Skip to main content

RESDUNG-JIKA TIDAK DIRAWAT BOLEH MENGAKIBATKAN RISIKO JANGKITAN OTAK

Eh mana ada cara nak hilangkan resdung?
Perasan tak diri anda kerap bersin,selalu je tidak sedap badan,rasa malas tidak bermaya.
Bila bab hidung sentiasa berair dan tersumbat,Mula je diri terasa hendak Demam.
Bila bangun setiap pagi walaupun telah mengambil ubat-ubatan tetap tidak meredakan gejala-gejala tersebut,malah kepala sering sakit dan rasa berat pada bahagian muka.
Apabila telah menbuat perjumpaan dengan doktor serta mendengar gejala serta memeriksa bahagian muka,dahi,dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus anda telah disahkan menghidap penyakit sinusitis.
Anda ingin tahu lagi mengenai resdung?
Teruskan membaca
RESDUNG.
Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
“Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
“Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,” kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.
Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka – pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
resdung sihat

KENAPA BERLAKU SINUS?

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
“Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
“Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,” katanya.
Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat
Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

FAKTOR BERLAKUNYA RESDUNG.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.
Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan’ tabiat merokokdi dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.
Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.
Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.
“Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.
`Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus.
Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,” kata Dr. Amir Izwan.
Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.
Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

BEZA RESDUNG DENGAN DEMAM SELSEMA

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:
“Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.
“Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.
“Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,” katanya.
Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh Komplikasi pada otak pesakit.
Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku.
Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.
Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit.
Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

PEMBEDAHAN RESDUNG

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.
Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.
“Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,” kata Dr. Amir Izwan.
Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.
Jadi perlulah untuk rawat resdung sebelum terlambat.
resdung

GEJALA RESDUNG

  • Hidung tersumbat
  • Lendir daripada hidung dan tekak
  • Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

PUNCA RESDUNG

  • Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
  • Hidung bengkok
  • Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
  • Jangkitan gigi atas
  • Ketumbuhan di dalam hidung
  • Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
  • Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

KOMPLIKASI RESDUNG

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

DIAGNOSIS

  • Skop hidung untuk melihat punca resdung
  • Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

RAWAT RESDUNG

  • Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
  • Ubat selesema
  • Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
  • Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

TIPS MENGURUSKAN RESDUNG

  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
  • Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
  • Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
  • Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
  • Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
  • Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
  • Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
  • Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
  • Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.
sumber :UTUSAN
Sumber :DIET DIET SIHAT.


SET RESDUNG SHAKLEE

ALFAFA COMPLEX.

  1. Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  2. Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  3. Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen

b complex

  1. Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  2. Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  3. Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

VITAMIN C

  1. Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  2. Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  3. Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisma dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
resdung

TESTIMONIAL 1 – WANITA MENDERITA RESDUNG SAMPAI KULIT BERNANAH, JERAWAT.

Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glemer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai).
Mula kenal Shaklee pada tahun 2013 dan sah menjadi SID pada 3 September 2013 .
Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee ..
Tak pernah tau dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet.
Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doctor Cun, Doc Nadia (Fb : Nadia Abdul Kadir) promot sikit kasi glemer lagi.
Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !
Ok dipendek2kan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya.
So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.
Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung.
So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata.
Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Complex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji.
Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!
Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee.
Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.
Ok Settle masalah resdung dan keputihan.
Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula.
Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat) .
Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka.
Saya pernah cuba suplemen ESP, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex,Omega Guard, Herbalex dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk)
sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah).
Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la.
Ada duit saya topup sikit untuk suplemen .
Saya laburkan untuk diri saya sendiri.
Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.
Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya.
Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.
Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami sendiri..
Jangan buat andaian sebelum mencuba.
Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua .
Sharing dari hati ….
Yang ikhlas,
Ummi Ussi

RESVERATROL BOLEH RAWAT RESDUNG ?

Kajian makmal dan manusia baru-baru ini menunjukkan bahawa resveratrol mungkin menawarkan pilihan rawatan yang lebih baik daripada terapi konvensional, yang biasanya melibatkan steroid untuk merawat gejala, ubat antimikroba, dan kadang kala pembedahan jika ubat tidak berfungsi.
Resveratrol bersifat anti-radang dan sifat-sifat pengawalseliaan. Kajian menunjukkan resveratrol menghalang cecair, dengan tahap terapi yang sesuai dengan dos terapi.
Apabila dibandingkan dengan ubat farmaseutikal, resveratrol sebenarnya jauh lebih baik daripada ciclesonide, triamcinolone, dan budesonide, dan serupa dengan fluticasone proprionate.
Ianya terbaik untuk rawat resdung.

VIVIX : MINUMAN BOTANI TERBAIK POLIFENOL RESVERATROL

Vivix mengandungi Resveratrol
Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!
Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis.
Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Parodoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.
Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.
Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, vivix  ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC
(Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods ).
resdung jerawat

TESTIMONIAL 2 – KRISIS PEMULIHAN RESDUNG DAN JERAWAT SELAMA DUA BULAN YANG AMAT BERBALOI DENGAN PRODUK SHAKLEE

Nama saya Norshahida Mamat dan berusia 23 tahun.
Saya berasal daripada Terengganu dan masih lagi bergelar pelajar di sebuah kolej swasta.
Sebelum ini, saya menghadapi masalah resdung dan jerawat yang amat dahsyat sehingga mengganggu banyak tumpuan saya terhadap rutin harian.
Setiap pagi, saya pasti akan mengalami masalah bersin yang teruk sehinggakan nak kelas pun saya rasa tak selesa.
Belum lagi bab jerawat yang penuh di wajah sehinggakan saya rasa malu dan seolah rasa rendah diri.
Lagi-lagi bila time datang bulan.. bertambah meriah jerawat di wajah saya ni!
Masalah resdung ini bukan sahaja membuat bahagian hidung dan seluruh wajah saya menjadi gatal-gatal, malahan ada masanya sehingga tahap saya sakit kepala.
Keadaan ini amat mengganggu situasi saya sebagai seorang pelajar kolej.
Pada ketika itu, rawatan yang saya mampu dan tahu hanyalah bergantung dengan ubat-ubatan yang dapatkan daripada farmasi.
Memang berkesan namun hanyalah sementara.
Namun, jika saya stop aje makan ubat terus simptom-simptom tadi datang balik.
Akhirnya, mimpi ngeri saya mula tiba ke penghujungnya apabila saya bertemu dengan produk Shaklee di Facebook upline saya, Mami Ayu Adyani.
Setelah menceritakan masalah yang saya hadapi serta sessi konsultasi bersama beliau; saya disyorkan untuk mengambil vivix sebagai permulaan dengan sukatan satu pada waktu pagi dan satu sudu pada waktu malam.
Selain itu, saya turut mengambil produk Shaklee yang lain iaitu kolagen, Alfalfa Complex, Vitamin C, Omega Guard dan ESP; dan masih mengamalkannya sampai hari ini.
Kesannya pada peringkat awal tidaklah seperti yang semua orang yang mengalami masalah seperti saya harapkan.
Saya mengalami krisis pemulihan selama hampir 2 bulan lamanya.
Saya kerap mengantuk dan keletihan, semakin kerap bersin dan paling saya tak suka, makin banyak pula jerawat yang keluar.
Namun, sebab saya dah aware mengenai hal ini semasa sessi konsultasi, maka saya teruskan pengambilan suplemen Shaklee secara konsisten.
Alhamdulillah.. berkat istiqomah dan sabar mengamalkan suplemen Shaklee seperti yang diajar oleh upline saya, dalam masa lebih kurang 9 bulan .. masalah resdung saya lama-kelamaan kian berkurangan dan beransur pulih.
Tiada lagi masalah bersin di waktu pagi dan paling best, jerawat di muka kian berkurangan! Malahan, kalau ada pun cepat kecut.
Saranan saya untuk anda semua di luar sana, cubalah produk Shaklee kerana suplemen Shaklee adalah semulajadi, tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan setiap satu produk telah menjalani ujian klinikal
Saya juga syorkan anda buat juga research tentang produk Shaklee yang sesuai dengan anda di samping mendapatkan konsultasi daripada SID yang boleh guide anda sehingga mendapat hasil yang diinginkan.
Juga, jangan lupa untuk sabar dan konsisten amalkan produk Shaklee ini.
Sememangnya saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee dan konsultasi yang diberi oleh upline saya.
Inilah Shaklee Effect saya!

TESTIMONIAL RESDUNG – 7 SUDU VIVIX BERJAYA HILANGKAN SELSEMA

Dulu saya kalau migrain datang, tak boleh tengok cahaya.
Mesti nak tidur kat tempat gelap dengan harapan migrain tu pergi.
Serangan migrain saya sekali seminggu tu memang wajib.
Saya tak suka makan ubat sebab tau untuk jangka masa panjang ubat tu beri lebih mudarat dari sembuhkan.
Hubby saya pula, pagi-pagi bangun bersin. Mandi bersin.
Lepas mandi pun bersin. Kena kipas bersin.
Cuaca berubah sejuk bersin.
Bila orang resdung bersin, bersinnya bukan sekali 2 tau. Tapi 20, 30 kali.
Selsema jangan cerita. Sekotak tisu dah habis pun meleleh lagi hingus.
Ia cair macam air. It just couldn’t stop.
Hari ni saya taknak explain detail pasal resdung sebab saya dah tulis panjang lebar mengenai resdung dalam entri ni.
Saya cuma nak ringkaskan perubahan yang kami rasa lepas consume Vivix.
Sesudu – Bersin berkurang. Takde la sampai 20, 30 kali
3 sudu – Dah tak selsema lagi. Bersin bila mandi pagi sejuk. Tu pun 3, 4 kali then stop.
7 sudu – Dah tak kedengaran lagi bersin.
Selsema pun dah tiada lagi
Hari ni dah 3 bulan sejak kami consume.
Cuma pagi-pagi mandi hubby akan hembus hidung yang terkumpul sepanjang malam.
Atas tu gambar terkini botol pertama kami.
Dah 3 bulan masih belum habis.
Sebabnya hubby dah jarang makan. Seminggu sekali je.
Lagipun dos Vivix cuma sesudu kecil. Bukan sudu besar. Memang jimat.
Highly recommended for those yang dah tak tahan dengan resdung dia.
Saya pun sempat consume 3 minggu je sebelum sah pregnant maka saya kena stop ambil Vivix.
Berita baiknya saya dah tiada migrain lagi! Trade mark resdung? All gone!!!

TESTIMONIAL RESDUNG 2 – TAKUT HILANG HIDUNG

Nama saya Nurhafizah Zamri .
saya berumur 29 tahun dan sebagai surirumah sepenuh masa ..
saya mengunakan Shaklee sejak 2 tahun yang lepas akibat kulit kusam selepas bersalin dan resdung yang agak menganggu setiap pagi hari2 saya sejak dari sekolah lagi.
Setiap pagi akan kedengaran disetiap ruang rumah kelas ataupon tempat kerja saya bersin setiap pagi ..
arhhhh malunya ..tidak boleh dibayangkan.
Bukan itu sahaja resdung yang saya alami juga mengakibatkan saya alah pada habuk dan makanan.
Bukan pada makanan laut seperti sotong udang dan ketam sahaja malah pada semua makanan seperti ayam dan ikan yang tidak fresh juga akan menyebabkan saya mengalami kegatalan pada hidung dan mata.
Yang lagi teruk mata saya akan membengkak, berair dan gatal kemerahan dengan teruknya.
Boleh bayangkan tak saya juga tidak boleh membeli ayam di Tesco kerana ayam-ayam disana sudah tidak segar lagi.
Pasar malam adalah hanya tempat saya membeli makanan basah .
Oleh kerana takutkan kehilangan hidung  yang sering diperkataan saya mula cuba mencari penawar untuk permasalahan saya.
Untuk permulaan saya hanya mengamalkan vitamin C sahaja dah sebulan kemudian baru lah menambah Alfalfa sebagai 1 set resdung.
Saya konsisten makan dalam sebulan dan telah menunjukan tidak balas bahawa saya tidak lagi bersin diwaktu pagi dan mengalami kegatalan pada mata dan hidung saya.
Saya juga boleh makan makanan laut tanpa berpantang lagi seperti selalu.
Alhamdulillah ..akhirnya saya keluar dari masalah saya yang menghantui saya bertahun-tahun lamanya sejak dari sekolah lagi .
Terima kasih Allah..
Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee ini kerana ia sangat berkesan.
Saya yakin ia juga berkesan pada anda.
set resdung shaklee

CARA ORDER VITAMIN SHAKLEE UNTUK RESDUNG


Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi saya:
Cik azza _01132045363
Atau klik icon dibawah:

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar  Bandar Perda, Bukit Minyak, .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seberang Perai dan kawasan sekitar yang dipersetujui.

Bergantung kepada masa dan juga keadaan yang telah dipersetujui bersama.

I'am SHAKLEE Indenpendant Distributor
Azzatulazirah
Whatsapp :01132045363
SID : 1290815
Fan Page : Dunia Cantik
IG: @cintahati_shaklee
Face Book : Sutera azyra.

Comments

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho...

PENANTIAN UNTUK HAMIL SELAMA 2 TAHUN BERAKHIR SELEPAS IKHTIAR DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE.

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Saya Norshahidah Saffana binti Mohd Nor. Seorang Jururawat dan ibu kepada 2 orang anak iaitu Iyad Dzulfiqar 3tahun dan Idlan Harith 21hari. . Testimoni kali ini saya ingin kongsikan tentang penantian saya untuk hamil selepas 2tahun perkahwinan saya dan suami Mohd Ikhtisyamuddin bin Abd Rashid. . Saya dan suami diijabkabulkan pada 03 Mac 2012. Sejak dari tarikh kami diijabkabulkan,saya berusaha untuk mendapatkan zuriat yang pertama memandangkan ramai diantara rakan sebaya saya telah disahkan hamil. . Setiap bulan saya mengharapkan ada berita baik. Sehinggakan setiap hari saya mengadu kepada suami yang saya inginkan zuriat pertama. . Setelah hampir setahun lebih berusaha,saya terbaca testimoni set kesuburan Shaklee di laman sosial dan saya nekad untuk mencubanya.  . Saya terus mencuba Set Kesuburan Shaklee iaitu ESP dan GLA untuk saya,manakala Vitamin E dan Zinc untuk suami. Saya dan suami memang konsisten amalkan set kesuburan ini. . Pada Ogos ...

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...

KENAPA REZEKI AKU SUSAH MASUK?- CIK AZZA POT PET

Selamat Pagi semua,awal cik azza masuk office hari nie kan,sebenarnya dah beberapa hari dah lama juga berfikir kenapa susah sangat rezeki nak singgah dekat kita..Cik azza bagitahu k,rezeki nie bukan sahaja dari segi duit/wang tau tapi banyak bentuk seperti kebahagian,peluang pekerjaan,melanjutkan pelajaran,dapat anak,bertemu jodoh dan lain-lain lagi. Cik azza bukan nak mengeluh atau apa tapi kadang-kadang terfikir juga kenapa susah sangat rezeki nak singgah,kalau singgah pun hilang macam tu je tak tau pergi mana,kira macam tak cukup je memanjang.Bila ada je rezeki mesti kita sentiasa fikir tak cukup kan???..Dekat sini cik azza cari kenapa?mana tahu kan kita sama-sama berfikir dan boleh ubah yang buruk kepada yang lebih baik...Betul dak....?? Jom dekat sini cik azza ada juga baca artikal lain dan terkena batang hidung sendiri..huhuhu..mai cik azza listkan ok..? Antara sebab mengapa rezeki susah masuk kepada kita adalah: Gemar mengungkit-ungkit pemberian Asyik mencanang ...

Senggugut Punca Awal Susah Mengandung.Atasi Segera Sebelum Terlambat.

Hari ini ramai dikalangan wanita mahupun anak gadis memandang remeh apabila berkaitan dengan sengugut,mereka mengambil jalan mudah dengan mengunakan pengambilan ubat tahan sakit,minuman bergas,serta makanan yang tajam,ini semuanya apabila ditanya  "Kenapa minum air gas ketika sengugut"?Nak bagi period keluar cepat. "Kenapa sanggup tahan sakit sengugut'?Tak apa sebab dah biasa setiap bulan macam ini. Hampir setiap bulan sanggup menahan sengugut? Tahu atau tidak jika kita mengalami sengugut,sukar hamil,kerap keguguran itu berkemungkinan anda mengalami atau tanda Endometriosis,Bila sebut je bahasa sains ramai yang tidak mengambil peduli tetapi sedar atau tidak penyakit ini telah menyerang ramai dikalangan wanita. Jika tidak dirawat dari awal dan menjadi semakin teruk anda mungkin akan menjalani PEMBEDAHAN BUANG RAHIM .seronok ke? Endometriosis ini adalah merupakan tisu-tisu dari darah Haid(Endometrium)yang akan tumbuh dikawasan luar rahim.Manakala ...

RAHSIA PEKERJA SHIFT TIDAK MENGANTUK SEPANJANG MALAM - CIK AZZA POT PET.

Berkerja shift,ya satu ketika dahulu cik azza hanya seorang pekerja kilang yang berkerja shift..memang penat kerja mengikut jadual la kan dari 7 pagi sampai 7 malam..bangun gelap balik pun dah gelap, Keadaan ini akan menyebabkan kita akan  berjaga ketika waktu tidur yang sepatutnya dan kemudian akan tidur pada syif akan datang kerana kurang mendapatkan rehat yang secukupnya.Rasa lemau sangat-sangat..hahaha Bekerja syif boleh menyebabkan tekanan dan keletihan, kerana badan memerlukan penyesuaian antara siang dan malam. Ini adalah salah satu isu-isu kesihatan mental yang berkaitan dengan kerja syif. Ia juga dikenali sebagai gangguan ritma harian. Para pekerja mudah menjadi perengus,cepat marah, dan mengalami kesukaran untuk fokus lalu menyebabkan perasaan mudah marah. Para pekerja syif juga akan mengalami keletihan. Pekerja berasa sangat penat dan kekurangan motivasi untuk melakukan aktiviti biasa harian mereka. Ia seperti penyusutun tenaga. Masalah gastrik seperti ras...

MUDAHNYA MINUM AIR SEHARIAN-CIK AZZA POT PET

Wahhh minggu nie ramai pulak customer nak set kurus badan,alhamdulilah syukur sangat2 sebab dah dekat nak sekolah nie boleh la ummi tolong ayah sikit2 kan.. Bercakap pasal kurus kan badan nie benda paling susah apa dia???Tapi benda nie paling la digalak kan ataupun wajib la orang kata...MINUM AYAQ 3 LITER orang kedah cakap.. Percaya tak tiap kali azza follow up customer mesti diorg akan cakap "kak tak boleh la minum air banyak2" "kak asyik nak buang air je penat la cmni" Nak tulis panjang-panjang pun anak dok panggil dah tu jom azza kongsi cara minum air nak tak,mana tau boleh la juga korang buat rujukan sebab azza sendiri amalkan cara nie tau.. oopppsss satu lagi kalau nak kurus ke nak gemuk ke,ambil suppliment atau tidak korang kena minum air banyak tau sebabnya:- Air adalah satu elemen yang sangat penting didalam tubuh kita, ini kerana kandungan air dalam badan manusia 60% - 70% dari berat badan. Kandungan air dalam lemak, hanya 10%, ...

KEPUTIHAN TERUK,BUSUK,BERBAU SEHINGGA SUAMI KOMPLEN.

KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat. Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan. . Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal .. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal. Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. T...

BERHENTI MEROKOK DENGAN SHAKLEE?? VIVIX PEMBOHONG - CIK AZZA POT PET.

Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan. Mengapa saya harus berhenti merokok? Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana: Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh: Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah Mendapat asma Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok? Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti meroko...