Skip to main content

Bagaimana wanita ini hamil selepas mengamalkan Set Kehamilan Shaklee


TESTIMONI 4 : SHIMA ZAINAL

HAMIL ANAK PERTAMA SELEPAS DUA BULAN AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE
Seperti pasangan suami isteri yang lain, kehadiran zuriat adalah sangat dinanti-nantikan selepas berkahwin. Begitu juga dengan saya, Noor Hasyimah, dan suami, Mohd Syarikin.
Kami bernikah pada Disember 2011. 3 tahun kami menanti, sebelum dikurniakan anak pertama kami. Macam-macam dugaan kami lalui dan tempuhi bersama. Pelbagai usaha kami lakukan supaya saya dapat hamil. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi inspirasi dan motivasi serta semangat pada mereka yang sedang berusaha untuk hamil seperti kami dahulu.
Ini cerita kami.
.

Sebenarnya di awal usia pernikahan kami, saya disahkan hamil. Iaitu seawal bulan kedua pernikahan. Seperti pasangan lain, kami tidak menyangka sebegini cepat saya akan hamil. Namun bersyukur dan gembira dengan amanah yang Allah berikan ini. Saya tidak mengalami sebarang morning sickness. Tidak muntah-muntah, loya. Tiada masalah masa tu. 
.

Namun, apabila masuk minggu ke-8, saya mengalami masalah discharge. Saya terus rujuk ke salah satu klinik swasta disini. Doctor scan dan masa tu heartbeat janin sudah pun mula kelihatan. Alhamdulillah, tiada masalah lain masa tu. .
Doctor kata, discharge adalah masalah biasa. Doctor berikan ubat untuk menguatkan rahim. Saya makan, namun perancangan Allah Maha Hebat. Di saat usia kandungan hampir mencecah 12 minggu, saya bleeding. Kali ini saya terus ke hospital pakar. Apabila scan, doctor sahkan janin dah tak ada dan saya mengalami miscarriage. Ukuran janin di dalam rahim saya tidak seperti 12 minggu. Ukurannya seperti 8 minggu sahaja. Lalu kami membuat keputusan untuk “cuci” (DnC). 
.

Kami redha dengan ketiadaan rezeki untuk kali ini. Sedih, memang sedih. Tapi kami redha dan teruskan usaha. Sahabat saya memperkenalkan saya dengan product Shaklee. Pada asalnya sukar juga untuk saya percaya sebab saya berfikir, “bagaimana ubat ni boleh buat saya hamil? Hamil kan kuasa Allah?”. Namun, saya tetap mencuba. Bermula dengan saya sendiri, pada tahun 2012. Saya amalkan ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, GLA Complex.
.

Bila hati tidak yakin, bila hati tidak bersungguh-sungguh, maka saya pun seakan endah tak endah saja mengamalkan supplement Shaklee. Saya culas, saya selalu skip (tak consistent). Selama 2 tahun lebih saya ikhtiar mengamalkan supplement Shaklee seperti itu, selain dari ikhtiar yang lain.
.

Apabila usia pernikahan kami mencecah hampir 2 tahun, kami bercadang untuk merujuk pakar. Pelbagai pemeriksaan kami lakukan. Doctor periksa ovum saya, tube saya, rahim saya. Doctor juga periksa keadaan sperma suami saya. Apabila keputusan keluar, doctor kata kami tiada masalah serius. Justeru, doctor menyarankan kami mengamalkan vitamin. Doctor menerangkan bagaimana vitamin tu bertindak, terutama untuk suami. Doctor menyarankan Vitamin E dan Zinc untuk suami, asid folic dan protein untuk saya. 
.

Menurut doctor, ovum dan sperma memerlukan nutrisi secukupnya supaya dapat berfungsi dengan baik. Contohnya Vitamin E yang dapat membantu menyokong pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan sperma. Dan isteri perlu cukup nutrisi protein supaya rahim kuat dan sel juga sihat. Apabila nutrisi mencukupi, barulah senang untuk ovum dan sperma dapat disenyawakan.
.

Maka kami pun bertambah yakin dan tekad. Kami consistent amalkan supplement Shaklee, tidak seperti sebelum ini. Kami tak culas. Hari-hari saya ingatkan suami untuk makan supplement. Masa tu ada lagi Zinc Complex. Suami amalkan Vita-E Complex dan Zinc Complex Shaklee. Saya meneruskan supplement saya sebelum ini (ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, dan GLA Complex). 
.

Kali ini kami yakin, kami faham bagaimana supplement membantu mereka yang inginkan zuriat. Saya juga menggunakan ovulation kit untuk mengetahui bila waktu subur saya. Ini kerana doctor juga ada menerangkan bahawa tempoh kesuburan wanita hanyalah 24 jam. Jadi, kemungkinan untuk persenyawaan berlaku pada masa itu adalah lebih tinggi. 
.

Alhamdulillah, selepas 2 bulan berusaha (tahun 2014), saya disahkan hamil anak pertama kami. Semasa kehamilan, saya tidak mengalami sebarang masalah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dan tanggal 28 Februari 2015, lahirlah Muhammad Syafi Aisy, putera sulung kami. Dilahirkan dengan berat 3.68 kg (subhanallah…), secara normal. 
.

Dan dengan izin Allah jua, tidak lama selepas itu, saya disahkan hamil anak kedua kami. Nur Syafaa Ayra, nama diberi untuk puteri kami. Dilahirkan pada Hari Raya Haji 1437H, 12 September 2016. Seberat 2.99 kg, juga secara normal.
.

Kami bersyukur dengan nikmat Allah berikan ini. Allah uji kami di awal usia pernikahan kami. Namun kami tak pernah putus semangat dan terus berusaha. Saya pernah je menangis bila dapat tahu kawan saya hamil, padahal mereka kahwin selepas saya. Namun masa tu, cepat-cepat saya solat dan berdoa, moga Allah menjaga kandungan kawan saya, dan jangan biarkan mereka merasakan pengalaman seperti saya. Memang benar, apabila kita mendoakan orang lain, in shaa Allah, Allah berikan yang terbaik untuk kita.
.

Sahabat-sahabat semua yang sedang mengalami apa yang pernah saya alami sebelum ini, nasihat saya hanya satu. Sabar. Allah memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar. Yakinlah akan ada hikmah menanti. Nikmatilah kegembiraan bersama pasangan anda. Teruskan usaha, teruskan berdoa. Banyakkan bersedekah, mengeluarkan zakat. In shaa Allah, Allah pasti makbulkan doa anda.
.

Dan sebagai ikhtiar, cubalah amalkan supplement Shaklee secara consistent (makan hari-hari, jangan miss). Pastikan anda yakin dan jangan ragu-ragu. Teruskan momentum positif. In shaa Allah, rezeki itu milik anda.
.

Inilah #ShakleeEffect kami.

Comments

POPULAR POST

TELAN SUPPLIMENT DAH BERLAMBAK TAPI JERAWAT MAKIN BERCAMBAH KENAPA?

TELAN SUPPLIMENT DAH BERLAMBAK TAPI JERAWAT MAKIN BERCAMBAH KENAPA? Hari nie cik azza nak bercerita sikit la,ada je kawan-kawan menrungut makan suppliment dah banyak macam-macam makan tapi jerawat sama je tumbuh bercambah-cambah makin meriah pulak dekat muka nie. Ok lah sebelum kamu membebel salahkan apa yang kamu ambil apa kata korang check dulu perkara dalam diri korang sendiri: Korang buang air besar macam mana?Ok ke atau seminggu sekali..OH NO!! Minum air banyak ke tidak?ke korang minum ais je. Period?regular atau tidak? Stress ke tidak,tak kisah lah tempat kerja ke dengan anak-anak ke tetap stress juga kan. Ok kalau jawapan korang semua diatas adalah lebih baik korang bagi tau cik azza kalau korang beli dengan cik azza la sebabnya cik azza kena tahu masalah korang sebelum nak suggest suppliment apa pun. Tapi kalau korang beli dekat pasar malam kena la tanya tuan penjual pasar malam,dia mungkin akan cadangkan yang mana terbaik.Kalau beli dekat lazada haaaa telefon ...

MAKANAN TIDAK SEIMBANG PUNCA KANSER USUS- CIK AZZA POT PET.

MENCEGAH BARAH USUS Faktor genetik jka  anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik-beradik) menghidap kanser kolon  (kanser usus) pada usia sekitar 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun. Berdasarkan data diperoleh, individu berisiko tinggi dan mencapai usia 50 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi. RISIKO BARAH USUS Risiko mendapat kanser usus bagi lelaki dan wanita lebih kurang sama tetapi kanser yang menyerang bahagian rektum lebih banyak dihadapi wanita. "Menurut  Pakar Toksikologi Makanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmad Faizal Abdul Razis berkata, kanser usus boleh menyerang siapa sahaja". “Sikap masyarakat yang suka ambil ringan dan tidak peduli sesuatu simptom boleh memudaratkan. Misalnya, simptom najis berdarah. Ada beranggapan ia buasir dan selagi tidak menyakitkan, tidak mahu berjumpa doktor. “Sikap...

KOLEKSI DOA UNTUK ANAK-ANAK- CIK AZZA POT PET.

Lari dari tajuk malam nie cik azza terdetik nak berkongsi koleksi doa yang selalu cik azza amalkan dan ajar Nifail Rizqin..Bila ibu atau ayah dah bermula setiap hari insyallah anak- anak akan ikut.. Apa yang cik azza perasan bila mengajar nifail walaupun masih dalam speech therapy..Tiap kali adik dia bersin dah boleh cakap "ALHAMDULILAH",kadang2 kita pun terlupa..hihihi Naik MOTOSIKAL BISMILAHIROHMANIROHIM,Untuk permulaan apa salahnya kan..Jom tengok koleksi cik azza dan sila la simpan kan. Bukan hanya untuk anak-anak tetapi ibu bapa juga boleh amalkan kerana terdapat juga doa untuk ibu bapa. Koleksi lagu hindustan,dangdut,balada semua boleh save tak kan untuk anak2 tak boleh kan.. SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR CIK AZZA FB :Sutera azyra Hubungi : 01132045363 Email :azl1za@yahoo.com Cik azza buat pos ke seluruh malaysia serta shakl...

Testimoni Ostematrik

Testimoni Ostematrik

PENGEDAR SHAKLEE PULAU PINANG ( SEBERANG PERAI ) CIK AZZA POT PET.

PENGEDAR VIVIX PULAU PINANG. Cik azza merupakan Shaklee Indendent Distributor yang ingin berkongsi dengan sahabat semua mengenai kebaikan produk shaklee,cik azza hampir 2 tahun mengunakan vitamin shaklee kiranya semenjak cik azza kenal dengan ESP tersayanglah cik azza boleh terlajak cantik gitu...hahahaha Sebelum ini cik azza berkerja di sektor perkilangan(minah kilang je) hampir 10 tahun juga la,tapi sekarang cik azza dah jadi suri rumah sepenuh masa sebabnya kenapa??? Sebab shaklee banyak membantu cik azza dari segi menjana pendapatan walaupun duduk dirumah sahaja..kelas gitu..Alhamdulilah berkat cik azza konsisten vitamin dari segi pengambilan dan juga pemakanan akhirnya memberi kesan yang positif. Semua itu juga berkat dan dengan izin allah S.W.T alhamdulilah. VIVIX SI TONIK AJAIB Oopppssss belum habis lagi nie,untuk kali nie cik azza nak beritahu jika sahabat semua mencari VIVIX sekitar Seberang perai,Bukit mertajam,Bandar perda sahabat semua ...

SAKIT BAGAI DIHIRIS-HIRIS KETIKA CZER BERSALIN.

TESTIMONI 15: NURUL AZIYANA . [LUKA CZER SEMBUH DENGAN CEPAT SELEPAS AMALKAN VIVIX] . Assalamualaikum saya Nurul Aziyana, pengguna Shaklee sudah hampIr 4 tahun. Saya nak kongsi kisah bagaimana Vivix sangat membantu saya ketika berpantang bersalin secara pembedahan. Untuk kelahiran yang kedua ni baru saya guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee. Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech. . Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua. Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu. Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya saya allergic pada banyak ubat. Bil...

KEPUTIHAN AKAN MENYEBABKAN FARAJ TERSUMBAT DAN SUKAR HAMIL

Assalamualaikum adik kakak abang semua,azza?? alhamdulilah sihat anak-anak pun sihat,  Hari ini entah kenapa azza teringat seorang kawan yang mengalami masalah keputihan namun masih belum terbuka hati untuk berubat..Kerana katanya jika suami sayang mereka akan terima seadanya.. Tapi jika kita sayangkan suami jom la ikhtiar,ditambah pula jika masih belum dikurniakan cahaya mata. Sebagai wanita kita tak akan pernah lari daripada mengalami keputihan tidak kira la semasa hamil ataupun tidak hamil,sudah berkahwin ataupun masih bujang. Penyakit keputihan merupakan suatu klasik yang dialami oleh semua wanita,namun hanya gejala dan komlikasi penyakit sahaja akan membezakan mengikut individu dan tahap kesihatan masing -masing. Keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita,cuma yang membezakannya adalah dari segi serius atau tidak sahaja. Keputihan berpenyakit biasanya berwarna kuning pekat dan kehijauan ,bau yang busuk dan gatal...Dannnn yang paling teru...

NENEK UMUR 70AN MATA CANTIK SEPERTI 20AN - CIK AZZA POT PET.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3 TESTIMONI 44: SABARIAH ABDUL RAHMAN [DAH TAK PERLU PEMBEDAHAN KATARAK SELEPAS AMALKAN MEGADOSE DAN CAROTOMAX] . Assalamualaikum dan salam sejahtera. . Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017. . Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat. . Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak. . Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. Saya juga masih ...

LUKA BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN CEPAT SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN DAN VITAMIN SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t. Saya Nurainy bte Md Jali merupakan ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Ammar Izzariel bin Mohamad Izat. Kisah Anie jatuh hati dengan Shaklee bermula selepas lahirkan anakanda tercinta. . Semasa dalam tempoh berpantang hari yang kesembilan, Anie diduga mengalami pendarahan pada luka pembedahan. Setiap pergerakan menyebabkan darah keluar daripada luka jahitan tersebut. Risau keadaan menjadi lebih serius, suami Anie pun membawa ke hospital. Hasil pemeriksaan doktor, tiada apa-apa yang serius dan minta supaya Anie pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk cuci luka tersebut pada setiap hari selama seminggu. . Setelah hampir seminggu masih lagi terdapat darah yang keluar dari luka tersebut tetapi hanyalah sedikit sahaja. Walaupun sedikit Anie tetap risau. Mulalah mencari penawar untuk luka sembuh. Selepas banyak yang Anie jumpa dalam Google, Anie buat keputusan untuk membeli Vita-Lea, ESP dan Sustained Released Vita-C Plus. Bermula dari kisah itu A...

CARA MENGATASI KEPUTIHAN-CIK AZZA POT PET.

Hi selamat petang semua,sihat ka,lama noh cik azza tak melawat hampa semua..Cik azza??? Sihat je alhamdulillah. Cik azza nak cerita sikit la pasal keputihan,Kita wanita mesti tak lari dari keputihan termasuk lah cik azza sendiri. Semalam cik azza dapat call dari seorang perempuan mengatakan dia mengalami keputihan yang hijau apple dan MISS V dah start gatal. keputihan nie benda yang normal,namun bila bila dah warna serta gatal dia kan menjadi sesuatu yang tidak normal.Keputihan berperanan sebagai PEMBERSIH didalam sistem pembiakan wanita. "BILA DAH GATAL JANGAN CAKAP LA KAN GATAL DIA TAHAP MACAM MANA' Keputihan adalah cecair atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita.Selalunya keputihan nie berwarna kelabu keputihan dan jika telah berubah ke arah warna lain contohnya wrna kekuningan dan hijau itu dikhuatiri sudah dijangkiti kulat dan ianya dikatogeri serius .Dan paling teruk jika keputihan berketul dan berkeping-keping. Keputihan ya...