Skip to main content

BENTAN AKIBAT MELANGGAR PANTANG .

Teringat arwah Mertua cik azza pernah pesan dulu Azah jangan jalan laju sangat nanti bentan.
Mak cik azza sendiri pun pernah pesan tapi kasaq cikit la.."Haaaaa jalan la laju lagi sat Bentan jenoh".
Ada beza kan mak mertua dengan mak sendiri..hahahahaha Sebenarnya tak ada beza pun semua orang tua akan berpesan sebabnya diorg sayang kita tak nak kita sakit dan menyesal kemudian hari.




Kalau bahasa kampung kita panggil bentan tapi kalau bahasa doktor diorg akan panggil Komplikasi dalam tempoh berpantang.Pada zaman moden nie ramai sebenarnya kita yang tak percaya semua benda remeh nie bagi mereka dunia sudah moden dan ada ubat.

Apa benda Bentan nie kan?
Bentan bermaksud badan kita akan sakit semua dalam tempoh kita berpantang dalam 44 hari tidak kira la hari keberapa pun ada yang kena awal berpantang ada yang kena waktu akhir berpantang dan ada juga yang mengalaminya derita bentan selepas berpantang.


JENIS-JENIS BENTAN.
  • Bentan Urat - Bentan paling glamor ada juga yang terselamat walaupun buat kerja dari A hingga Z tapi jangan bangga nah sekali terkena bentan korang nak bangun pun susah .Badan rasa lemah je  lemau je ,urat-urat badan rasa bisa menyucuk nyucuk sakit sendi.Paling senang korang sejuk mengigil walupun hari panas.
  • Bentan Urat Peranakan sakit pada bahagian ari-ari yang sederhana atau mungkin terlalu kuat sehingga mengakibatkan terjadi tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki, jatuh terduduk atau terhempas semasa dalam pantang yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.
  • Bentan Urat Besar(Bahagian Pinggang)- Biasanya terjadi kepada wanita yang bersalin czer atau orang kata bersalin kot tingkap,wanita yang sebegini dinasihatkan lebih dan lebih berhati hati kalau hendak berdiri atau berjalan jangan tergopoh gapah slowly jangan gelojoh.

TIPS ELAKKAN BENTAN CARA TRADISIONAL.

  • Pakai baju panas- Elok la sentiasa pakai baju panas dan berlengan panjang jangan bagi angin masuk orang kata.
  • Berstokin sepanjang masa- Walaupun rimas panas kaki berpeluh je tahan la nah untuk kesihatan kita jugak kan.
  • Jaga pemakanan - Yang nie semua kita tahu kan,dalam berpantang sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat,selain makanan jangan abaikan vitamin kerana semua ini penting untuk tubuh badan kita ambilah vitamin yang tinggi dengan iron dan vitamin B bagi membantu penghasilan sel- sel darah yang banyak hilang semasa proses bersalin. Elakkan makanan yang ‘berbisa’ pada rahim,tajam, berangin dan bersifat sejuk seperti kangkung dan kacang panjang. Jangan lupa untuk makan set pantang mengikut aturan yang telah ditetapkan.
  • Bertungku - Perkara yang memang orang ramai tidak suka,malas nak buat sebabnya panas nak angkat batu berat lah konon kan.Tahu tak bertungku baik untuk keluarkan darah-darah beku dari dalam badan.
  • Mandi dengan air suam - Elok jika mandi dengan mandian herba-herba sekarang nie banyak dah kemudahan banyak mandian herba dijual dalam pasaran tetapi jangan tersalah pilih.

BERPANTANG DENGAN VIVIX TONIK MERAH.

1.Vivix adalah sumber anti-oksidan dan mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi membantu dalam penyembuhan luka pembedahan ibu-ibu.
2. Vivix juga membantu dalam membaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA lagi. Ia akan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat dan panjang jangka hayatnya. Jadi, luka kita yang kita tak nampak tu akan cepat sembuh dengan Vivix (dengan izin Allah jua)
3. Dalam kandungan vivix juga, terdapat penjana tenaga yang dipanggil Mitochondria. Mitochondria membantu memberi tenaga yang ibu-ibu perlukan semasa berpantang. Sebab itulah ibu yang ambil Vivix semasa berpantang nie cepat sihat dan bertenaga!
4. Disebabkan vivix nie membantu dalam melambatkan proses penuaan dalam badan kita, ibu berpantang yang mempunyai kulit kusam dan tak bermaya, menjadi bertambah cantik berseri. Orang yang tengok pun tak percaya yang ibu baru lepas bersalin dan masih lagi berpantang.
sumber: syuamir




CARA 1

Anda boleh sahaja terus klik VIVIX  dan membuat pembelian terus dengan shaklee.Seterusnya penghantaran akan dibuat melalui GDEX@CITYLINK terus kealamat yang telah anda tetapkan.

CARA 2

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi mengenai set mana yang bersesuaian dan tepat untuk anda,tips serta cara pengambilan yang betul hanya apabila anda membuat pembelian melalui saya.Penghantaran sekitar KPJ Hospital bandar Perda,Bukit Minyak dan Seberang Perai.
.
CARI CIK AZZA?

Whatsapp : 01132045363
FB Page : Dunia Cantik

Comments

TAJUK VIRAL

Peritnya angin dalam badan ketika hamil.-CIK AZZA POT PET

"Erkk..erkk..aduh banyaknya angin aku ni. Tak selesa rasa perut, kepala pun sakit,belakang sakit sangat menyucuk-nyucuk je..nak sapu minyak panas dekat perut kesian baby..
Nak tunggu babah balik lambat lagi..Tahan je sakit nie...

Rasanya masalah angin dalam badan bukan sahaja menyerang ibu hamil kan..Tapi semua orang pernah merasainya..tahu tak setiap orang akan mengeluarkan antara satu hingga 
empat liter gas setiap hari dan mengeluarkan gas kira-kira 14 hingga 23 kali sehari.

Masalah angin ketika hamil adalah suatu perkara normal bagi ibu hamil.Pedih ulu hati adlah salah satu simptom angin dalam badan ini berpunca dari pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophagus.Namun begitu ia tidaklah bahaya kepada bayi dalam kandungan.







Mengapa badan akan menghasilkan lebih banyak angin semasa mengandung?
Ini kerana kadar progesteron dalam badan ibu meningkat jauh lebih tinggi ketika hamil berbading normal.

Semakin kehamilan itu meningkat usianya, rahim akan semakin membesar dal…

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah.. 



Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tempat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak.Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat hospital..Kiranya penjagaan pa…

BENGKAK KAKI (EDEMA) TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG.

Antara punca utama bengkak kaki dikalangan warga emas yg berumur 60 tahun ke atas ialah pembuluh darah yg kurang berfungsi dgn baik. Pembengkakan kaki/edema terjadi akibat pengumpulan cecair (yg terperangkap dalam tisu) atau kecederaan tisu/sendi.

Pembengkakan kaki/edema yg dihasilkan oleh pengumpulan cecair dalam tisu dikenali sebagai perpheral oedema. Antara puncanya adalah :
Kegagalan ginjal/buah pinggangPenyakit jantungPembuluh darah kurang berfungsi Sistem limfa yg tersumbatPenyakit buah pinggangUbat tahan sakitUbat-ubatan utk rawatan kemurungan, diabetes & darah tinggiDuduk atau berdiri terlalu lamaDarah beku dibahagian kakiPembengkakan kaki akibat kecederaan sendi atau tisu biasanya sakit & mungkin disebabkan oleh : Tendon Achilles yang terputus/cederaKoyakan ligamen pada lututPatah tulang kaki,betis atau buku laliPenyakit GoutOsteoarthritisRheumatoid ArthritisLutut yang terseliuhBAGAIMANA EDEMA BOLEH TERJADI?
Sebenarnya ramai mengalami edema terutamanya mereka yang ada mas…

TANDA RAHIM WANITA JATUH YANG MENJADI PUNCA KESUKARAN UNTUK HAMIL

Assalamualaikum.. Pernah dengar cerita pasal rahim jatuh?Selalunya berlaku kepada ibu yang baru lepas bersalin Ada tak ibu-ibu pernah periksa? Yang belum berkahwin pun boleh periksa tau..
Masalah rahim jatuh ini amat bahaya sekiranya tidak dirawat seawal mungkin.


Punca-punca rahim turun
Jatuh terhentak yg kuatAngkat benda yg beratTidak berpantang dengan baik selepas bersalin

WASPADA BAHAYA DARAH TINGGI SELEPAS BERSALIN.

Ibu mengandung selalu ambil berat bahaya darah tinggi sebelum bersalin. Selepas bersalin mereka jarang untuk selalu periksa tekanan darah kerana beranggapan tekanan darah selepas bersalin pasti akan normal. Dulu darah tinggi kerana mengandung sahaja. Selepas bersalin , kita digalakkan untuk berpantang dan tempoh berpantang kita juga kena pastikan kita makan makanan berkhasiat, berzat untuk pastikan tekanan darah kita stabil.



Bahaya Darah Tinggi Selepas BersalinIni mungkin kesan sampingan suntikan epidural atau anestesia spina, dan anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk bila anda duduk atau berdiri. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-eklampsia, bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya. Tekanan darah tinggiTekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Tek…