Skip to main content

AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN SERTA BENTUK BADAN IDAMAN.

Pada  zaman sekarang ramai wanita diluar sana yang telah lama melupakan amalan berpantang selepas bersalin.Walaupun amalan ini amatlah penting namun lama kelamaan amalan ini kian dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita terutama amalan berpantang dari segi pemakanan,berurut,bertungku,bertangkas dan juga berbengkung.
Betul ramai beranggapan amalan berpantang ini merupakan sesuatu yang membosankan,tetapi kita sebagai wanita haruslah bersabar dan kita juga harus ingat yang amalan ini semuanya akan memberi kebaikan kepada kesihatan dan juga mempengaruhi kecantikan diri kita sendiri.
Selama kita tidak berpantang banyak yang telah kita lakukan,kita bebas melakukan semua benda selama ini sebelum kita bersalin,Namun selepas bersalin dan berpantang amalan baru terpaksa kita ikut kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.Betul,amalan ini memang leceh tapi tentu sekali kita tidak akan mendapat kesan dalam jangka masa yang pendek,Dan semua ini akan terkesan dengan jangka masa panjang.
Leceh memang leceh tetapi untuk ibu dan juga bakal ibu-ibu amalan berpantang ini jangan lah kita abaikan walaupun terdapat banyak perihalnya kerana jika kita abaikan kesan yang tidak baik mungkin tidak akan memberi kesan serta merta tetapi apabila melalui kelahiran yang ramai,usia yang semakin meningkat,tenaga yang semakin lama semakin merosot mulalah kesan lenguh-lenguh dan bisa urat,sendi serta otot,sakit pinggang,dan kebas tangan dan mulalah diantara kaum ibu yang semakin dingin dan lemah tenaga batin.

Amalan-amalan penting yang harus diamalkan,
1. Hubungan Seks
Ramai doktor menyarankan hubungan seks tidak dilakukan dalam masa 6 minggu selepas bersalin. Ye la kan..si ibu ni baru saja melalui proses yang menyakitkan maka dia perlu masa untuk kembali sihat dan kuat. Tambahan pula, perlu bagi masa kepada bahagian sulit untuk betul-betul sembuh lagi –lagi mereka yang terluka ‘eposiotomi’.
Ramai yang sedia maklum luka ‘episiotomy’ ni ialah potongan yang harus dilakukan apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar semasa proses bersalin.
Dan si ayah pun kenalah faham dan beringat dan harap banyakkan bersabar..kerana sabar tu separuh dari iman.
2. Pemakanan
Sebolehnya ibu-ibu dalam pantang ni dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana ianya hanya akan menyebabkan darah nifas berbau, kering dengan cepat dan melemahkan daya ketahanan mental dan fizikal.
Sebenarnya bidan melayu dulu-dulu pun menggalakkan makan ikan segar tetapi harus elakkan memakan ikan-ikan yang berbisa seperti contohnya ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari,parang dan sembilang kerana takut berbisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan tersebut, ada jenis ikan yang boleh menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan alahan seperti ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Habis tu ikan apa yang boleh dimakan ye?
Mengikut petua orang-orang tua, ikan yang disyorkan adalah seperti ikan selar, haruan dan ikan yang tidak berbisa yang lain-lainnya. Ikan haruan dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran kerana ianya mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka.
Dari segi ulaman pula terdapat banyak jenis ulam tempatan yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum dan juga halia.
Ulaman ini memang mengandungi banyak zat galian (mineral), fiber dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E, dan kesemua itu mempunyai kadar anti oksidan yang tinggi yang mana amat baik untuk kesihatan tubuh badan semasa berpantang.

Selain dari ulam diatas ada banyak lagi ulam yang boleh dimakan ketika berpantang seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun cemumar, daun bebuas ,daun ruku dan sebagainya akan tetapi Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang bersifat sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, petai, jering serta terung dan yang lain-lain lagi yang mana boleh dirujuk dari orang-orang tua juga ibu-ayah kita dan juga pakar pemakanan.
Perkara yang satu ni mandatori tidak boleh diambil ketika berpantang ialah minuman bergas! Selain dari itu minuman yang sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau dan kelapa muda juga haruslah dielakkan
3. Ketahanan Jiwa Dan Emosi
Tidak jarang ibu yang baru melahirkan anak mengalami tekanan perasaan dan emosi. Masalah ini boleh ada sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak kerana semasa berpantang ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayi.
Perkara ini memberi kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan ini, ramai wanita mengalami masalah kemurungan dan ada yang lebih teruk lagi mengalami sakit jiwa dan meroyan. Dalam sesetengah keadaan yang amat menekan jiwa (nauzubillahiminzalik ) ada segelintir yang cuba membunuh diri.
Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dielakkan jika ada sokongan dan nasihat yang sentiasa oleh orang yang penting dalam hidup si ibu seperti sang suami. Ibu dan ayah. Si isteri sepatutnya diberi sokongan bukan sahaja dari segi fizikal dalam penjagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga harus ada sokongan dari segi moral dan nilai keagamaan.
4. Rawatan Diri
Bengkung :-
Mengikut sejarah perbidanan tradisional mahu pun moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah penting untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut dan memudahkan keluarnya angin panas dan kotor dengan mengikat barut dan ubat yang sempurna.
Bengkung yang bagus adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kuat dan kukuh pada atas rahim.
Bengkung ini seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ia boleh mula dipakai pada hari ke-4 sehingga tamat tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki. Memakai bengkung yang kemas dan sempurna dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat.
Urutan tradisional :-

Urutan boleh memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin dan lendir yang kotor serta melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Ianya juga boleh menenangkan jiwa, melegakan bisa otot dan sendi dan meringankan tubuh badan yang lesu.
Walaubagaimana pun dilarang untuk mengurut secara kasar, mengasak, menekan, serta menolak peranakan dalam tempoh 3 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak.
Hanya urut di bahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jari-jemari. Selepas 44 hari baru lah boleh disentuh di bahagian kedudukan Rahim itu pun harus mulai dengan lembut dan perlahan.
Minum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan :-
Digalakkan bagi ibu-ibu selepas bersalin meminum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan yang boleh dibeli terus dari toko dan kedai produk kesihatan yang ada. Amalan ini dapat menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran kaum ibu sepanjang tempoh berpantang serta turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman sepanjang ianya diambil.
Nah! Sekarang kita sudah tahu serba sedikit tentang amalan semasa berpantang dan hendaklah ianya dijadikan amalan kita yang mana sudah menjadi amalan tradisi dari turun temurun lagi.
Badan Ramping Selepas Bersalin
Semasa zaman kita anak dara memang badan cantik dan ‘solid’, tetapi bila dah berumahtangga ni kebiasaannya perut wanita akan berubah menjadi buncit dan mengelebeh terutama bila dah dapat anak.
Kalau anak pertama mungkin masih ok lagi, tapi bila dah masuk anak kedua, memang nampak sangat perubahannya.

Salah satunya antara yang terbaik adalah dengan mengamalkan SET BERPANTANG SHAKLEE.
Ianya bukan sahaja dapat mengembalikan bentuk idaman anda tetapi juga memberi kelebihan terhadap bayi dan juga kesihatan anda.

JOM BACA PERKONGSIAN SAHABAT KITA INI:

Image may contain: 5 people, people smiling


[ BERAT SAYA TURUN 4KG DALAM TEMPOH 10 HARI! ]
.

Saya nak kongsi perjalanan penurunan berat badan saya.

Pada tahun 2014, iaitu sebelum saya disahkan hamil anak kedua, saya mengalami berat badan berlebihan. Berat badan saya mencecah 67kg sedangkan ketinggian saya hanya 152cm.
.

Kemudian saya disahkan hamil anak kedua pada November 2014. Saya mengalami alahan yang teruk sehingga berat saya turun sebanyak 5kg. Di sinilah bermulanya berat badan saya menurun. Selepas fasa alahan berlalu berat naik semula. Saya ingat lagi berat sebelum bersalin ialah sebanyak 70kg. Alhamdulillah berat tak banyak naik. Masa ni memang saya amalkan Full Set Hamil Shaklee.
.

Selepas bersalin (Mei 2015), berat saya turun kepada 64kg. Kembali ke berat asal semasa saya mengalami alahan. Saya berpantang seperti biasa sama macam anak pertama. Cuma pada kali ini saya amalkan Full Set Berpantang Shaklee. Berat badan saya pun maintain 64kg.
.

Selepas berpantang saya masih terus berusaha turunkan berat badan saya dengan mengamalkan Set Kurus Shaklee iaitu Cinch Shake, Cinch Tea, Omega Guard dan Vitalea. Saya juga mengikut jadual diet yang pakar nutrisi Shaklee sarankan. Saya cuma harap sekurang-kurangnya berat saya maintain dan kalau boleh saya nak capai ke angka 59kg . Lama juga saya tak timbang berat saya. Pada Disember 2015 saya berkesempatan menimbang berat saya menggunakan karada. Alhamdulillah, berat saya turun 2kg lagi iaitu 62kg.
.

Kemudian, pada March 2016 saya telah mengamalkan Detoks Parasit selama 14 hari. Sepanjang detoks saya mengamalkan "eat clean", diet ikut cara Shaklee diteruskan seperti biasa bersama Set Detoks Parasit Shaklee. Set Detoks yang saya amalkan ialah Vivix, Alfalfa Complex, Garlic Complex dan Dtx Complex.
.

Selepas 10 hari, saya timbang berat saya menggunakan mesin Karada. Senyum sampai ke telinga bila tengok angka di mesin Karada tersebut. Alhamdulillah berat saya 57kg!!!
.

Wah!!! Saya turun 4kg dalam tempoh 10 hari !!!! Macam tak percaya je tau. Dan paling menggembirakan, saya dah capai lebih dari target sebenar !!! Bukan sahaja turun berat badan dengan cepat, malah jerawat dimuka saya pun dah malu-malu nak tumbuh sekarang. Kulit muka saya makin bersih 😊


Terima kasih pada kawan-kawan detoks yang memperkenalkan Detoks parasit nie dan banyak kongsi tips, resipi dan macam-macam info tentang detoks parasit ni.
.

Kini Set Detoks Parasit menjadi suplemen harian saya. Hari-Hari Detoks insyaAllah badan maintain kurus, kulit maintain cantik dan badan maintain sihat


INGIN DAPATKAN SET BERPANTANG SHAKLEE?

Jika anda ingin membuat pesanan melalui online kami,anda boleh klik gambar dibawah dan penghantaran akan dibuat dan dihantar terus ke alamat yang telah anda lengkapkan.
Dan jangan lupa ye Hubungi cik azza untuk cara pengambilan.


I'am SHAKLEE Indenpendant Distributor
Azzatulazirah
Whatsapp :01132045363
SID : 1290815
Fan Page : Dunia Cantik
IG: @cintahati_shaklee
Face Book : Sutera azyra.



Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Nukilan Pertama ku

Ya allah syukur alhamdulilah..best sangat2,dari dulu lagi azza nak sangat ada blog sendiri akhirnya tercipta jugak azzaazyra.blogspot.Tapi biasa la banyak lagi azza kena belajar dan perlu belajar kan..belum terurus lagi nie haaa..hehehe Dulu pernah jugak buat tapi stop separuh jalan sebab tak dak sumber inspirasi lorr.. lepas banyak bulan jugak la cari punya cari dapat jugak jumpa sahabat maya..amin Sesuai tak dengan "Nukilan Pertama ku" banyak benda lagi azza nak update lepas nie tau sahabat2 jangan lupa jemput jengah blog azza tau,boleh komeenal2,tegur salah kurang dekat mana2 kan,oh  ye nak bagaitau sikit kalau ikutkan hobi memang la azza suka menulis suka baca blog2 yang best2 lepas 2 menarik je. kalau ada salah silap boleh ler tegur azza ye,maklum la post pertama tak reti nak cakap and bercerita lagi kan,ikutkan dalam kepala nie macam2 nak cerita nie..tapi tak pe lah boleh sambung lagi lepas update blog tercinta nie Harapan azza mudah-mudahan blog baru azza aka...

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho...

PENANTIAN UNTUK HAMIL SELAMA 2 TAHUN BERAKHIR SELEPAS IKHTIAR DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE.

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Saya Norshahidah Saffana binti Mohd Nor. Seorang Jururawat dan ibu kepada 2 orang anak iaitu Iyad Dzulfiqar 3tahun dan Idlan Harith 21hari. . Testimoni kali ini saya ingin kongsikan tentang penantian saya untuk hamil selepas 2tahun perkahwinan saya dan suami Mohd Ikhtisyamuddin bin Abd Rashid. . Saya dan suami diijabkabulkan pada 03 Mac 2012. Sejak dari tarikh kami diijabkabulkan,saya berusaha untuk mendapatkan zuriat yang pertama memandangkan ramai diantara rakan sebaya saya telah disahkan hamil. . Setiap bulan saya mengharapkan ada berita baik. Sehinggakan setiap hari saya mengadu kepada suami yang saya inginkan zuriat pertama. . Setelah hampir setahun lebih berusaha,saya terbaca testimoni set kesuburan Shaklee di laman sosial dan saya nekad untuk mencubanya.  . Saya terus mencuba Set Kesuburan Shaklee iaitu ESP dan GLA untuk saya,manakala Vitamin E dan Zinc untuk suami. Saya dan suami memang konsisten amalkan set kesuburan ini. . Pada Ogos ...

AIR KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG .RISIKONYA?

Pernah tak ibu-ibu merungut bila kena tunggu nak kencing tiap kali bila nak check up perut..Pernah kan?toilet busuk lah,tersumbat lah..tapi kita lalui je sebab fikir prosedur kan..agak-agak kenapa kita kena periksa air kencing? Pernah fikir?ke malas nak fikir? Azza percaya sangat-sangat kalau tanya ibu anak 10 pun belum tentu dia tahu bila tanya tentang "air kencing kotor" betul dak? Yang kita tahu doktor akan bagi ubat dan kita balik makan je,kadang-kadang tak makan pun siap bebel-bebel lagi ada la. Apa maksud "air kencing kotor" ada sampah ke? ada sisa makanan ke? azza pernah bersembang dengan seorang kakak nie,masa sama-sama jumpa dekat klinik dia cakap air kencing adik ok ke? Ok je azza bagi tau kenapa? terus tanya akak tu Air kencing kak kotor dia kata...Tapi azza tengok dia bukan mengandung pun. Rupanya dia tengah berpantang... aduh.. pengalaman akak terkena kencing kotor selepas berpantang.. memang menyakitkan. setiap kali ...

KENAPA REZEKI AKU SUSAH MASUK?- CIK AZZA POT PET

Selamat Pagi semua,awal cik azza masuk office hari nie kan,sebenarnya dah beberapa hari dah lama juga berfikir kenapa susah sangat rezeki nak singgah dekat kita..Cik azza bagitahu k,rezeki nie bukan sahaja dari segi duit/wang tau tapi banyak bentuk seperti kebahagian,peluang pekerjaan,melanjutkan pelajaran,dapat anak,bertemu jodoh dan lain-lain lagi. Cik azza bukan nak mengeluh atau apa tapi kadang-kadang terfikir juga kenapa susah sangat rezeki nak singgah,kalau singgah pun hilang macam tu je tak tau pergi mana,kira macam tak cukup je memanjang.Bila ada je rezeki mesti kita sentiasa fikir tak cukup kan???..Dekat sini cik azza cari kenapa?mana tahu kan kita sama-sama berfikir dan boleh ubah yang buruk kepada yang lebih baik...Betul dak....?? Jom dekat sini cik azza ada juga baca artikal lain dan terkena batang hidung sendiri..huhuhu..mai cik azza listkan ok..? Antara sebab mengapa rezeki susah masuk kepada kita adalah: Gemar mengungkit-ungkit pemberian Asyik mencanang ...

Senggugut Punca Awal Susah Mengandung.Atasi Segera Sebelum Terlambat.

Hari ini ramai dikalangan wanita mahupun anak gadis memandang remeh apabila berkaitan dengan sengugut,mereka mengambil jalan mudah dengan mengunakan pengambilan ubat tahan sakit,minuman bergas,serta makanan yang tajam,ini semuanya apabila ditanya  "Kenapa minum air gas ketika sengugut"?Nak bagi period keluar cepat. "Kenapa sanggup tahan sakit sengugut'?Tak apa sebab dah biasa setiap bulan macam ini. Hampir setiap bulan sanggup menahan sengugut? Tahu atau tidak jika kita mengalami sengugut,sukar hamil,kerap keguguran itu berkemungkinan anda mengalami atau tanda Endometriosis,Bila sebut je bahasa sains ramai yang tidak mengambil peduli tetapi sedar atau tidak penyakit ini telah menyerang ramai dikalangan wanita. Jika tidak dirawat dari awal dan menjadi semakin teruk anda mungkin akan menjalani PEMBEDAHAN BUANG RAHIM .seronok ke? Endometriosis ini adalah merupakan tisu-tisu dari darah Haid(Endometrium)yang akan tumbuh dikawasan luar rahim.Manakala ...

RAHSIA PEKERJA SHIFT TIDAK MENGANTUK SEPANJANG MALAM - CIK AZZA POT PET.

Berkerja shift,ya satu ketika dahulu cik azza hanya seorang pekerja kilang yang berkerja shift..memang penat kerja mengikut jadual la kan dari 7 pagi sampai 7 malam..bangun gelap balik pun dah gelap, Keadaan ini akan menyebabkan kita akan  berjaga ketika waktu tidur yang sepatutnya dan kemudian akan tidur pada syif akan datang kerana kurang mendapatkan rehat yang secukupnya.Rasa lemau sangat-sangat..hahaha Bekerja syif boleh menyebabkan tekanan dan keletihan, kerana badan memerlukan penyesuaian antara siang dan malam. Ini adalah salah satu isu-isu kesihatan mental yang berkaitan dengan kerja syif. Ia juga dikenali sebagai gangguan ritma harian. Para pekerja mudah menjadi perengus,cepat marah, dan mengalami kesukaran untuk fokus lalu menyebabkan perasaan mudah marah. Para pekerja syif juga akan mengalami keletihan. Pekerja berasa sangat penat dan kekurangan motivasi untuk melakukan aktiviti biasa harian mereka. Ia seperti penyusutun tenaga. Masalah gastrik seperti ras...

MUDAHNYA MINUM AIR SEHARIAN-CIK AZZA POT PET

Wahhh minggu nie ramai pulak customer nak set kurus badan,alhamdulilah syukur sangat2 sebab dah dekat nak sekolah nie boleh la ummi tolong ayah sikit2 kan.. Bercakap pasal kurus kan badan nie benda paling susah apa dia???Tapi benda nie paling la digalak kan ataupun wajib la orang kata...MINUM AYAQ 3 LITER orang kedah cakap.. Percaya tak tiap kali azza follow up customer mesti diorg akan cakap "kak tak boleh la minum air banyak2" "kak asyik nak buang air je penat la cmni" Nak tulis panjang-panjang pun anak dok panggil dah tu jom azza kongsi cara minum air nak tak,mana tau boleh la juga korang buat rujukan sebab azza sendiri amalkan cara nie tau.. oopppsss satu lagi kalau nak kurus ke nak gemuk ke,ambil suppliment atau tidak korang kena minum air banyak tau sebabnya:- Air adalah satu elemen yang sangat penting didalam tubuh kita, ini kerana kandungan air dalam badan manusia 60% - 70% dari berat badan. Kandungan air dalam lemak, hanya 10%, ...

KEPUTIHAN TERUK,BUSUK,BERBAU SEHINGGA SUAMI KOMPLEN.

KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat. Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan. . Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal .. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal. Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. T...

BERHENTI MEROKOK DENGAN SHAKLEE?? VIVIX PEMBOHONG - CIK AZZA POT PET.

Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan. Mengapa saya harus berhenti merokok? Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana: Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh: Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah Mendapat asma Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok? Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti meroko...