Skip to main content

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata.

Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye.

Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu.
Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear..

Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi
Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti.


Image result for pap smear


APA ITU PAP SMEAR?


Pap smear (juga dikenali sebagai ujian Pap) adalah prosedur pemeriksaan untuk mengenalpasti risiko kanser pangkal rahim. Ia menguji kehadiran sel-sel kanser atau pra-kanser pada bukaan serviks. Ia mendapat nama ini sempena nama seorang doktor – Georgios Papanikolaou (Pap), yang menetapkan bahawa ini adalah satu cara yang sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda kanser pangkal rahim.

Ingat lagi masa cik azza bertanya kepada klinik Boleh ke buat Pap Smear?Nurse akan terang dulu sebelum itu tau apa itu Pap Smear Bla..bla..bla..bla..
Dan nurse akan bagi tau kalau nak buat Ujian nie Kita tak boleh:-

1. Melakukan seks
2. Menyembur kawasan vagina
3. Menggunakan tampon
4. Menggunakan krim vagina

Lepas bagi semua penerangan nie apa lagi ambil la tarikh,cik azza senang ambil sekali date masa check up atau time imunisasi untuk anak,buat sekali terus tak payah nak ambil cuti banyak kali.



BAGAIMANA PAP SMEAR DILAKUKAN?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Memang tak sakit ikhlas cik azza cakap,sakit lagi tahan contraction bersalin tau.
Lagi satu cik azza pesan elok la kalau korang buat dekat klinik yang korang dah biasa pergi.Cik azza buat dekat klinik kerajaan je lah..Klinik masa check up mengandung ,senang dah kenal semua nurse..Lagipun yang buat tu Nurse senang kan perempuan, tapi bukan semua nurse boleh buat ada la prosedur diorang.


BERAPA LAMA KEPUTUSAN KELUAR?

Lepas je buat semua pemeriksaan Nurse akan beritahu keputusan keluar dalam seminggu,Kalau ada masalah selepas result keluar diorang akan telefon dan kalau tak ada masalah diorg tak akan telefon.

Tetapi cik azza ada je cakap kalau ada masalah atau tidak boleh tak telefon saya.So diorang akan record la semua tu.Alhamdulilah dalam masa lebih kurang seminggu dapat col dan keputusan semua baik..Alhamdulilah.
Tunggu next year punya Pap Smear pulak.


PENTINGNYA PAP SMEAR KEPADA WANITA ??
Dari ujian Pap Smear yang dijalankan, doktor dapat mengesan polip dan jangkitan yang dipelorehi dari sel servik. Pengesanan awal ini dapat membantu mengesan sel-sel yang berpotensi membentuk kanser dan membuat rawatan awal bagi menghalang sel kanser dari merebak serta peluang untuk sembuh adalah cerah.
Wanita yang tidak pernah menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser servik kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian Pap Smear boleh mengesan dan mencegah terjadinya kanser. Kebanyakkan wanita Malaysia sukar untuk menjalankan ujian ini atas dasar faktor MALU dan inilah yang menjadi penyumbang kepada penyakit kanser yang kebiasaaanya berada pada tahap 3 atau 4.
Sebab itu pentingnya ujian Pap Smear ini dilakukan oleh para wanita di Malaysia.. Cegah sebelum ia terjadi dan merebak.
Bertindak segera!..
Peringatan Buat Semua Wanita !!!
Dah habis dah jika ada terkurang apa2 boleh komen jangan kecam cik azza pulak.hehehehe.
=================================================
=================================================
HUBUNGI CIK AZZA JIKA ADA MASALAH BERKAITAN KEPUTIHAN ATAU KEWANITAAN
ATAU BAGI MENGELAK KANSER UNTUK WANITA,
Cik azza (Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia)
01132045363.

Comments

  1. Ujian yang hanya beberapa minit mungkin dapat mengelak menanggung keseksaraan hidup

    ReplyDelete
  2. Anda mengalami masalah keputihan?
    01132045363.

    ReplyDelete
  3. sengugut teruk tiap kali datang Haid,
    Haid dan hormon tidak stabil
    Masalah kesuburan
    Kita ikhtiar dia tentukan.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho...

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Hi semua. assalamualaikum Jom join segmen dimalam jumaat yang indah ini. Santai-santai je sementara anak-anak lena awal..hihi

BENGKAK KAKI (EDEMA) TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG.

Antara punca utama bengkak kaki dikalangan warga emas yg berumur 60 tahun ke atas ialah pembuluh darah yg kurang berfungsi dgn baik. Pembengkakan kaki/edema terjadi akibat pengumpulan cecair (yg terperangkap dalam tisu) atau kecederaan tisu/sendi. Pembengkakan kaki/edema yg dihasilkan oleh pengumpulan cecair dalam tisu dikenali sebagai  perpheral oedema . Antara puncanya adalah : Kegagalan ginjal/buah pinggang Penyakit jantung Pembuluh darah kurang berfungsi  Sistem limfa yg tersumbat Penyakit buah pinggang Ubat tahan sakit Ubat-ubatan utk rawatan kemurungan, diabetes & darah tinggi Duduk atau berdiri terlalu lama Darah beku dibahagian kaki Pembengkakan kaki akibat kecederaan sendi atau tisu biasanya sakit & mungkin disebabkan oleh : Tendon  Achilles  yang terputus/cedera Koyakan ligamen pada lutut Patah tulang kaki,betis atau buku lali Penyakit Gout Osteoarthritis Rheumatoid Arthritis Lutut yang terseliuh BAGAIMANA EDEMA BOLEH T...

PERUT KECIL KETIKA HAMIL???BAHAYA ATAU NORMAL

Assalamualaikum..salam sejahtera Azzaa saja nak kongsi sebab azza tahu ramai ibu-ibu dekat luar sana nak sangat tahu semua nie kan..tambahan pulak kalau anak sulung kan..risau sangat Bila baca tajuk macam seram je..hehehe Alhamdulilah masa azza dok tulis nie usia kandungan azza dah masuk 8 bulan dah,dia punya tendang jangan cakap la..macam olimpik rio je..hahaha berguling guling..daalam masa berapa bulan je lagi nifail nak dapat adik dah..after 4 years menunggu..terima kasih allah. Bila  azza mengandung tersebar dah kesana kesini (tempat kerja) dengan perut agak bulat ,dah nampak baby bump..TAPIIIIIII semua orang tak percaya kandungan dah masuk 8 bulan depa kata kecil je..risau je dalam hati nie.. Tapi ummi sihat je..HB ummi cantik je tiap bulan, berat ummi cantik jugak... Tiap kali p KK atau scan mesti ummi akan tanya doktor ok je baby,berat ok ke,air ketuban cukup ke..ya allah ummi takut tapi sentiasa positif.. So mak-mak kt luar sana kalau orang t...

BETUL KE SENGUGUT PUNCA SUSAH MENGANDUNG.

50% dari wanita yang mengalami haid akan mengalami senggugut atau bahasa inggerisnya dikenali sebagai menstrual cramps atau period pain. Senggugut adalah istilah untuk sakit perut yang dialami oleh wanita semasa datang haid. BAGAIMANA SENGGUGUT TERJADI? Setelah telur yang dibebaskan oleh ovari tidak disenyawakan oleh sperma, telur tersebut akan dibuang oleh rahim. Semasa proses pembuangan telur ini, rahim akan mengecut dan seterusnya salur darah di sekitar rahim akan mengecut untuk membuang telur tersebut. Proses pengecutan ini yang membuatkan sesetengah wanita berasa sangat sakit sehingga ada yang terpaksa ambil cuti kerana tak tahan dengan sakit senggugut. BAGAIMANA HILANGKAN SENGUGUT?   Senggugut  bukan lagi perkara asing dalam kalangan wanita yang sudah akil baligh.Tetapi bukan semua wanita akan mengalami keadaan seperti ini. Senggugut  bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu simptom ketika wanita itu datang bulan.Senggugut biasanya terjad...

TERPAKSA MENGUNAKAN PAMPERS BUDAK AKIBAT HAID DAN TUMPAH DARAH YANG BANYAK,TETAPI AKHIRNYA......

Assalamualaikum.. Saya Nurul Atikah berusia 30 tahun.. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama anda semua.. . Selepas saya berkahwin saya mengalami masalah haid yg tidak teratur dan haid berpanjangan sehingga sebulan lama nya.. . Malah saya juga pernah mengalami haid atau tumpah darah yang terlalu banyak.. Sehari sampai 10 keping yg bersaiz besar.. Sehinggakan terpaksa memakai pampers budak.. . Bila berlaku keluar darah yang terlalu banyak menyebabkan badan saya terlalu letih, pucat, sesak nafas dan HB saya terlalu rendah sehingga ke angka 8... . Ketika itu jugalah saya akan di kejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan... Setiba di hospital dengan keadaan HB yang terlalu rendah maka bermulalah "Check In hospital" dua hari satu malam... huhuhu . Bila kena tahan di wad... Ramai doktor datang untuk buat rawatan.. Saya redha apa yang di katakan oleh doktor.. . Tapi masalah tetap sama.. Keadaan saya semua ok.. Cumanya dinding rahim saya terlalu tebal itu menyeb...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

TAK PAYAH NAK SAPU KRIM ATAU MAKAN PIL BANYAK UNTUK CANTIK HANYA SESUDU JE.

Assalamualaikum semua.. Untuk kali nie azza nak mencuri sedikit masa sewaktu semua orang tengah dibuai mimpi,sementara baby girl azza tengah tidur..Hari nie merap la demam..tak boleh nak berganjak langsung dia.. Azza sebenarnya nak bercerita mengenai VIVIX je satu-satunya produk yang paling mahal dalam senarai shaklee dan satu-satunya produk jika anda malas nak ambil kapsul atau tablet banyak-banyak. Dah banyak azza dengar tentang kehebatan VIVIX nie,terasa cemburu pulak jika tak dapat mencuba,boleh la rasa seakan muda sikit..hehehehe.Sekarang azza masih lagi consume VITAMIN C,ESP,BCOMPLEX,ALFAFA,LECITHIN..Wahhh banyaknya..hehehe ye la nak sihat kan..lagipun azza dah check dah produk shaklee memang ada LANDMARK. Zaman sekarang berlambak produk kecantikan dalam pasaran,asal murah je mesti nak beli,tapi korang ada check dulu ke bahan-bahan dia..Tak Faham?? Ala sekarang semua dihujung jari je,kita boleh check bahan yang dibenarkan dan juga bahan terlarang. Jaga-jaga..ingat ta...