Skip to main content

PERLU KE UJIAN PAP SMEAR UNTUK WANITA ? ATAU SAJA UNTUK MENAKUTKAN.

Bila bercakap mengenai pap Smear mesti ibu-ibu pernah dengar kan apa itu Pap Smear,atau ibu2 buat tidak tahu je bila dengar semua ini..hehe malas nak ambil port orang kata.

Betoi cik azza sebelum kahwin pernah dengar semua ini tapi dalam hati tak ada kerja nak pergi "kangkang" depan doktor kan..Malu kot dah la belum kahwin.Jangan salah sangka ye adik2..walaupun belum kahwin tapi pernah melakukan hubungan seks sila lah buat ye.

Kalau tanya semua kawan2 cik azza memang confirm diorang tak buat aci kerat kuku lah..huhuhuhu.
Namun bagi cik azza sejak bergelar ibu misali nie cik azza terpanggil nak beritahu semua orang wanita pergi la buat ujian Pap Smear..

Betoi Semua wanita bila dah bersalin memang malu nak pergi tadah atau kangkang dekat doktor kan..Macam saja2 je benda boleh elak kot..Aduh kalau dapat jawapan macam nie baik blah sat lagi bergaduh je..hihihi
Ish garangnya cik azza.Tak adalah cik azza nasihat je untuk kebaikan kita juga nanti.


Image result for pap smear


APA ITU PAP SMEAR?


Pap smear (juga dikenali sebagai ujian Pap) adalah prosedur pemeriksaan untuk mengenalpasti risiko kanser pangkal rahim. Ia menguji kehadiran sel-sel kanser atau pra-kanser pada bukaan serviks. Ia mendapat nama ini sempena nama seorang doktor – Georgios Papanikolaou (Pap), yang menetapkan bahawa ini adalah satu cara yang sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda kanser pangkal rahim.

Ingat lagi masa cik azza bertanya kepada klinik Boleh ke buat Pap Smear?Nurse akan terang dulu sebelum itu tau apa itu Pap Smear Bla..bla..bla..bla..
Dan nurse akan bagi tau kalau nak buat Ujian nie Kita tak boleh:-

1. Melakukan seks
2. Menyembur kawasan vagina
3. Menggunakan tampon
4. Menggunakan krim vagina

Lepas bagi semua penerangan nie apa lagi ambil la tarikh,cik azza senang ambil sekali date masa check up atau time imunisasi untuk anak,buat sekali terus tak payah nak ambil cuti banyak kali.



BAGAIMANA PAP SMEAR DILAKUKAN?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Memang tak sakit ikhlas cik azza cakap,sakit lagi tahan contraction bersalin tau.
Lagi satu cik azza pesan elok la kalau korang buat dekat klinik yang korang dah biasa pergi.Cik azza buat dekat klinik kerajaan je lah..Klinik masa check up mengandung ,senang dah kenal semua nurse..Lagipun yang buat tu Nurse senang kan perempuan, tapi bukan semua nurse boleh buat ada la prosedur diorang.


BERAPA LAMA KEPUTUSAN KELUAR?

Lepas je buat semua pemeriksaan Nurse akan beritahu keputusan keluar dalam seminggu,Kalau ada masalah selepas result keluar diorang akan telefon dan kalau tak ada masalah diorg tak akan telefon.

Tetapi cik azza ada je cakap kalau ada masalah atau tidak boleh tak telefon saya.So diorang akan record la semua tu.Alhamdulilah dalam masa lebih kurang seminggu dapat col dan keputusan semua baik..Alhamdulilah.
Tunggu next year punya Pap Smear pulak.


PENTINGNYA PAP SMEAR KEPADA WANITA ??
Dari ujian Pap Smear yang dijalankan, doktor dapat mengesan polip dan jangkitan yang dipelorehi dari sel servik. Pengesanan awal ini dapat membantu mengesan sel-sel yang berpotensi membentuk kanser dan membuat rawatan awal bagi menghalang sel kanser dari merebak serta peluang untuk sembuh adalah cerah.
Wanita yang tidak pernah menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser servik kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian Pap Smear boleh mengesan dan mencegah terjadinya kanser. Kebanyakkan wanita Malaysia sukar untuk menjalankan ujian ini atas dasar faktor MALU dan inilah yang menjadi penyumbang kepada penyakit kanser yang kebiasaaanya berada pada tahap 3 atau 4.
Sebab itu pentingnya ujian Pap Smear ini dilakukan oleh para wanita di Malaysia.. Cegah sebelum ia terjadi dan merebak.
Bertindak segera!..
Peringatan Buat Semua Wanita !!!
Dah habis dah jika ada terkurang apa2 boleh komen jangan kecam cik azza pulak.hehehehe.
=================================================
=================================================
HUBUNGI CIK AZZA JIKA ADA MASALAH BERKAITAN KEPUTIHAN ATAU KEWANITAAN
ATAU BAGI MENGELAK KANSER UNTUK WANITA,
Cik azza (Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia)
01132045363.

Comments

  1. Ujian yang hanya beberapa minit mungkin dapat mengelak menanggung keseksaraan hidup

    ReplyDelete
  2. Anda mengalami masalah keputihan?
    01132045363.

    ReplyDelete
  3. sengugut teruk tiap kali datang Haid,
    Haid dan hormon tidak stabil
    Masalah kesuburan
    Kita ikhtiar dia tentukan.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho

9 Tanda Rahim Anda Tidak Sihat,Anda Bagaimana?

Zaman semakin canggih seiring dengan permodenan dunia,Semuanya kelihatan mudah dan dipantang remeh begitu juga dalam isu yang sering wanita alami namun semakin tidak dipedulikan. Kaum wanita jangan sesekali memandang remeh terhadap penjagaan rahim anda,jangan hanya menitik beratkan penjagaan luaran,muka yang berkilat,kulit yang lembut namun lupa mengenai dalaman yang sejak dari nenek moyang kita dititik beratkan. Hari ini cik azza hendak berkongsi Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat dan ini juga perkongsian daripada salah seorang pengusaha jamu dan semoga info ini dapat kita kongsi bersama-sama dengan wanita-wanita diluar sana. 9 Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat. Sakit Tumit Kaki  ➠➠Tumit kaki terasa berdenyut-denyut dan menyucuk secara tiba-tiba,dan keadaan ini akan lebih teruk ketika berjalan,berdiri atau angkat benda berat dan terasa beban dibahagian perut. Sakit Telapak Kaki  ➠➠Rasa sengal-sengal dan bisa ditelapak kaki .Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki Saki

RESDUNG HILANG,ATHMA SUAMI BERKURANG BAGAIMANA WANITA INI ATASI SEMUA INI.

Alaaa...asma je tu, bukan teruk pun. Bagi die rehat, nanti lama-lama ok la tu." Tu kebiasaan, yang Kak Yang selalu dengar bila seseorang di serang asma. Dulu Kak Yang pun ada berpikiran begitu. Tapi sejak berkahwin dengan orang yang mengidap asma, baru lah Kak Yang sedar tentang seksanya apa yang dihidapi oleh mereka. Asma ni boleh membawa maut jugak tau..huhuhu. . Sejak berkahwin Kak Yang dah memang biasa menemani suami amik NEB di klinik atau hospital. Tapi kalau boleh memang dia taknak menjejakkan kaki ke klinik tu. Nasib la orang dewasa, kalau budak kecil dah lama Kak Yang tarik dan dukung. . Masih ingat lagi bila first time tengok suami diserang asma. Masa tu nafas dia laju, badan panas macam demam pun ada serta muka pucat. Kak Yang memang cuak giler, tak tau nak buat apa. Ajak ke klinik tak mahu, asyik minta ubat je. So bagi je la dia makan ubat salbutamol tu. Stok memang sentiasa ada dirumah. Kalau dah namanya orang lelaki, memang degil sanggup tahan sakit dari ke h

WASPADA BAHAYA DARAH TINGGI SELEPAS BERSALIN.

Ibu mengandung selalu ambil berat bahaya darah tinggi sebelum bersalin. Selepas bersalin mereka jarang untuk selalu periksa tekanan darah kerana beranggapan tekanan darah selepas bersalin pasti akan normal. Dulu darah tinggi kerana mengandung sahaja. Selepas bersalin , kita digalakkan untuk berpantang dan tempoh berpantang kita juga kena pastikan kita makan makanan berkhasiat, berzat untuk pastikan tekanan darah kita stabil. Bahaya Darah Tinggi Selepas Bersalin Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural atau anestesia spina, dan anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk bila anda duduk atau berdiri. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-eklampsia, bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya. Tekanan darah tinggi Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko me

Atasi Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD) Sebelum Maut.

Beberapa minggu ini kita digemparkan dengan berita penutupan beberapa buah taska dan juga tadika dimalaysia akibat jangkitan HFMD ataupun Penyakit Tangan,Kaki dan juga mulut.Tidak ada dalam kalangan ibu bapa yang sanggup melihat anak masing-masing sakit kan?Hati hanya allah je tahu bagaimana perasaan kita bila anak merengek sentiasa kerana kurang sihat terutamanya hati seorang ibu. Penyakit tangan, kaki dan mulut juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini. Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja terutama kanak-kanak bawah umur lima tahun. Jangkitan ini biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang ba

RESDUNG-JIKA TIDAK DIRAWAT BOLEH MENGAKIBATKAN RISIKO JANGKITAN OTAK

Eh mana ada cara nak hilangkan resdung? Perasan tak diri anda kerap bersin,selalu je tidak sedap badan,rasa malas tidak bermaya. Bila bab hidung sentiasa berair dan tersumbat, Mula je diri terasa hendak Demam. Bila bangun setiap pagi walaupun telah mengambil ubat-ubatan tetap tidak meredakan gejala-gejala tersebut,malah kepala sering sakit dan rasa berat pada bahagian muka. Apabila telah menbuat perjumpaan dengan doktor serta mendengar gejala serta memeriksa bahagian muka,dahi,dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus anda telah disahkan menghidap penyakit sinusitis. Anda ingin tahu lagi mengenai resdung? Teruskan membaca RESDUNG. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini. “Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai  gejala hidung  dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. “Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali

TEKNIK MENERAN YANG BETUL- WANITA HAMIL HARUS TAHU.-CIK AZZA POT PET

Hari nie azza nak kongsi macam mana teknik meneran yang betul.. kadang-kadang kita nie walaupun anak dah ramai tapi jarang ambil tahu kan..apa yang kita tahu masuk labour room nak cepat-cepat teran je kan..ye lah..sakit dok tahan contraction lagi,mana dok kena seluk lagi..dah tak fikir dah teknik-teknik nak meneran nie buang masa je kan.. rasanya semua wanita takut,bimbang kan kalau ada koyak masa nak melahirkan,tambahan koyakan pada bahagian (perineum) atau kena gunting(episiotomy)..aarrrrrr ngeri kot. masa tu mesti fikir berapa la aku kena jahit nie dan macam-macam lagi lah. "Kebiasaanya mesti dah lupa teknik nak meneran dengan betul ketika bersalin.. untuk pengetahuan mommy2 semua teknik meneran yang betul dan pemakanan yang baik dapat mengelakkan koyak kan semasa kelahiran"  Angkat kepala sehingga mencecah dada.   Mata pandang ke perut.  Tangan pegang pergelangan kaki.   Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk  m

BETUL KE SENGUGUT PUNCA SUSAH MENGANDUNG.

50% dari wanita yang mengalami haid akan mengalami senggugut atau bahasa inggerisnya dikenali sebagai menstrual cramps atau period pain. Senggugut adalah istilah untuk sakit perut yang dialami oleh wanita semasa datang haid. BAGAIMANA SENGGUGUT TERJADI? Setelah telur yang dibebaskan oleh ovari tidak disenyawakan oleh sperma, telur tersebut akan dibuang oleh rahim. Semasa proses pembuangan telur ini, rahim akan mengecut dan seterusnya salur darah di sekitar rahim akan mengecut untuk membuang telur tersebut. Proses pengecutan ini yang membuatkan sesetengah wanita berasa sangat sakit sehingga ada yang terpaksa ambil cuti kerana tak tahan dengan sakit senggugut. BAGAIMANA HILANGKAN SENGUGUT?   Senggugut  bukan lagi perkara asing dalam kalangan wanita yang sudah akil baligh.Tetapi bukan semua wanita akan mengalami keadaan seperti ini. Senggugut  bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu simptom ketika wanita itu datang bulan.Senggugut biasanya terjadi pada awal at

DERITA ANAK SEMBELIT MEMBUAT AKU MENGENALI SHAKLEE.

Cik azza sendiri tidak tahu mana nak mula bercerita mengenai pengalaman cik azza sendiri,antara semua cerita pengalaman pertama adalah susah sangat cik azza lupa,bila teringat rasa nak menagis je. Kalau nak di ikutkan cik azza dah lama mendengar cerita dan nama shaklee tapi hati nie ketegaq(org kedah kata) menolak semua kebaikan shaklee. Dan hendak dijadikan cerita anak sulung cik azza waktu itu dalam 1 tahun lebih mengalami kesukaran buang air besar yang amat susah,sumpah cik azza derita tengok dia teran nak membuang,bayangkan dalam umur macam tu apa yang dia tahu selain menangis. Tiap kali nak membuang peluh satu badan,punggung luka berdarah, allah memang tak sanggup tengok dia macam tu. Kalau korang cakap bawa la pergi hospital semua hospital pergi last2 bagi ubat yang sama,ubat bontot..Kesian kot asyik nak sumbat je memang taik keluar tapi cirit birit la.Maksudnya dia tak keluar semua tapi hanya keluar bahagian hujung sahaja. "Eleh bawak la klinik swasta" si