KEK PANDAN MUDAH GILER.

Hari ini punya cerita..Sebenarnya Nifail(anak sulung cik azza) memang suka sangat mintak kek,dia suka sangat makan kek tak kisah lah kek apa pun,apom ke,janji rupa macam kek memang dia suka.

Kalau nak di ikutkan nie dah masuk 3 hari dia mintak cik azza buat kek,Tapi asyik tangguh je sebabnya bukan ummi malas tapi kena ada mood nak buat kek,Al maklum lah ummi kan pakar giler dalam bab bake2 nie.

Ok hari nie dengan mood yang baik sebab ayah bawa ummi pergi ECO..hahahaha.

Seronok juga buat kek dengan anak2 walaupun dapur bersepah macam buat kek 10 biji tapi dari diorang mengadap Tablet,Ipad tak salah kan luangkan masa layan diorg.

Kadang-kadang kita ibu bapa terlupa bila masa luka kan hati anak kan,tak sedar dera anak2 dalam diam.

Ok lah jom ummi share Resepi kek pandan campak.

3 Biji Telur
1/4 Cawan Minyak
1/4 Cawan Susu Cair
1/2 Cawan Gula
1 SDM Ovalette
1 SDT Esen Vanilla
1 SDT Perisa Pandan
1/2 SDT Pewarna Hijau.

*Blend semua bahan diatas

Chef cilik cik azza

Dah siap masukkan dalam bekas,masukan 1 Cawan Self Raising Flour( Tepung naik sendiri) dekat kedai banyak boleh cari lepas itu pilih nak jenama apa ye.Gaul biar sekata semuanya.Dah siap? Boleh la kukus dalam 30-35 Minit sampai la masak.Macam mana nak tahu masak ke tidak?selalunya cik azza ambil lidi lepas 2 cucuk tengah kek,kalau tak ada yang melekat kiranya dah masak la 2.




Okeh dah siap...BYE2.

*Eh kenapa tak hijau pandan?sebabnya warna pandan dah habis..hahaha
perisa je ada..




Comments