuburan antaranya langkah pencegahan mahupun rawatan awal.

Tidak pulak bagi pihak lelaki yang rata-ratanya terus menjeling ke arah isteri tetapi tidak pulak mahu menjalani rawatan kerana malu dan ada juga yang beranggapan hanya perkara remeh.

Menurut Pengarah Pusat Kesuburan Kuala Lumpur Datuk Dr Prashant Nadkarni masalah ini bukan lagi kurang tetapi tidak ada kesedaran langsung jika membabitkan isu lelaki.

Beliau juga berkata jika dilihat kembali pada awal 1990an hanya 15 peratus sahaja pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan dengan dan semuanya berpunca daripada masalah lelaki.

Namun semua ini telah berubah bila mana bilangan lelaki dan wanita sekarang yang tidak subur adalah sama rata dan semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah berpunca daripada gaya hidup kita sendiri seperti:

  • Merokok
  • Kegemukan
  • Pencemaran
"Sekarang ini ramai sangat lelaki gemuk tetapi mereka tidak sedar bila mana berat badan bertambah  buah zakar yang sebenarnya "Kilang" penghasilan sperma menjadi panas dan menyebabkan bilangan sperma menurun."

Faktor kedua adalah merokok dan  majoritinya perokok adalah  lelaki dan bayangkanlah betapa ia memberi kesan kepada kesuburan.Semua ini memberi kesan kepada kesuburan secara menyeluruh.Dan tabiat ini juga  memberi kesan kepada kualiti sperma namun kerap juga bilangan sperma menurun.

Ketiga mungkin menjadi kontroversi namun itu adalah hakikatnya iaitu pencemaran,
Paling mudah kita ambil hormon didalam air terawat,melalui sistem air kita dimana air yang kita minum akan menbawa kesan seperti estrogen yang mana mengurangkan kualiti sperma itu sendiri.

Kita perlu ingat para lelaki perlul lebih realistik dan terbuka untuk menerima hakikat bahawa mereka juga punca masalah kesuburan.

Jika diikutkan faktor seperti tindak balas estrogen dalam sistem air mungkin tidak dapat diubah tetapi tabiat merokok dan pemakanan boleh dikawal yang juga menjadi punca utama untuk lelaki.

Semua ini bukan mudah tetapi kita boleh mengubahnya "Berhenti merokok,kurangkan  berat badan,Kurangkan pengambilan teh tarik,Kawal Pengambilan susu penuh krim,makan makanan berkhasiat,jangan ambil alkohol,pasti masalah kesuburan akan beransur baik.

Banyak kali berlaku yang bila mana terdapat kesedaran dan selepas lelaki berhenti merokok serta amalkan pemakanan yang sihat isteri disahkan Hamil.

Selain daripada itu ubat ubatan dari farmasi juga akan dapat membantu untuk melebihkan sperma yang berkualiti dan biasanya ini akan diberikan oleh Doktor selepas melakukan ujian dan juga pemeriksaan.Ubat herba juga boleh diambil asalkan selamat dan mengikut preskripsi yang telah dibenarkan.

Namun apa yang membimbingkan adalah lelaki terlalu memandang rendah isu kesuburan dan apabila isteri mereka bagi ubat mereka akan diam-diam buang sebabnya ego?mungkin dan mungkin juga Degil untuk mengambilnya.

Terlalu mencabar untuk menimbulkan kesedaran kepada golongan lelaki walaupun bertahun-tahun mereka tidak dikurniakan cahaya mata dan doktor mengesahkan tiada masalah bagi pihak isteri barulah mereka tergerak untuk melakukan pemeriksaan.

Sedangkan benda ini mudah dan mereka hanya perlu mengambil Multivitamin yang mengandungi mineral,serta minyak ikan selain antioksidan.Dan itu sudah memadai.

Bagi pihak wanita pulak kalau dahulu mereka mungkin tidak peka mengenai kesihatan kesuburan seperti jangkitan.Namun sekarang mereka lebih peka dalam penjagaan kesihatan serta kebersihan menyebakan masalah kesuburan wanita kian berkurangan.

Masalah yang menjadi isu terhadap kaum wanita yang membabitkan kesuburan biasanya umur disebabkan berkahwin lambat dan sebagainya.Dan ini merupakan perkara penting bagi golongan wanita.
@sumbermetroahad.


Namun begitu, senaman dan pemakanan yang sihat boleh membantu anda untuk meningkatkan bilangan sperma. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma antaranya :

1. Buah pisang

Buah pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone (hormon sex lelaki). Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.

2. Coklat (Dark chocolate)

Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.
Menurut sebuah kajian dari The University of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. L-arginine juga boleh menyebabkan pengembangan salur darah (vasodilation), yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan seterusnya membantu dalam proses ereksi.

3. Bawang Putih

Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

4. Buah Delima

Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.
Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health
Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.
Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) dalam badan dan dapat meningkatkan quality sperma.

5. Daging (merah)

Daging mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. zink  juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.
Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

6. Kacang Walnut

Selain mengandungi arginine (lihat coklat), kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega guard 3(Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

7. Bayam

Terdapat banyak kandungan folic asid dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakn sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.

8.Salad buah

Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat menyerap kesemua nutrient yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus. Dengan menjadikan buah-bauahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 1000mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.

9. Telur

Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan Vitamin E dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.
Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negative radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, Vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.

10. Air kosong

Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.

Sperma Cacat dari Segi Fizikal nya


Sperma cacat



Supplement yang bantu bagi Sperma cacat Jadi KUAT, BERGERAK LAJU PANTAS

Bukti menunjukkan bahawa penyebab utama kemandulan lelaki (boleh diperbaiki) disebabkan oleh kekurangan nutrien. Penyelesaian semulajadi adalah dengan mengambil suplemen makanan yang boleh dikategorikan ke dalam 3 bidang utama: Antioksidan, Vitamin dan Mineral.

Supplement yang TERBAIK untuk bagi sperma normal, sihat dan bergerak pantas adalah :-



No automatic alt text available.




BAGAIMANA VITAMIN DAN MINERAL MEMBANTU KESUBURAN LELAKI?

ZINK– zink mempunyai sifat antioksidan yang mampu melindungi sperma daripada bakteria dan radikal bebas. Zink merupakan salah satu mineral penting untuk meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma. Pengambilan zink bersama asid folik mampu menggandakan kesihatan sperma anda.
VITAMIN C (antioksidan)- kajian menunjukkan pengambilan 1000mg vitamin C setiap hari mampu meningkatkan motilitas sperma 92% dan bilangan sperma sebanyak 100%.
VITAMIN E (antioksidan)- radikal bebas yang tinggi boleh merosakkan sel sperma anda jadi pengambilan antioksidan terbaik seperti Vitamin E dan C mampu melindungi sperma dari radikal bebas. Vitamin E juga mampu meningkatkan motiliti sperma dan kualiti sperma. Pengambilan 400UI Vitamin E bersama mcg Selenium setiap hari boleh meningkatkan motilitas sperma anda, meningkatkan bilangan sperma, meningkatkan hormon testosteron dan keinginan seks anda.
Coq 10–  Antioksidan yang boleh membantu meningkatkan motilitas sperma,kualti sperma dan kesihatan sperma.

Alhamdulilah ini sahaja perkongsian dari cik azza untuk semua dan jika ada yang tersalah silap cik azza mohon dimaafkan.

Jika anda ingin dan tidak mahu menunggu lama untuk mendapatkan set kesuburan ini anda boleh Wasap cik azza untuk dapatkan  SET KESUBURAN LELAKI@WANITA.

SHAKLEE Independent Distributor
Azzatulazirah(Cik azza)
ID:1290815
FB:sutera.azyra

Page:Dunia Cantik
Whatsapp:01132045363
Email:azl1za@yahoo.com

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Comments

POPULAR POST

TELAN SUPPLIMENT DAH BERLAMBAK TAPI JERAWAT MAKIN BERCAMBAH KENAPA?

TELAN SUPPLIMENT DAH BERLAMBAK TAPI JERAWAT MAKIN BERCAMBAH KENAPA? Hari nie cik azza nak bercerita sikit la,ada je kawan-kawan menrungut makan suppliment dah banyak macam-macam makan tapi jerawat sama je tumbuh bercambah-cambah makin meriah pulak dekat muka nie. Ok lah sebelum kamu membebel salahkan apa yang kamu ambil apa kata korang check dulu perkara dalam diri korang sendiri: Korang buang air besar macam mana?Ok ke atau seminggu sekali..OH NO!! Minum air banyak ke tidak?ke korang minum ais je. Period?regular atau tidak? Stress ke tidak,tak kisah lah tempat kerja ke dengan anak-anak ke tetap stress juga kan. Ok kalau jawapan korang semua diatas adalah lebih baik korang bagi tau cik azza kalau korang beli dengan cik azza la sebabnya cik azza kena tahu masalah korang sebelum nak suggest suppliment apa pun. Tapi kalau korang beli dekat pasar malam kena la tanya tuan penjual pasar malam,dia mungkin akan cadangkan yang mana terbaik.Kalau beli dekat lazada haaaa telefon ...

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

CARA MUDAH KURUS DAN BERKESAN TANPA BERLAPAR.

Bila bercakap mengenai kurus untuk yang telah mengetahui serba sedikit produk shaklee pasti akan cakap , "Cik azza saya nak order HERBALEX    kurus.?" Untuk yang mengenali cik azza mesti dah tahu kalau order sesuatu vitamin dari cik azza pasti akan ada sembang yang panjang disertai dengan leteran,Bukan leteran marah tau nasihat je..hihihi Cik azza tidak nafikan HERBALEX memang akan dapat kurus dan kempis perut tetapi cik azza kurus setuju jika hanya pengambilan  HERBALEX untuk kurus sambil bila-bila. "Eh dah kenapa pulak tak nak cadang HERBALEX sahaja kalau boleh kurus dan kempiskan perut." Ok jom baca sedikit apa yang cik azza akan cakap kan nie ye. Apa itu Herblax? Herblax ni memang favourite ramai orang. Macamana boleh tak favourite jika badan akan rasa  lebih ringan  selepas makan Herblax. Rasa cergas nak buat kerja. Macamana badan boleh jadi ringan lepas makan Herblax? Herblax adalah campuran herba terpilih terbaik dalam bantu  ...

KENAPA SIRAP MERAH HEBAT

Sebut je pasal VIVIX ramai dah kenal,kalau ada promosi cik azza memang bersilat depan laptop la nak submit order..Tahu ke kenapa? Sebab ramai dah tahu bertapa hebatnya VIVIX SI TONIK AJAIB.. Tahu ke kenapa VIVIX hebat? Vivix shaklee ini dihasilkan daripada tumbuhan iaitu anggur muscadine,purple carrot,european,elderberry dan polygonum cuspidatum dimana 4 bahan aktif ini kaya dengan polifenol Vivix juga merupakan supliment paling unik diantara supliment yang lain. Ramai orang dah tak fikir megenai harga bila sebut je mengenai VIVIX.Cer bayangkan duit penuh poket berkepok2 la orang kata nak beli apa pun sebut je tapi kalau dah kesihatan tak menentu seronok je duit banyak. Nak cakap banyak pun tak guna semua dah terbukti disini..Orang yang bijak akan membuat pilihan yang bijak kan.Insyallah. Testimoni pengguna vivix dan kesan positif. Derita jerawat bernanah kembali licin Bacaan Glucose mak akibat diabetes turun. Atasi masalah penapis buah pinggang ...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

CARA MUDAH CEPATKAN BUKAAN DAN SUPAYA MUDAH BERSALIN.

Bila bercakap mengenai bukaan ketika hendak bersalin memang ngilu je rasanya,walaupun anak dah 5 orang pun tetap terasa bagaimana seksa menunggu bukaan. Namun pengalaman cik azza melahirkan anak pertama dan kedua adalah sangat berbeza,anak sulung hampir 12 jam cik azza tahan sakit namun bukaan masih tetap 4cm.Mungkin juga kerana anak sulung kan,masa itu memang ilmu tidak cukup baca pun apa-apa yang penting je,Tak pandai tahu langsung bukaan-bukaan bagai. Tetapi ketika melahirkan anak kedua cahaya zuyyin Qalesya semuanya dipermudahkan oleh nya,tak perlu admit wad,masuk Labour Room selepas 15 minit terus keluar seketoi..hihihihi.. Alhamdulilah rupanya ada cara untuk cepatkan bukaan kan,Jom cik azza share sedikit info yang cik azza ambil dari rakanmedia.com. Bila anda sudah mula rasa sakit hendak bersalin, doktor akan periksa berapa CM bukaan anda. Selagi tak cecah 6 CM, anda tidak akan dibawa masuk ke  labor room . Sesetengah orang sekejap saja sakit sudah bersalin. Ad...

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho...

PENTINGNYA MINYAK IKAN UNTUK KANAK-KANAK - CIK AZZA POT PET.

Pernah tak terfikir untuk kuatkan sistem imunisasi anak-anak kita sebagai perlindungan untuk kesihatan mereka,Masa cik azza kecik tak pernah pulak ayah atau ibu cik azza bagi makan minyak ikan nie..maklum la orang kampung jarang terdedah dengan semua benda nie..Tapi kan..walaupun ayah cik azza tak pandai membaca dia akan beli juga vitamin untuk anak-anak dia siap minta dekat farmasi " Pak cik nak vitamin untuk anak pak cik" hahahaha Kepentingan untuk kanak-kanak dan Pelajar. Bila tiba je waktu nak periksa selalu la para mak-mak nie akan mencari vitamin untuk anak-anak lebih fokus dalam pelajaran dan meningkatkan sistem pertahanan anak-anak..Ibu bapa akan lebih tegas dalam memastikan prestasi anak-anak mereka dalam pelajaran perlu lebih cepat catch up orang cakap gitu haaaaa..Apa lagi tindakan kita untuk memastikan mereka lebih fokus dalam pembelajaran dan dalam masa yang sama tidak strees akibat beban belajar dan juga kesihatan yang terjamin ...

Peritnya angin dalam badan ketika hamil.-CIK AZZA POT PET

" Erkk..erkk..aduh banyaknya angin aku ni. Tak selesa rasa perut, kepala pun sakit,belakang sakit sangat menyucuk-nyucuk je..nak sapu minyak panas dekat perut kesian baby.. Nak tunggu babah balik lambat lagi..Tahan je sakit nie... Rasanya masalah angin dalam badan bukan sahaja menyerang ibu hamil kan..Tapi semua orang pernah merasainya..tahu tak setiap orang akan mengeluarkan antara satu hingga  empat liter gas setiap hari dan mengeluarkan gas kira-kira 14 hingga 23 kali sehari. Masalah angin ketika hamil adalah suatu perkara normal bagi ibu hamil.Pedih ulu hati adlah salah satu simptom angin dalam badan ini berpunca dari pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophagus.Namun begitu ia tidaklah bahaya kepada bayi dalam kandungan. Mengapa badan akan menghasilkan lebih banyak angin semasa mengandung? Ini kerana kadar progesteron dalam badan ibu meningkat jauh lebih tinggi ketika hamil berbading normal. Semakin kehamilan itu meningkat usianya, ra...

MUDAH HAMIL DENGAN MENGAMALKAN TIPS INI.

Assalamualaikum,Hari ini cik azza hendak berkongsi beberapa tips kepada anda yang tengah pening memikirkan cara macam mana lagi untuk hamil dengan cepat.Disamping hendak menjawab mulut mak cik2 bawang kan. Sumber dari mana cik azza ambil pun dari google juga dan hanya berkongsi mana la tahu ada yang sesuai dengan anda.Sama juga cik azza masa hendak hamil pun google juga tau,bukan apa untuk kita juga kan bukan untuk orang lain,selaim dari berserah dan bertawakkal kepada yang esa. Waktu terbaik untuk melakukan Hubungan Seksual. Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi).  Bila dan bagaimana untuk   mengetahui waktu subur   anda?  Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda.  Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 2...