Skip to main content

AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN SERTA BENTUK BADAN IDAMAN.

Pada  zaman sekarang ramai wanita diluar sana yang telah lama melupakan amalan berpantang selepas bersalin.Walaupun amalan ini amatlah penting namun lama kelamaan amalan ini kian dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita terutama amalan berpantang dari segi pemakanan,berurut,bertungku,bertangkas dan juga berbengkung.
Betul ramai beranggapan amalan berpantang ini merupakan sesuatu yang membosankan,tetapi kita sebagai wanita haruslah bersabar dan kita juga harus ingat yang amalan ini semuanya akan memberi kebaikan kepada kesihatan dan juga mempengaruhi kecantikan diri kita sendiri.
Selama kita tidak berpantang banyak yang telah kita lakukan,kita bebas melakukan semua benda selama ini sebelum kita bersalin,Namun selepas bersalin dan berpantang amalan baru terpaksa kita ikut kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.Betul,amalan ini memang leceh tapi tentu sekali kita tidak akan mendapat kesan dalam jangka masa yang pendek,Dan semua ini akan terkesan dengan jangka masa panjang.
Leceh memang leceh tetapi untuk ibu dan juga bakal ibu-ibu amalan berpantang ini jangan lah kita abaikan walaupun terdapat banyak perihalnya kerana jika kita abaikan kesan yang tidak baik mungkin tidak akan memberi kesan serta merta tetapi apabila melalui kelahiran yang ramai,usia yang semakin meningkat,tenaga yang semakin lama semakin merosot mulalah kesan lenguh-lenguh dan bisa urat,sendi serta otot,sakit pinggang,dan kebas tangan dan mulalah diantara kaum ibu yang semakin dingin dan lemah tenaga batin.

Amalan-amalan penting yang harus diamalkan,
1. Hubungan Seks
Ramai doktor menyarankan hubungan seks tidak dilakukan dalam masa 6 minggu selepas bersalin. Ye la kan..si ibu ni baru saja melalui proses yang menyakitkan maka dia perlu masa untuk kembali sihat dan kuat. Tambahan pula, perlu bagi masa kepada bahagian sulit untuk betul-betul sembuh lagi –lagi mereka yang terluka ‘eposiotomi’.
Ramai yang sedia maklum luka ‘episiotomy’ ni ialah potongan yang harus dilakukan apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar semasa proses bersalin.
Dan si ayah pun kenalah faham dan beringat dan harap banyakkan bersabar..kerana sabar tu separuh dari iman.
2. Pemakanan
Sebolehnya ibu-ibu dalam pantang ni dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana ianya hanya akan menyebabkan darah nifas berbau, kering dengan cepat dan melemahkan daya ketahanan mental dan fizikal.
Sebenarnya bidan melayu dulu-dulu pun menggalakkan makan ikan segar tetapi harus elakkan memakan ikan-ikan yang berbisa seperti contohnya ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari,parang dan sembilang kerana takut berbisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan tersebut, ada jenis ikan yang boleh menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan alahan seperti ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Habis tu ikan apa yang boleh dimakan ye?
Mengikut petua orang-orang tua, ikan yang disyorkan adalah seperti ikan selar, haruan dan ikan yang tidak berbisa yang lain-lainnya. Ikan haruan dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran kerana ianya mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka.
Dari segi ulaman pula terdapat banyak jenis ulam tempatan yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum dan juga halia.
Ulaman ini memang mengandungi banyak zat galian (mineral), fiber dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E, dan kesemua itu mempunyai kadar anti oksidan yang tinggi yang mana amat baik untuk kesihatan tubuh badan semasa berpantang.

Selain dari ulam diatas ada banyak lagi ulam yang boleh dimakan ketika berpantang seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun cemumar, daun bebuas ,daun ruku dan sebagainya akan tetapi Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang bersifat sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, petai, jering serta terung dan yang lain-lain lagi yang mana boleh dirujuk dari orang-orang tua juga ibu-ayah kita dan juga pakar pemakanan.
Perkara yang satu ni mandatori tidak boleh diambil ketika berpantang ialah minuman bergas! Selain dari itu minuman yang sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau dan kelapa muda juga haruslah dielakkan
3. Ketahanan Jiwa Dan Emosi
Tidak jarang ibu yang baru melahirkan anak mengalami tekanan perasaan dan emosi. Masalah ini boleh ada sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak kerana semasa berpantang ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayi.
Perkara ini memberi kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan ini, ramai wanita mengalami masalah kemurungan dan ada yang lebih teruk lagi mengalami sakit jiwa dan meroyan. Dalam sesetengah keadaan yang amat menekan jiwa (nauzubillahiminzalik ) ada segelintir yang cuba membunuh diri.
Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dielakkan jika ada sokongan dan nasihat yang sentiasa oleh orang yang penting dalam hidup si ibu seperti sang suami. Ibu dan ayah. Si isteri sepatutnya diberi sokongan bukan sahaja dari segi fizikal dalam penjagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga harus ada sokongan dari segi moral dan nilai keagamaan.
4. Rawatan Diri
Bengkung :-
Mengikut sejarah perbidanan tradisional mahu pun moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah penting untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut dan memudahkan keluarnya angin panas dan kotor dengan mengikat barut dan ubat yang sempurna.
Bengkung yang bagus adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kuat dan kukuh pada atas rahim.
Bengkung ini seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ia boleh mula dipakai pada hari ke-4 sehingga tamat tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki. Memakai bengkung yang kemas dan sempurna dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat.
Urutan tradisional :-

Urutan boleh memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin dan lendir yang kotor serta melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Ianya juga boleh menenangkan jiwa, melegakan bisa otot dan sendi dan meringankan tubuh badan yang lesu.
Walaubagaimana pun dilarang untuk mengurut secara kasar, mengasak, menekan, serta menolak peranakan dalam tempoh 3 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak.
Hanya urut di bahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jari-jemari. Selepas 44 hari baru lah boleh disentuh di bahagian kedudukan Rahim itu pun harus mulai dengan lembut dan perlahan.
Minum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan :-
Digalakkan bagi ibu-ibu selepas bersalin meminum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan yang boleh dibeli terus dari toko dan kedai produk kesihatan yang ada. Amalan ini dapat menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran kaum ibu sepanjang tempoh berpantang serta turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman sepanjang ianya diambil.
Nah! Sekarang kita sudah tahu serba sedikit tentang amalan semasa berpantang dan hendaklah ianya dijadikan amalan kita yang mana sudah menjadi amalan tradisi dari turun temurun lagi.
Badan Ramping Selepas Bersalin
Semasa zaman kita anak dara memang badan cantik dan ‘solid’, tetapi bila dah berumahtangga ni kebiasaannya perut wanita akan berubah menjadi buncit dan mengelebeh terutama bila dah dapat anak.
Kalau anak pertama mungkin masih ok lagi, tapi bila dah masuk anak kedua, memang nampak sangat perubahannya.

Salah satunya antara yang terbaik adalah dengan mengamalkan SET BERPANTANG SHAKLEE.
Ianya bukan sahaja dapat mengembalikan bentuk idaman anda tetapi juga memberi kelebihan terhadap bayi dan juga kesihatan anda.

JOM BACA PERKONGSIAN SAHABAT KITA INI:

Image may contain: 5 people, people smiling


[ BERAT SAYA TURUN 4KG DALAM TEMPOH 10 HARI! ]
.

Saya nak kongsi perjalanan penurunan berat badan saya.

Pada tahun 2014, iaitu sebelum saya disahkan hamil anak kedua, saya mengalami berat badan berlebihan. Berat badan saya mencecah 67kg sedangkan ketinggian saya hanya 152cm.
.

Kemudian saya disahkan hamil anak kedua pada November 2014. Saya mengalami alahan yang teruk sehingga berat saya turun sebanyak 5kg. Di sinilah bermulanya berat badan saya menurun. Selepas fasa alahan berlalu berat naik semula. Saya ingat lagi berat sebelum bersalin ialah sebanyak 70kg. Alhamdulillah berat tak banyak naik. Masa ni memang saya amalkan Full Set Hamil Shaklee.
.

Selepas bersalin (Mei 2015), berat saya turun kepada 64kg. Kembali ke berat asal semasa saya mengalami alahan. Saya berpantang seperti biasa sama macam anak pertama. Cuma pada kali ini saya amalkan Full Set Berpantang Shaklee. Berat badan saya pun maintain 64kg.
.

Selepas berpantang saya masih terus berusaha turunkan berat badan saya dengan mengamalkan Set Kurus Shaklee iaitu Cinch Shake, Cinch Tea, Omega Guard dan Vitalea. Saya juga mengikut jadual diet yang pakar nutrisi Shaklee sarankan. Saya cuma harap sekurang-kurangnya berat saya maintain dan kalau boleh saya nak capai ke angka 59kg . Lama juga saya tak timbang berat saya. Pada Disember 2015 saya berkesempatan menimbang berat saya menggunakan karada. Alhamdulillah, berat saya turun 2kg lagi iaitu 62kg.
.

Kemudian, pada March 2016 saya telah mengamalkan Detoks Parasit selama 14 hari. Sepanjang detoks saya mengamalkan "eat clean", diet ikut cara Shaklee diteruskan seperti biasa bersama Set Detoks Parasit Shaklee. Set Detoks yang saya amalkan ialah Vivix, Alfalfa Complex, Garlic Complex dan Dtx Complex.
.

Selepas 10 hari, saya timbang berat saya menggunakan mesin Karada. Senyum sampai ke telinga bila tengok angka di mesin Karada tersebut. Alhamdulillah berat saya 57kg!!!
.

Wah!!! Saya turun 4kg dalam tempoh 10 hari !!!! Macam tak percaya je tau. Dan paling menggembirakan, saya dah capai lebih dari target sebenar !!! Bukan sahaja turun berat badan dengan cepat, malah jerawat dimuka saya pun dah malu-malu nak tumbuh sekarang. Kulit muka saya makin bersih 😊


Terima kasih pada kawan-kawan detoks yang memperkenalkan Detoks parasit nie dan banyak kongsi tips, resipi dan macam-macam info tentang detoks parasit ni.
.

Kini Set Detoks Parasit menjadi suplemen harian saya. Hari-Hari Detoks insyaAllah badan maintain kurus, kulit maintain cantik dan badan maintain sihat


INGIN DAPATKAN SET BERPANTANG SHAKLEE?

Jika anda ingin membuat pesanan melalui online kami,anda boleh klik gambar dibawah dan penghantaran akan dibuat dan dihantar terus ke alamat yang telah anda lengkapkan.
Dan jangan lupa ye Hubungi cik azza untuk cara pengambilan.


I'am SHAKLEE Indenpendant Distributor
Azzatulazirah
Whatsapp :01132045363
SID : 1290815
Fan Page : Dunia Cantik
IG: @cintahati_shaklee
Face Book : Sutera azyra.



Comments

Post a Comment

POPULAR POST

TELAN SUPPLIMENT DAH BERLAMBAK TAPI JERAWAT MAKIN BERCAMBAH KENAPA?

TELAN SUPPLIMENT DAH BERLAMBAK TAPI JERAWAT MAKIN BERCAMBAH KENAPA? Hari nie cik azza nak bercerita sikit la,ada je kawan-kawan menrungut makan suppliment dah banyak macam-macam makan tapi jerawat sama je tumbuh bercambah-cambah makin meriah pulak dekat muka nie. Ok lah sebelum kamu membebel salahkan apa yang kamu ambil apa kata korang check dulu perkara dalam diri korang sendiri: Korang buang air besar macam mana?Ok ke atau seminggu sekali..OH NO!! Minum air banyak ke tidak?ke korang minum ais je. Period?regular atau tidak? Stress ke tidak,tak kisah lah tempat kerja ke dengan anak-anak ke tetap stress juga kan. Ok kalau jawapan korang semua diatas adalah lebih baik korang bagi tau cik azza kalau korang beli dengan cik azza la sebabnya cik azza kena tahu masalah korang sebelum nak suggest suppliment apa pun. Tapi kalau korang beli dekat pasar malam kena la tanya tuan penjual pasar malam,dia mungkin akan cadangkan yang mana terbaik.Kalau beli dekat lazada haaaa telefon ...

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

CARA MUDAH KURUS DAN BERKESAN TANPA BERLAPAR.

Bila bercakap mengenai kurus untuk yang telah mengetahui serba sedikit produk shaklee pasti akan cakap , "Cik azza saya nak order HERBALEX    kurus.?" Untuk yang mengenali cik azza mesti dah tahu kalau order sesuatu vitamin dari cik azza pasti akan ada sembang yang panjang disertai dengan leteran,Bukan leteran marah tau nasihat je..hihihi Cik azza tidak nafikan HERBALEX memang akan dapat kurus dan kempis perut tetapi cik azza kurus setuju jika hanya pengambilan  HERBALEX untuk kurus sambil bila-bila. "Eh dah kenapa pulak tak nak cadang HERBALEX sahaja kalau boleh kurus dan kempiskan perut." Ok jom baca sedikit apa yang cik azza akan cakap kan nie ye. Apa itu Herblax? Herblax ni memang favourite ramai orang. Macamana boleh tak favourite jika badan akan rasa  lebih ringan  selepas makan Herblax. Rasa cergas nak buat kerja. Macamana badan boleh jadi ringan lepas makan Herblax? Herblax adalah campuran herba terpilih terbaik dalam bantu  ...

KENAPA SIRAP MERAH HEBAT

Sebut je pasal VIVIX ramai dah kenal,kalau ada promosi cik azza memang bersilat depan laptop la nak submit order..Tahu ke kenapa? Sebab ramai dah tahu bertapa hebatnya VIVIX SI TONIK AJAIB.. Tahu ke kenapa VIVIX hebat? Vivix shaklee ini dihasilkan daripada tumbuhan iaitu anggur muscadine,purple carrot,european,elderberry dan polygonum cuspidatum dimana 4 bahan aktif ini kaya dengan polifenol Vivix juga merupakan supliment paling unik diantara supliment yang lain. Ramai orang dah tak fikir megenai harga bila sebut je mengenai VIVIX.Cer bayangkan duit penuh poket berkepok2 la orang kata nak beli apa pun sebut je tapi kalau dah kesihatan tak menentu seronok je duit banyak. Nak cakap banyak pun tak guna semua dah terbukti disini..Orang yang bijak akan membuat pilihan yang bijak kan.Insyallah. Testimoni pengguna vivix dan kesan positif. Derita jerawat bernanah kembali licin Bacaan Glucose mak akibat diabetes turun. Atasi masalah penapis buah pinggang ...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

CARA MUDAH CEPATKAN BUKAAN DAN SUPAYA MUDAH BERSALIN.

Bila bercakap mengenai bukaan ketika hendak bersalin memang ngilu je rasanya,walaupun anak dah 5 orang pun tetap terasa bagaimana seksa menunggu bukaan. Namun pengalaman cik azza melahirkan anak pertama dan kedua adalah sangat berbeza,anak sulung hampir 12 jam cik azza tahan sakit namun bukaan masih tetap 4cm.Mungkin juga kerana anak sulung kan,masa itu memang ilmu tidak cukup baca pun apa-apa yang penting je,Tak pandai tahu langsung bukaan-bukaan bagai. Tetapi ketika melahirkan anak kedua cahaya zuyyin Qalesya semuanya dipermudahkan oleh nya,tak perlu admit wad,masuk Labour Room selepas 15 minit terus keluar seketoi..hihihihi.. Alhamdulilah rupanya ada cara untuk cepatkan bukaan kan,Jom cik azza share sedikit info yang cik azza ambil dari rakanmedia.com. Bila anda sudah mula rasa sakit hendak bersalin, doktor akan periksa berapa CM bukaan anda. Selagi tak cecah 6 CM, anda tidak akan dibawa masuk ke  labor room . Sesetengah orang sekejap saja sakit sudah bersalin. Ad...

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho...

PENTINGNYA MINYAK IKAN UNTUK KANAK-KANAK - CIK AZZA POT PET.

Pernah tak terfikir untuk kuatkan sistem imunisasi anak-anak kita sebagai perlindungan untuk kesihatan mereka,Masa cik azza kecik tak pernah pulak ayah atau ibu cik azza bagi makan minyak ikan nie..maklum la orang kampung jarang terdedah dengan semua benda nie..Tapi kan..walaupun ayah cik azza tak pandai membaca dia akan beli juga vitamin untuk anak-anak dia siap minta dekat farmasi " Pak cik nak vitamin untuk anak pak cik" hahahaha Kepentingan untuk kanak-kanak dan Pelajar. Bila tiba je waktu nak periksa selalu la para mak-mak nie akan mencari vitamin untuk anak-anak lebih fokus dalam pelajaran dan meningkatkan sistem pertahanan anak-anak..Ibu bapa akan lebih tegas dalam memastikan prestasi anak-anak mereka dalam pelajaran perlu lebih cepat catch up orang cakap gitu haaaaa..Apa lagi tindakan kita untuk memastikan mereka lebih fokus dalam pembelajaran dan dalam masa yang sama tidak strees akibat beban belajar dan juga kesihatan yang terjamin ...

Peritnya angin dalam badan ketika hamil.-CIK AZZA POT PET

" Erkk..erkk..aduh banyaknya angin aku ni. Tak selesa rasa perut, kepala pun sakit,belakang sakit sangat menyucuk-nyucuk je..nak sapu minyak panas dekat perut kesian baby.. Nak tunggu babah balik lambat lagi..Tahan je sakit nie... Rasanya masalah angin dalam badan bukan sahaja menyerang ibu hamil kan..Tapi semua orang pernah merasainya..tahu tak setiap orang akan mengeluarkan antara satu hingga  empat liter gas setiap hari dan mengeluarkan gas kira-kira 14 hingga 23 kali sehari. Masalah angin ketika hamil adalah suatu perkara normal bagi ibu hamil.Pedih ulu hati adlah salah satu simptom angin dalam badan ini berpunca dari pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophagus.Namun begitu ia tidaklah bahaya kepada bayi dalam kandungan. Mengapa badan akan menghasilkan lebih banyak angin semasa mengandung? Ini kerana kadar progesteron dalam badan ibu meningkat jauh lebih tinggi ketika hamil berbading normal. Semakin kehamilan itu meningkat usianya, ra...

MUDAH HAMIL DENGAN MENGAMALKAN TIPS INI.

Assalamualaikum,Hari ini cik azza hendak berkongsi beberapa tips kepada anda yang tengah pening memikirkan cara macam mana lagi untuk hamil dengan cepat.Disamping hendak menjawab mulut mak cik2 bawang kan. Sumber dari mana cik azza ambil pun dari google juga dan hanya berkongsi mana la tahu ada yang sesuai dengan anda.Sama juga cik azza masa hendak hamil pun google juga tau,bukan apa untuk kita juga kan bukan untuk orang lain,selaim dari berserah dan bertawakkal kepada yang esa. Waktu terbaik untuk melakukan Hubungan Seksual. Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi).  Bila dan bagaimana untuk   mengetahui waktu subur   anda?  Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda.  Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 2...