Skip to main content

TIPS POTONG KUKU BAYI - CIK AZZA POT PET

Malam nie cahaya tidur awal cikit boleh la cik azza godek2 blog yang baru nak merangkak nie..hihihi
saja la nak habaq ada blog..hahahaha..




Dah lebih 5 tahun baru cik azza dapat cahaya mata ke dua "Cahaya Zuyyin Qalesya",kadang-kadang ada yang terlupa cara nak kendali anak kecik nie..Hubby cik azza lagi la masa dapat anak sulung dia berani pulak jaga anak,tiba-tiba dapat nombor 2 dia cakap tak berani pegang sebab baby besar..hahaha terbalik pulak orang takut pegang kalau baby kecik dia takut bila baby besaq...

Benda paling cik azza risau sekali adalah bila nak potong kuku cahaya,mesti ada ibu-ibu risau kan..tambah2 bila baby sulung ,ye la bimbang pula jika tersalah potong dan melukakan jari dan kulit yang halus dan comel tu kan.

Walaupun cahaya tak ada la banyak songeh bila cik azza potong kuku tapi cik azza tetap takut bila nak potong,slow2 je tau bila buat..hihihi

Sebenarnya kuku bayi barulahir memang akan cepat panjang,sebab itu perlu baby selalu kena pakai sarung tangan.Selain itu ibu kena la kerap memotong kuku tangannya yang cepat panjang kerana dia mudah mencakar dan melukakan mukanya sendiri.

Image result for tips potong kuku bayi

Perkongsian daripada majalah Pa&Ma

6 Tips Potong Kuku Bayi Dengan Mudah

1. Sentuh jari bayi

Sebelum memotong kuku bayi, sentuhlah jari jemarinya untuk memberi rasa selesa dan mood yang baik.

2. Waktu yang sesuai

Bagi memudahkan memotong kuku, potong kuku bayi selepas memandikannya. Ketika ini kuku bayi masih lembut dan ia memudahkan untuk anda memotongnya dengan selamat.

3. Cara memotong

Mulakan memotong kuku pada tangan kanan dahulu. Ketika memotong kuku, pegang tangan bayi, arahkan jemari tangannya ke depan untuk mengelak daripada terkena alat pemotong.
Tahan perlahan-lahan buku jarinya agar kuku mengarah ke atas. Kemudian lakukan perkara yang sama pada tangan kiri.
Kuku bahagian kaki juga mesti dipotong. Lakukan perkara yang sama pada kaki kanan dan kiri.

4. Gunting khas

Gunakan gunting pemotong kuku bayi yang tajam, hujung bundar dan selesa. Jangan memotong menggunakan gunting terlalu dekat kerana ia mengundang bahaya sehingga boleh mengakibatkan luka terjadi.
Jangan menggunakan pemotong kuku orang dewasa untuk mengelakkan berlaku kecederaan pada kuku bayi.

5. Basuh atau lap tangan dan kaki

Setelah selesai memotong kuku tangan dan kaki, basuh dengan air atau lap menggunakan air bersih. Ia bertujuan membersihkan kekotoran yang melekat pada hujung kuku tangan dan kaki.

6. Kekerapan memotong

Sekurang-kurangnya potong seminggu sekali jika kukunya kelihata agak panjang dan potong kuku kaki sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
 Ok dah habis dah selamat mencuba semua ibu2 semua. :-)

Comments

POPULAR POST

TANDA BATU MERIYAN JATUH-CIK AZZA POT PET.

Batu meriyan????apa tu?cik azza nak cerita lebih-lebih pun cik azza bukan pandai sangat pasal batu-batu nie,tapi apa yang cik azza selalu dengar benda nie ibarat nyawa untuk seorang wanita terutama wanita yang baru sahaja melahirkan anak,tak kisah lah anak keberapa sekali pun.cik azza boleh cakap macam  "tempat peranakan kita aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah..  Tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...dan  kena ambil tahu kalau sayangkan diri kita..orang tua2 selalu cakap "kena jaga tem pat tu nanti laki lari"ambil kau dengar je laki lari alamak macam bahaya je nie...haaaaaaa cakap la kalau sayang,setia, dia sanggup terima seadanya,tapi kita kena la beringat juga sebab sayangkan dia la kita kena jaga diri kita sendiri untuk orang tersayang,untuk anak-anak. Pengalaman cik azza sendiri melahirkan anak sulung memang tak tahu apa2 pun,selepas melahirkan cik azza kena jaga nifail sebulan dekat ho

Atasi Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD) Sebelum Maut.

Beberapa minggu ini kita digemparkan dengan berita penutupan beberapa buah taska dan juga tadika dimalaysia akibat jangkitan HFMD ataupun Penyakit Tangan,Kaki dan juga mulut.Tidak ada dalam kalangan ibu bapa yang sanggup melihat anak masing-masing sakit kan?Hati hanya allah je tahu bagaimana perasaan kita bila anak merengek sentiasa kerana kurang sihat terutamanya hati seorang ibu. Penyakit tangan, kaki dan mulut juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini. Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja terutama kanak-kanak bawah umur lima tahun. Jangkitan ini biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang ba

CARA MUDAH CEPATKAN BUKAAN DAN SUPAYA MUDAH BERSALIN.

Bila bercakap mengenai bukaan ketika hendak bersalin memang ngilu je rasanya,walaupun anak dah 5 orang pun tetap terasa bagaimana seksa menunggu bukaan. Namun pengalaman cik azza melahirkan anak pertama dan kedua adalah sangat berbeza,anak sulung hampir 12 jam cik azza tahan sakit namun bukaan masih tetap 4cm.Mungkin juga kerana anak sulung kan,masa itu memang ilmu tidak cukup baca pun apa-apa yang penting je,Tak pandai tahu langsung bukaan-bukaan bagai. Tetapi ketika melahirkan anak kedua cahaya zuyyin Qalesya semuanya dipermudahkan oleh nya,tak perlu admit wad,masuk Labour Room selepas 15 minit terus keluar seketoi..hihihihi.. Alhamdulilah rupanya ada cara untuk cepatkan bukaan kan,Jom cik azza share sedikit info yang cik azza ambil dari rakanmedia.com. Bila anda sudah mula rasa sakit hendak bersalin, doktor akan periksa berapa CM bukaan anda. Selagi tak cecah 6 CM, anda tidak akan dibawa masuk ke  labor room . Sesetengah orang sekejap saja sakit sudah bersalin. Ada or

DERITA SENGUGUT ATAU PMS _CIK AZZA POT PET

Sakiittttnya bila sampai waktu sengugut,tertonggek2,terlentang,duduk,berdiri semua tak kena ,langkah paling mudah dan cepat adalah mengambil ubat seperti panadol,aspirin,tramadol.Nak tahu tak semua ubat ini hanya untuk menahan kesakitan bukan menyembuhkan sengugut.. Tahu kenapa cik azza cakap macam itu sebabnya adik  azza sendiri pernah mengalami,kadang-kadang sampai lembik dan pengsan,Cik azza pasti ramai wanita diluar sana pernah mengalami sengugut dan mengambil ubat penahan sakit kan??? Selalunya sengugut akan datang waktu ketika haid "period" kebiasaannya dia kan bermula dengan sakit perut seperti memulas yang tidak terlampau sakit dan juga kitaran haid yang tidak menentu. Sengugut biasanya dialami sewaktu remaja lagi atau sebelum berkahwin,tapi kadang kala dia akan hilang selepas berkahwin namum sesetengah kes akan menjadi lebih serius selepas berkahwin. Untuk sengugut atau "Period Pain" yang teruk atau kronik ia akan menyebabkan wanita m

JANGAN KERANA POPULARITI SESUATU PRODUK ANDA MUDAH TERPEDAYA KEBERKESANANYA -CIK AZZA POT PET.

BERHATI-HATI!!!! BERWASPADA!!!! PRIHATIN!!! ! Dengan lambakan pelbagai produk kesihatan di pasaran sekarang ni, apa yang kita boleh buat ialah sentiasa beringat dan jangan mudah terpengaruh dengan iklan dan testimoni berkaitan produk terbabit. Pastikan kita siasat dahulu : Syarikat pengilang dan syarikat pengeluar Bahan kandungan yang digunakan Status produk samaada betul-betul berdaftar  Jika produk kosmetik atau produk tradisional pastikan berdaftar dengan BPFK Pastikan no. Notifikasi produk betul2 wujud Pastikan betul-betul mendapat pengiktirafan dari badan tertentu seperti SIRIM dan sebagainya Kehalalan sesuatu produk atau bahan yang digunakan Sedikit ringkasan dari keratan akbar hmetro dengan tajuk Cantik Beracun (  Artikel hmetro : Cantik Beracun  ) : Pada 4 Mac 2014, Cawangan Penguatkuasa Farmasi telah menjalankan serbuan secara serentak di 17 premis yang disyaki memiliki dan menjual  produk kesihatan yang dicemari

KOLEKSI DOA UNTUK ANAK-ANAK- CIK AZZA POT PET.

Lari dari tajuk malam nie cik azza terdetik nak berkongsi koleksi doa yang selalu cik azza amalkan dan ajar Nifail Rizqin..Bila ibu atau ayah dah bermula setiap hari insyallah anak- anak akan ikut.. Apa yang cik azza perasan bila mengajar nifail walaupun masih dalam speech therapy..Tiap kali adik dia bersin dah boleh cakap "ALHAMDULILAH",kadang2 kita pun terlupa..hihihi Naik MOTOSIKAL BISMILAHIROHMANIROHIM,Untuk permulaan apa salahnya kan..Jom tengok koleksi cik azza dan sila la simpan kan. Bukan hanya untuk anak-anak tetapi ibu bapa juga boleh amalkan kerana terdapat juga doa untuk ibu bapa. Koleksi lagu hindustan,dangdut,balada semua boleh save tak kan untuk anak2 tak boleh kan.. SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR CIK AZZA FB :Sutera azyra Hubungi : 01132045363 Email :azl1za@yahoo.com Cik azza buat pos ke seluruh malaysia serta shakl

PENYAKIT ANJING GILA ATAU RABIES JANGAN PANDANG MUDAH.

Sekarang dalam berita sering menperkatakan tentang RABIES.Apa itu Rabies? Pada mulanya jarang mengambil tahu semua benda nie sebabnya macam tiada kaitan je kan..Namun bila semalam sudah ada 4 kes kematian terasa nak tahu apa semua ini. Sebabnya kita nie kadang-kadang benda tak jadi bukan nak ambil tahu sangat kan,tapi tak salah pun tambah pengetahuan sikit. HARIAN METRO Apa itu Rabies? Bagaimana Rabies atau penyakit anjing gila ini menjangkiti Manusia? Tanda-tanda Rabies pada anjing

KULIT CANTIK SUSU MERIAH - CIK AZZA POT PET.

SUSU ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap. Di samping itu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu. Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula. Susu ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak. "Dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, ramai ibu bekerja menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka. © Utusan Melayu (M) Bhd  [BERJAYA MENYUSUKAN BAYI DENGAN SET MENYUSU DAN

VITAMIN UNTUK ANAK_SELERA TERBAIK

Bercakap pasal anak-anak.. .. .PERLU KE SUPPLIMENT UNTUK MEREKA??? Ada jawapan tak untuk semua ini, Persoalan nya mampu ke kita sebagai ibu-ibu tengok je anak membesar tanpa menikmati makanan yang mereka sukai..Bersyukurlah jika anak anda bukan seorang yang memilih makan dan belasah je apa yang kita makan dia boleh makan,kita tidak perlulah memberi supliment tambahan untuk mereka lagi nanti terlebih muatan pulak kan...hehehe susah pulak nak cari suppliment untuk turunkan berat badan.Namun jika sebaliknya anda boleh memberinya makanan tambahan sebagai usaha membekalkan zat-zat penting untuk tumbesaran mereka dan kesihatan mereka.. Jom azza cerita kenapa azza beriya-iya cadangkan suppliment untuk anak-anak "Mohammad Nifail Rizqin anak azza sendiri cukup susah nak makan,apa yang dia tau hanya minat  dengan susu dia je,sehari dalam 8 botol,dalam 4 hingga 5 hari dah habis 1kg,ffuuhhhh penat kot..huhuhu Suatu hari tah macam mana azza ternampak banner SHAKLEE dari satu rumah dar

ELAKKAN SEMBELIT KETIKA BERPANTANG,TIPS INI MUDAH.

Masalah sembelit sewaktu berpantang adalah mimpi ngeri bagi para ibu yang baru sahaja melahirkan. Azab kesakitan yang di alami sudah pasti lebih menyiksakan berbanding pesakit sembelit biasa. Sudah pasti ramai ibu-ibu berpantang diluar sana yang ingin mengetahui jalan keluar atau solusi kepada masalah ini.. Untuk itu, jom tonton kisah  # makanakatiga , Pn  Najihah Razali  tentang kisah pengalaman beliau ketika menderita penyakit ini sehinggakan suami beliau tidak sanggup melihat beliau menderita lagi!! Bagaimanakah beliau akhirnya berjaya sembuh dan tidak lagi menghadapi masalah yang serupa pada kelahiran kedua dan ketiga?? Mari kita sama-sama saksikan kisahnya Cik azza Healty Consultant & Bisnes Mentor http://www.wasap.my/+601132045363