Skip to main content

OBESITI KALANGAN KANAK-KANAK COMEL ATAU PENYAKIT-CIK AZZA POT PET

"Tu dia anak hang berapa kilo nie"?
Berapa kilo nie? 20kg
Umur berapa? 1 tahun 3 bulan
"Ya allah comelnya bagi makan apa sampai besaq macam nie"
"ish sedap pegang badan berkatan-katan"
Ayat nie yang selalu kita dengan bila berjumpa dengan bayi atau kanak-kanak comel,ibu bapa apa lagi kembang je setaman bila orang puji anak bulat2.
Hakikatnya kita belum fikir masa hadapan anak-anak kita apa akan jadi nanti.
Image result for obesiti kalangan kanak-kanak

Pernah atau tidak kita ibu bapa terfikir apa penyakit yang akan mendampingi anak kita nanti,dan pada waktu itu cik azza percaya kita akan cuba cara terbaik untuk menguruskan badan .Tambah merisaukan dengan serangan pelbagai penyakit berjangkit yang tidak mengenal usia dan jantina. Kegemukan di kalangan kanak-kanak secara dasarnya dibentuk oleh kedua ibu bapa, keluarga atau penjaga bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan yang diambil dalam diet seharian. Namun tidak dinafikan terdapat faktor luaran yang memainkan peranan membentuk tabiat pemakanan anak-anak seperti pengaruh rakan sebaya, gaya hidup dan faktor genetik.

Menurut kajian yang dijalankan Persatuan Pemakanan Malaysia, hampir 30 peratus (28.4 peratus) kanak-kanak dan remaja, berusia enam hingga 17 tahun, mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
"Masalah pemakanan kanak-kanak di kalangan pelajar sekolah ini amat besar dan kami menganggap kadar ini amat teruk.
"Jika tidak dibetulkan ketika mereka kanak-kanak, apabila mencecah usia 25 tahun, masalah itu akan kekal pada mereka," kata presiden persatuan itu Dr Tee E.Siong kepada Bernama.
Kajian yang melibatkan 8,705 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara itu, turut menunjukkan lebih ramai pelajar lelaki (32.9 peratus) mempunyai berat badan berlebihan berbanding pelajar perempuan (24.7 peratus).
Kajian itu juga mendapati seorang daripada empat kanak-kanak tidak mengambil sarapan pagi sekaligus menunjukkan kurangnya keprihatinan ibu bapa terhadap diet anak mereka.
SIKAP DAN PERANAN IBU BAPA
Cik azza percaya dengan sikap ibu bapa pada masa sekarang yang boleh dikatakan "lepas tangan" dengan alasan berkerja menjadi salah satu sebab anak-anak menhadapi Obesiti dengan cara :
  1. Membiarkan mereka makan apa sahaja yang mereka suka dikantin,bila cuti pulak kononnya mereka sibuk dan hendak berehat sehingga tiada masa menyediakan menu diet untuk anak-anak.
  2. Ada juga yang menyerahkan terus tugasan kepada nenek atau orang gaji untuk memguruskan anak-anak.

Kalau nak difikirkan anak-anak kampung lagi bebas dan mempunyai lebih masa dengan bermain rasanya tidak juga sebabkan cik azza pun orang kampung,zaman sekarang ibu bapa lebih mementingkan akademik sama ada didesa atau dibandar.

Betulkan?.....krik krikk krikkk...

Bayangkan la bila balik sekolah,mandi rehat,dan terus buat kerja sekolah yang bertimbun ada masa nak bermain selepas penat otak berfikir,dalam kepala hanya tidur je nanti..

TERBANTUT

"Menurut wakil UNICEF Malaysia Marianne Clark-Hattingh, Malaysia sebuah daripada negara di Asia Tenggara yang menghadapi kedua-dua masalah pemakanan iaitu masalah berat badan berlebihan dan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak."

"Punca berat badan berlebihan dan kekurangan nutrisi saling berkaitan. Risiko berat badan meningkat seiring dengan peningkatan kepada akses kepada makanan dan minuman tidak berkhasiat, makanan dengan kandungan lemak atau gula dan nilai nutrisi yang rendah, dan kurang aktif dan gaya hidup sedentari,


10 tip Kevin Zahri, Cikgu Fitness Malaysia, buat ibubapa dalam mengawal berat badan anak-anak

1. Biar kasih sayang bertempat: Ramai ibubapa gunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau anda betul-betul sayang, janganlah masak atau beli makanan yang menggemukkan sepanjang masa.

2. Teladan yang baik: Kalau anda sendiri mengalami masalah berat badan, cubalah untuk kurangkan berat badan dan menjadi contoh teladan kepada anak anda.

3. Tetapkan peraturan pemakanan: Disiplin dalam pemakanan kanak-kanak tu penting. Macam cikgu sekolah juga, anda perlu tetapkan waktu-waktu makan, bila makanan ringan dibenarkan dan aktiviti riadah. Pastikan anda enforce peraturan dan garis panduan denga konsisten.

4. Makanan ringan untuk hujung minggu: Biarlah makanan sepanjang Isnin hingga Jumaat sihat dan seimbang. Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, makanan ringan dan kuih sesuai untuk hujung minggu dan cuti sekolah.

5. Masa riadah setiap hari: Paksa anak-anak anda untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi selama 60 minit setiap hari!

6. Kawal masa permainan video dan telefon bimbit: Kawal waktu dan penggunaan alat permainan serta telefon bimbit kerana kedua-duanya penyebab 'malas'!

7. Sediakan snek sihat: Sarapan, makan tengah hari dan malam mungkin lebih mudah untuk dikawal, tetapi makanan di antara hidangan atau snek adalah pencetus kegemukan kerana selalunya TIDAK dikawal. Pastikan anda sediakan snek yang mudah dan sihat untuk anak-anak seperti sandwich tuna dan buah-buahan.

8. Ketahui keperluan kalori anak anda: Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza, termasuklah kanak-kanak bergantung kepada jantina, umur dan kadar aktiviti harian kanak-kanak tersebut.

9. Buang tabiat lama: Buang tabiat kurang sihat untuk jangka masa panjang. Pastikan perubahan pemakanan dan gaya hidup adalah kekal supaya menjadi tabiat.

10. Tanggungjawab anda: Jangan serahkan tanggungjawab kesihatan anak-anak kepada pihak ketiga seperti pengasuh, cikgu sekolah mahupun orang gaji. Andalah orang yang paling layak mengawal berat badan serta pengambilan makanan mereka.


Apa-apapun, segalanya bermula daripada ibu bapa. Tunjuklah anak-anak yang ibarat kain putih ini contoh yang baik termasuk menjalani cara hidup yang sihat. Dengan cara itu, obesiti di kalangan kanak-kanak pasti dapat dikurang atau dielakkan.
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 
CIK AZZA.

FB :Sutera azyra

Fan Page : Dunia Sihat
Hubungi : 01132045363
Email :azl1za@yahoo.com
Cik azza buat pos ke seluruh malaysia setiap sabtu serta shaklee melalui online.
COD shaklee : Bukit Mertajam,Bandar Perda,KPJ Hospital, dan area Berdekatan..Insyallah




Comments

POPULAR POST

TELAN SUPPLIMENT DAH BERLAMBAK TAPI JERAWAT MAKIN BERCAMBAH KENAPA?

TELAN SUPPLIMENT DAH BERLAMBAK TAPI JERAWAT MAKIN BERCAMBAH KENAPA? Hari nie cik azza nak bercerita sikit la,ada je kawan-kawan menrungut makan suppliment dah banyak macam-macam makan tapi jerawat sama je tumbuh bercambah-cambah makin meriah pulak dekat muka nie. Ok lah sebelum kamu membebel salahkan apa yang kamu ambil apa kata korang check dulu perkara dalam diri korang sendiri: Korang buang air besar macam mana?Ok ke atau seminggu sekali..OH NO!! Minum air banyak ke tidak?ke korang minum ais je. Period?regular atau tidak? Stress ke tidak,tak kisah lah tempat kerja ke dengan anak-anak ke tetap stress juga kan. Ok kalau jawapan korang semua diatas adalah lebih baik korang bagi tau cik azza kalau korang beli dengan cik azza la sebabnya cik azza kena tahu masalah korang sebelum nak suggest suppliment apa pun. Tapi kalau korang beli dekat pasar malam kena la tanya tuan penjual pasar malam,dia mungkin akan cadangkan yang mana terbaik.Kalau beli dekat lazada haaaa telefon ...

PENCARIAN BLOGLIST JULAI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Subhanallah rasa ketaq je tangan nak menaip nie tak tau la kenapa. Pencarian Bloglist Julai 2017 Kasihjuju.com. Ini merupakan segmen pertama yang azza join selama berjinak dengan blog ini,rasa kerdil yang teramat sangat-sangat tetapi nak juga menambah ilmu pengetahuan dan berkawan dengan sahabat-sahabat semua.Bila azza terbaca segmen Kasihjuju.com rasa terpanggil pulak nak join syarat pun mudah untuk blogger macam azza. Klik Banner Untuk Join. Penyertaan akan Tamat 08 JULAI 2017 sekejap je kan.. *Jika ada tersalah tolong betulkan ye*

CARA MUDAH KURUS DAN BERKESAN TANPA BERLAPAR.

Bila bercakap mengenai kurus untuk yang telah mengetahui serba sedikit produk shaklee pasti akan cakap , "Cik azza saya nak order HERBALEX    kurus.?" Untuk yang mengenali cik azza mesti dah tahu kalau order sesuatu vitamin dari cik azza pasti akan ada sembang yang panjang disertai dengan leteran,Bukan leteran marah tau nasihat je..hihihi Cik azza tidak nafikan HERBALEX memang akan dapat kurus dan kempis perut tetapi cik azza kurus setuju jika hanya pengambilan  HERBALEX untuk kurus sambil bila-bila. "Eh dah kenapa pulak tak nak cadang HERBALEX sahaja kalau boleh kurus dan kempiskan perut." Ok jom baca sedikit apa yang cik azza akan cakap kan nie ye. Apa itu Herblax? Herblax ni memang favourite ramai orang. Macamana boleh tak favourite jika badan akan rasa  lebih ringan  selepas makan Herblax. Rasa cergas nak buat kerja. Macamana badan boleh jadi ringan lepas makan Herblax? Herblax adalah campuran herba terpilih terbaik dalam bantu  ...

KENAPA SIRAP MERAH HEBAT

Sebut je pasal VIVIX ramai dah kenal,kalau ada promosi cik azza memang bersilat depan laptop la nak submit order..Tahu ke kenapa? Sebab ramai dah tahu bertapa hebatnya VIVIX SI TONIK AJAIB.. Tahu ke kenapa VIVIX hebat? Vivix shaklee ini dihasilkan daripada tumbuhan iaitu anggur muscadine,purple carrot,european,elderberry dan polygonum cuspidatum dimana 4 bahan aktif ini kaya dengan polifenol Vivix juga merupakan supliment paling unik diantara supliment yang lain. Ramai orang dah tak fikir megenai harga bila sebut je mengenai VIVIX.Cer bayangkan duit penuh poket berkepok2 la orang kata nak beli apa pun sebut je tapi kalau dah kesihatan tak menentu seronok je duit banyak. Nak cakap banyak pun tak guna semua dah terbukti disini..Orang yang bijak akan membuat pilihan yang bijak kan.Insyallah. Testimoni pengguna vivix dan kesan positif. Derita jerawat bernanah kembali licin Bacaan Glucose mak akibat diabetes turun. Atasi masalah penapis buah pinggang ...

ATASI GASTRIK DENGAN MUDAH.

Cik azza masih ingat lagi semasa belajar dahulu.waktu itu ayah cik azza baru sahaja balik bekerja dah tiba-tiba dia memegang perut dan terus terduduk menahan kesakitan ,apa lagi mak cik azza memang membebel la sebabnya ayah kerja sampai lupa waktu makan..So dalam hati cik azza waktu itu terus aggap oooo orang gastrik memang tak boleh berlapar la ye..Maksudnya makan kena mengikut pada waktunya dan tidak boleh dengan perut kosong. SIMPTOM GASTRIK. Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau m...

CARA MUDAH CEPATKAN BUKAAN DAN SUPAYA MUDAH BERSALIN.

Bila bercakap mengenai bukaan ketika hendak bersalin memang ngilu je rasanya,walaupun anak dah 5 orang pun tetap terasa bagaimana seksa menunggu bukaan. Namun pengalaman cik azza melahirkan anak pertama dan kedua adalah sangat berbeza,anak sulung hampir 12 jam cik azza tahan sakit namun bukaan masih tetap 4cm.Mungkin juga kerana anak sulung kan,masa itu memang ilmu tidak cukup baca pun apa-apa yang penting je,Tak pandai tahu langsung bukaan-bukaan bagai. Tetapi ketika melahirkan anak kedua cahaya zuyyin Qalesya semuanya dipermudahkan oleh nya,tak perlu admit wad,masuk Labour Room selepas 15 minit terus keluar seketoi..hihihihi.. Alhamdulilah rupanya ada cara untuk cepatkan bukaan kan,Jom cik azza share sedikit info yang cik azza ambil dari rakanmedia.com. Bila anda sudah mula rasa sakit hendak bersalin, doktor akan periksa berapa CM bukaan anda. Selagi tak cecah 6 CM, anda tidak akan dibawa masuk ke  labor room . Sesetengah orang sekejap saja sakit sudah bersalin. Ad...

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho...

PENTINGNYA MINYAK IKAN UNTUK KANAK-KANAK - CIK AZZA POT PET.

Pernah tak terfikir untuk kuatkan sistem imunisasi anak-anak kita sebagai perlindungan untuk kesihatan mereka,Masa cik azza kecik tak pernah pulak ayah atau ibu cik azza bagi makan minyak ikan nie..maklum la orang kampung jarang terdedah dengan semua benda nie..Tapi kan..walaupun ayah cik azza tak pandai membaca dia akan beli juga vitamin untuk anak-anak dia siap minta dekat farmasi " Pak cik nak vitamin untuk anak pak cik" hahahaha Kepentingan untuk kanak-kanak dan Pelajar. Bila tiba je waktu nak periksa selalu la para mak-mak nie akan mencari vitamin untuk anak-anak lebih fokus dalam pelajaran dan meningkatkan sistem pertahanan anak-anak..Ibu bapa akan lebih tegas dalam memastikan prestasi anak-anak mereka dalam pelajaran perlu lebih cepat catch up orang cakap gitu haaaaa..Apa lagi tindakan kita untuk memastikan mereka lebih fokus dalam pembelajaran dan dalam masa yang sama tidak strees akibat beban belajar dan juga kesihatan yang terjamin ...

Peritnya angin dalam badan ketika hamil.-CIK AZZA POT PET

" Erkk..erkk..aduh banyaknya angin aku ni. Tak selesa rasa perut, kepala pun sakit,belakang sakit sangat menyucuk-nyucuk je..nak sapu minyak panas dekat perut kesian baby.. Nak tunggu babah balik lambat lagi..Tahan je sakit nie... Rasanya masalah angin dalam badan bukan sahaja menyerang ibu hamil kan..Tapi semua orang pernah merasainya..tahu tak setiap orang akan mengeluarkan antara satu hingga  empat liter gas setiap hari dan mengeluarkan gas kira-kira 14 hingga 23 kali sehari. Masalah angin ketika hamil adalah suatu perkara normal bagi ibu hamil.Pedih ulu hati adlah salah satu simptom angin dalam badan ini berpunca dari pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophagus.Namun begitu ia tidaklah bahaya kepada bayi dalam kandungan. Mengapa badan akan menghasilkan lebih banyak angin semasa mengandung? Ini kerana kadar progesteron dalam badan ibu meningkat jauh lebih tinggi ketika hamil berbading normal. Semakin kehamilan itu meningkat usianya, ra...

MUDAH HAMIL DENGAN MENGAMALKAN TIPS INI.

Assalamualaikum,Hari ini cik azza hendak berkongsi beberapa tips kepada anda yang tengah pening memikirkan cara macam mana lagi untuk hamil dengan cepat.Disamping hendak menjawab mulut mak cik2 bawang kan. Sumber dari mana cik azza ambil pun dari google juga dan hanya berkongsi mana la tahu ada yang sesuai dengan anda.Sama juga cik azza masa hendak hamil pun google juga tau,bukan apa untuk kita juga kan bukan untuk orang lain,selaim dari berserah dan bertawakkal kepada yang esa. Waktu terbaik untuk melakukan Hubungan Seksual. Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi).  Bila dan bagaimana untuk   mengetahui waktu subur   anda?  Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda.  Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 2...